Friday, April 29, 2011

pengalaman pertama mengajar

 akhirnya dapat jugak menulis kembali dekat blog yang dah berhabuk ni
bukan apa, kalau dekat maktab tu rasa macam tak cukup nafas je
ada je kerja yang nak kena disiapkan.
okey sekarang nak cerita pengalaman pertama mengajar.
kawasan sekolah merupakan sebuah kawasan kampung yang aman damai
murid-murid, alhamdulillah semua okey dan baik
yang nakal tu mestilah ada.
pertama kali masuk kelas untuk mengajar boleh membuatkan tekanan darah naik
sebab ada kelakuan murid yang agak kurang sopan
namun setelah di 'brainwash' semua kembali okey
esoknya pulak, ada cikgu bagi tahu yang murid-murid cakap saya ni garang
hahaha tak apa cikgu garang
supaya awak hormat cikgu awak sikit.
cikgu garang sebab cikgu sayang awak semua tu
nak bagi kelakuan awak semua tu nampak sopan sikit.
menghabiskan masa selama sebulan dengan murid-murid ini memang best
mengajar saya erti sebenar bahawa menjadi guru ini bukan senang
melalui guru, generasi yang baik boleh dibina
dan melalui guru juga generasi yang baik boleh dimusnahkan.
menjadi seorang guru dikawasan kampung, apa yang menyenangkan ialah, 
sikap murid yang sangat respek guru.
tapi apa yang sukar ialah macam mana nak dedahkan murid ini pada dunia luar.
contohnya, negara kita sering mengutamakan perpaduan antara kaum
namun, murid-murid kat kampung saya ni tak pernah pun berinteraksi dengan kaum lain
malah bila diajar mengenai kaum lain mereka memang clueless.
tak tahu apa lansung.....
jadi di sini saya dapat lihat tanggungjawab menjadi seorang guru memang sangat mencabar.
hari terakhir dekat sekolah tersebut, murid-murid minta supaya saya jangan pergi.
perghhh memang nak nangis rasanya dan rasa sangat terharu.
ada murid sampai mintak saya mengajar untuk tempoh setahun lagi.
hahaha kalau cikgu boleh jangan kata setahun.
bertahun-tahun pun cikgu nak
apa-apa pun terima kasih banyak-banyak kepada kamu semua
yang telah banyak memberi pengalaman bermakna kepada cikgu
sayang kamu semua banyak-banyak


murid kesayangan....budak tahun 5


murid-murid perempuan yang aktif



murid-murid lelaki yang nakal dan periang



hadiah daripada murid-murid

p/s: panjang umur, murah rezeki kita jumpa lagi

Sunday, April 10, 2011

kisah guru dan anak muridnya 2

cikgu: tanah tinggi mesti ada hutan kan
murid2: yer....
cikgu: jadi hutan bekalkan apa?
murid: makanan, udara, air, tempat tinggal, kayu....
cikgu: semua betul tapi cikgu nak jawapan kayu tu...hutan bekalkan kayu balak. sekarang cikgu nak kamu bagi cikgu contoh nama-nama kayu balak
murid: pokok getah, pokok durian, pokok...............
cikgu: ..........0.0 astaghfirullahalazim.....

p/s: murid-murid, apa yang cikgu soal semua ada kat buku teks tu... nampak benor kamu tak tengoknyer

kisah guru dan anak muridnya 1

cikgu: ok murid-murid kaum melayu mengamalkan kepercayaan agama Islam. sekarang cikgu nak tanya rukun islam ada berapa?
murid2 : ada lima cikgu
cikgu: sebutkan cikgu nak dengar
murid2: kepercayaan kepada tuhan
            kesetiaan kepada raja......
cikgu: (menjerit) ehhhh itukan rukun negara, cikgu nak rukun Islam
murid2: percaya kepada Allah
            percaya kepada Rasul
cikgu: itu rukun iman...cikgu nak rukun Islam
murid2: ..............................LOST
guru: .............................astaghfirullahalazim.............


p/s: murid2 pasni janji tak mahu konpius lagi