Sunday, February 24, 2013

sister

assalamualaikum
apa khabar suma. lama tak story ape2 kan
bukan tak da cerita nak update blog ada je
tapi sekarang tengah stress tunggu nama interview dengan nama interim yang masih2 tak keluar
jadi mood nak berblogging tu terus ke laut 
terkapai-kapai kelemasan (ceh ayat nak sastera je sekarang)
hari ni nak cerita pasal sis aku...adik perempuan aku, satu-satunya saudara perempuan ku
rasa macam pernah cerita pasal dia sebelum ni
tapi tak pe la aku nak citer jugak lagi sekali ha3

masa mak aku mula2 ngandungkan adik aku ni,
aku happy sangat nak dapat adik
sebab ramai member2 aku ada adik waktu tu
konon seronok la boleh jaga dia
bila dia dah lahir aku menyampah nauzubillah dengan dia
jangan tanya la kenapa
mungkin moyang setan mana ntah merasuk jiwa waktu tu
mungkin sebab kalau apa-apa terjadi kat adik aku seperti terjatuh ke apa
aku yang kene jadi tahap menyampah itu tinggi ye waktu tu

sepanjang adik aku membesar pun aku tak rapat sangat dengan dia
mungkin waktu tu aku sibuk dengan pmr..
serius cakap waktu pmr mmg aku tak ada life tapi aku enjoy sangat waktu tu. tak tahu kenapa
lepastu aku masuk asrama form 4 & 5
lepastu aku sambung belajar kat lipis
beza umur aku dengan adik 7 tahun
bila aku duk lipis tu dalam 2 atau 3 tahun aku nak habis belajar
aku mula rapat dengan adik aku maybe sebab dia pun dah besar sikit kot waktu tu
jadi best la sebab aku ada teman nak mengadu, membuli, mintak pendapat dan sebagainya.
bila dia mintak pendapat aku as kakak aku rasa so dewasa u know ha3.

motif utama aku nak cerita pasal adik aku ialah dia orang yang lagi terer masak dari aku
kah3 siapa kenal aku mesti tahu tahap memasak aku.
minggu lepas aku stress ya amat sebab nama interview aku tak keluar2 padahal mostly kawan2 aku dah keluar
bila aku stress biasa la keje aku makan tapi hari tu mak tak sempat nak masak ape2 kot
aku macam kebulur giler
malam tu adik aku masak nasi goreng ayam satu pinggan untuk aku
lepastu dia buat air milo gelas besar
aku macam eh budak ni demam ke kah3
tapi best woooo bila dapat layanan macam ni dari adik sendiri.
thank you sis...kakak mu akan sentiasa menyayangi mu


teman gaduh, main, masak, buat jahat semuala hu3

p/s: mohon kawan2 doa untuk interview dan interim saya amin

Monday, January 14, 2013

bilik sains

assalamualaikum teheee..
tengah-tengah ada masa ni kita nak update. before that nak cerita letih wow jadi cikgu ni. lagi-lagi cikgu kelas belakang. saya hari-hari balik dari sekolah je solat zohur terus terbungkang. duk kat rumah tu dah macam mak lampir dah. kat meja tulis tu hujung minggu je boleh kemas kalau tak redha je tengok meja bersepah. ahkak tak kisah janji kerja ahkak siap. macam tu la lebih kurang. dah malas nak serabut kepala ohtak ahkak pikir pasal kerja kat sekolah tu. ni nak update pasal hari tu sekolah ahkak ada buat gotong-royong untuk cikgu-cikgi. terbaik kan sekolah ahkak sanggup buat gotong royong ha3. sabar jer la. start pukul 8.30 pagi sampai pukul 11. ahkak dapat bilik sains n alhamdulillah tak payah kemas beria sebab hari tu cikgu dia dah kemas dah. lega ahkak just sapu-sapu habuk jer. lepastu ahkak bosan2 ahkak pun tangkap la gambar kat bilik sains tu..




kita mulakan dengan gambar ahkak yang suci tunggu masa nak jadi bibik. gambar di bawah tak mengikut turutan yer



ni gambar dia tunjuk pertumbuhan jagung rasa. boleh la sape beli jagung amik butir dia satu pastu tanam sambil doa2 menjadi he3 x lawak. 



hi nama saya abang johnny... selamat berkenalan



bakper la lidah dia warna hitam... ni mesti kes gosok gigi tak gosok lidah



ni rasa alat nak ngajar pasal putaran planet mengelilingi matahari



ni kalau ada waktu aku dgn cik ayu bentang pasal kulit tu kan senang. tak da la kita nak kena lukis gambar kulit pastu warna bagai nak gila


ni pokok tauge kan???



eye on malaysia keh3... ayok kalau malam2 dia cari tak tau ek


perkembangan tumbesaran grassfrog. ni kalau dapat ke anak murid aku sedaya upaya dia cuba keluarkan katak ni dari dalam

ni jer yang sempat ahkak tangkap. yang lain tu malas. banyak jer lagi benda menarik tapi ahkak suka gambar ditangkap tak suka menangkap gambar ha3. okey fine!! jumpa lagi di lain waktu.

perbualan kakak dan adik...

adik : k.ngah cuba pikir kalau atuk kita kaya macam mana

saya: kalau atuk kaya tak danyer aku jadi cikgu baik aku uruskan syarikat atuk ke

adik : a'ah kan tu la abah saper suruh tak belajar rajin-rajin kalau tak dah lama hidup kita senang kan

saya: =__= (budak zaman sekarang mulut... rasa nak cili jer)

Saturday, January 5, 2013

Random 004

assalamualaikum..
huew hueww menulis blog di hujung minggu sebab tak tahu nak buat apa.. ha3 padahal rph tu kena siapkan. kata nak buat satu minggu punya rph terus. sape yang tak tahu rph stands for rancangan pengajaran harian. ingat cikgu-cikgu ni mengajar main suka hati ke. kene ada perancangan jugak. macam saya mengajar sains saya tiada masalah untuk buat rph satu minggu sebab ajar kelas berlainan dan cuma 2 masa satu minggu. tapi untuk bm....sigh!!! saya rasa kena polish lagi strategi mengajar dan penyampaian. aras pun kena rendahkan lagi. got many problem untuk ajar bm sebab ia bukan fakta ia lebih kepada kemahiran budak menguasai... orait cakap nak cerita pasal random tapi duk cerita pasal kerja macam dia sorang je cikgu huhuhu T_T ampunkan saya. tak sengaja!!!

first of all nak ucapkan terima kasih pada my bestie cik nur akma for the souvenirs yang cute dan sedap teheee.

thanks girls really appreciate that a lot. chocolate tu sangat membantu waktu stress dgn budak2 he3

now second picture is...

my work station..
kita suka sangat tempat kita buat kerja ni. tapi ni sebelum mengajar. sekarang nak tengok pun tak lalu ha3

lastly is


gambar jadual mengajar kita 30 waktu sejam T_____T

semangat tau buat jadual mengajar siap warna2 lagi. kalo en sahardi nampak mesti dia panggil kita praktikum balik (ampun encik :P)

dah la cukup la buat post mengarut kat blog ni.. sorry kalau mengarut sangat. ni dah tahap loser tak tau nak buat apa la ni dadadada................

Thursday, January 3, 2013

2013... dah tua dah rupanye

assalamualaikum
curi-curi sedikit masa untuk update tentang diri sendiri. siapa nak tahu teruskan baca siapa tak nak gi tekan tanda pangkah kat atas cepat-cepat. fuh!!! sebelum tu selamat tahun baru untuk semua orang yang membaca blog ni. semoga tahun ini membawa seribu keberkatan kepada anda semua ^_^. tahun baru.. azam?? tak tahulah. buat masa ni tak fikir lagi. just go with the flow orang putih habaq kan. tapi apa yang pasti saya telah membuat sedikit anjakan paradigma dalam diri.ececeh... bukan apa seperti anda sedia maklum saya ni pemalu orangnya (haktuihhh) atau dalam erti kata bahasa lain saya bukan seorang yang mesra alam atau mudah mesra. tahap pemalas saya jugak, nauzubillah Allah saja yang tahu. namun, saya telah cuba ubah sikit demi sikit sikap kotor tu dalam diri (sikit je la). 

apa yang saya telah buat? rasanya pernah cerita sebelum ni yang saya sekarang tengah tunggu panggilan temuduga untuk memegang jawatan sebagai guru sekolah rendah DG41 dan juga sedang menunggu untuk dipostingkan di mana-mana sahaja sekolah rendah. namun begitu pelbagai rumors dengar dekat fb la tweet la. samapai malas nak cara pun ada. tapi tak cara pun risau takut nanti tak dapat posting. bagi menunggu masa untuk posting ni saya pun memohon jawatan guru ganti. Alhamdulillah dapat. sampai sekarang saya tak pasti sama ada memohon guru ganti adalah keputusan paling tepat yang saya buat tapi macam saya cakap tadi prinsip saya ialah go with the flow... apa pun kita cuba dulu selebihnya kita serah pada Allah. Dia yang maha mengetahui. at least saya rasa keputusan yang saya buat agak bagus dan berasas sebab pertama, saya ada pengalaman mengenai perjalanan sesebuah sekolah sedikit sebanyak, kedua, saya sudah boleh membiasakan diri dengan tugas sebenar guru yang mengajar 30 waktu seminggu sebelum ni waktu praktikum 8 waktu je lebih kurang dan ketiga saya tahu sedikit sebanyak mengenai kssr yang menggantikan kbsr. 

menjadi guru ganti juga mendidik saya menjadi lebih berdikari. sebelum ni waktu praktikum ada member boleh buat semua benda sama-sama. tanya cikgu tu sama-sama. pergi rehat sama-sama. pergi toilet pun nak sama-sama. menjadi seorang guru ganti semua kena depends pada diri sendiri. kena buat muka tak malu. tak tahu kena tanya. sentiasa cuba tegur dulu guru jangan nak buat muka bajet retiss, senyum itu penting (rahsia kejayaan). saya juga bersyukur sangat-sekolah sekolah yang tempat saya mohon ini, guru-guru dia sangat baik dan bertimbang rasa. tak lokek berkongsi ilmu dan sangat rilek. harap-harap saya dapat dipostingkan ke sekolah yang sama macam sekolah ini (cuma mintak anak murid yang baik sikit la) amin!

tipu la kalau saya tak cakap yang kadang-kadang terlintas jugak kat fikiran letih dan kenapa la aku pilih nak jadi guru ganti. bukan parents tak bagi makan pun kalau tak kerja. parents masih berkemampuan. tapi dari positif side saya rasa Allah tu maha penyayang. dia tahu saya ni jenis pemalas nauzubillah jadi dia bagi peluang untuk saya rasa situasi itu terlebih dahulu sebelum saya benar-benar dipostingkan. alhamdulillah Ya Allah. 

p/s: buat rakan-rakan yang banyak menyatakan tak payah risau bila nak posting dan nak rilek dulu sebelum kerja nanti dah kerja payah dapat cuti dan sebagainya. saya tahu anda pun risau sebenarnya. tak perlu cover line benda yang nyata. siapa la tak nak kerja dan meningkatkan taraf hidup sendiri. anda fikirlah. yang membuat keputusan diri sendiri jugak (peace no war ^_^)

Friday, December 28, 2012

berkat di hari jumaat

assalamualaikum
just short entry update. pagi ni tiba-tiba handphone saya ada miss call. nombor yang keluar tu nombor pejabat. dalam hati mula berfikir adakah betul saya fikirkan. lepastu tanya emak balik sama ada mak tahu nombor tu. mak suruh call balik saya cakap, saya tak ada kredit keh3. al maklumlah penganggur bekerjaya mana pernah ada duit. call nombor tu balik guna handset mak dan seperti apa yang saya jangka saya kena pergi ke sekolah berjumpa guru besar. ok fine!! tak mandi lagi kot time ni ha3. mandi macam kambing je nasib baik ada baju dengan tudung yang tak payah gosok kalau tak memang T__________T ni je la.

sampai sekolah jumpa guru besar, kena interview sikit-sikit, alhamdulillah saya diterima menjadi guru ganti di sekolah itu. pengalaman baru buat saya di mana saya akan menjadi guru kelas dan mengajar mata pelajaran sains (sains kot =_=). mengajar kelas kssr. sebelum ni tak pernah ajar pun budak-budak kssr ni. harap semuanya berjalan lancar. mohon doa daripada rakan-rakan agar semuanya berjalan lancar ;)



p/s: benda paling malas nak buat ialah gosok baju 5 pasang =_=

Tuesday, December 25, 2012

sweet december....

assalamualaikum...
hurmmm kenapa sweet december? sebab december birthday saya ^____^. Suka2...pang!!! suka sangat la. hari ni nak cerita apa yang saya buat waktu birthday saya yang jatuh 20/12/. pada tanggal umur saya genap 23 tahun, pagi-pagi dah siap ikut mak ke tabika. bukan nak sambut birthday saya ye tapi sebab tabika ada buat kursus buat keronsang. kena paksa ikut sebab nak ramaikan orang T__T. oleh sebab family saya cheapskate, ko jangan mimpi la nak celebrate birthday macam orang lain. nak dengar ahli family wish birthday pun macam emas akan keluar dari mulut. masa kecik-kecik dulu kisah la tapi dah mencapai umur separa matang ni (cececeh ayat nak bajet) dah tak heran dah.


antara mereka yang hadir belajar buat kerongsang


mak cik - mak cik n akak-akak yang tengah tekun mendengar arahan

masa tengah buat keronsang ni tiba-tiba kena panggil keluar kononnya nak kena dengar taklimat cara mencegah kebakaran.. mencik tau sebab dari sekolah sampai ke maktab pun asyik dengar benda ni. nanti mengajar nanti pun mesti kena dengar punya. birthday saya pun nak kena dengar jugak. benci!!


pegawai yang bertugas memberikan taklimat dan tak habis-habis tanya soalan serta para pendengar yang buat-buat dengar.

masa dia mintak siapa nak try padam api saya pun pergi la al maklumlah saya ni pemalu. time tak ramai orang macam ni la boleh cuba keh3....


step 1: tarik picu


step 2: pegang penyembur dan hala ke api mengikut arah angin. cara saya pegang tu salah ye sepatutnya kena pegang kat hujung depan.


step 3: sembur la apa lagi! sembur dari kiri ke kanan atau sebaliknya dengan perlahan-lahan.

lepas dah siap semua teori dan praktikal taklimat kebakaran ni masuk balik semula dan sambung buat keronsang. time ni dah ramai peserta yang dah siap keronsang. saya dengan adik tak siap lagi sebab ingat nak buat kat rumahnya. buat benda tu tak susah pun sebab dia dah bagi kertas arahan. tapi sekali cikgu sal yang ajar buat keronsang tu paksa saya dengan adik siapkan jugak T__T.



time ni orang dah sibuk makan dah...


tu tengok adik siapa kena dera keh3x....

gambar saya sepanjang hari memang tak ada ye sebab jadi camerawoman..T_T sedih kot dah la birthday tak da layanan istimewa pun...(padahal tadi sendiri cakap tak kisah). balik tu singgah bandar sebab adik nak tukar tudung sekolah dia. lepastu adik ajak pergi kedai kek konon sebab hari ni hari jadi saya padahal yang sawan nak makan kek tu dia...



saya dapat ini ^___^. nama dia osaka. thanks mak sebab bayar he3. rasa dia not bad la mungkin sebab saya bukanlah peminat kek tegar jadi tak boleh nak describe macam mana rasa dia

nak tengok keronsang saya tak?


......






......



















ni lah dia. keronsang ni bentuk buah anggur tau. tapi sebab tak reti dah nak snap macam mana kan dan keronsang ni bukan saya buat tapi cikgu sal yang buat keh3.


sekian saya cerita saya
terima kasih sebab sudi baca :)

p/s: tak sabar tunggu hari lahir ke 27 sebab ada orang janji nak belanja kek keh3