Wednesday, October 27, 2010

Fidofillia

 *** amaran entry ini pun panjang he3***
salam semua.
alhamdulillah entry sebelum ni pasal info 5R dapat bagi maklumat berguna
terima kasih diucapkan atas sokongan yang diberikan he3
so, hari ni nak kongsi lagi satu maklumat
(sejak bila blog luahan perasaan ni jadi blog informasi???)
bak kata pepatah ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah (tak ada kaitan lansung)
jadi hari ni nak cerita pasal fidofillia
fidofillia ni bukan penyakita takut air ke bagai (tu water phobia)
terlintas nak tulis benda ni sebab haritu baca blog tya
pasal pembunuhan kejam kanak-kanak itu oleh pak cik dia
tapi pak cik dia bunuh pasal masalah mental lain
yang fidofillia ni pun melibatkan perlakuan ganas dan macam binatang pun ada ke atas kanak-kanak
info ni saya peroleh melalui rencana dewan masyarakat kalau tak silap.
kami kena pilih satu genre rencana dan buat ulasan mengenai rencana tu
kumpulan saya dapat tajuk pasal penyiasatan.....
so jom lah kita lihat sikit pasal fidofillia ni

kawan-kawan semua masih ingat tak pasal pembunuhan adik Nurin Jazlin


pembunuhan kejam yang tak berperikemanusiaan
yang menggemparkan negara kita....
sebenarnya, orang yang melakukan jenayah yang kejam tu adalah penghidap fidofillia
fidofillia ni ialah kecenderungan seseorang melakukan jenayah seks terhadap kanak-kanak
istilah bahasa inggeris dia paedophillia
Penghidap fidofillia cenderung memuaskan nafsu seks terhadap kanak-kanak yang belum mencapai umur baligh. Penghidap penyakit ini merasakan nikmat yang amat menyeronokkan kerana mereka puas apabila melihat kanak-kanak terkulai selepas dirogol.

  Dari sudut psikologi, penjenayah yang menghidap fidofillia mempunyai perasaan sayang yang amat kuat terhadap mangsa, tetapi dalam konteksnya yang tersendiri dan berbeza daripada perasaan sayang manusia normal yang lain. Perasaan sayang ini menyebabkan dia “menyimpan” (culik) kanak-kanak tersebut, sebelum diseksa dan dirogol sebagai kemuncak kepuasan seks curahan perasaan sayangnya.

            Menurut Mohamad Yaacob, pensyarah psikologi di Universiti Teknologi MARA, penjenayah yang melakukan kekejaman terhadap kanak-kanak dikategorikan sebagai penghidap fidofillia sadis. “Seorang penghidap fidofillia sadis bertindak kejam terhadap mangsa (kanak-kanak) bagi membolehkannya mencapai orgasma. Tidak hairanlah mengapa timun dan terung dijadikan alat untuk dimasukkan ke dalam kemaluan mangsa” demikian jelas Mohamad Yaacob.

            “Kali pertama penghidap fidofillia sadis melakukan kesalahan, dia berasa bersalah akibat melakukan perkara sedemikian terhadap kanak-kanak. Perasaan bersalah itu berkurangan semasa kali kedua melakukan kekejaman dan hal ini menyebabkan mereka berasa ketagih dan terus melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak,” kata Mohamad Yaacob lagi.

            Dalam kebanyakan kes jenayah yang dilakukan oleh penghidap fidofillia sadis ini, mangsa (kanak-kanak) dijerut, dipukul, dicekik atau diberikan tumbukan kuat untuk melepaskan nafsu. Nilai kemanusian memang tidak wujud dalam hati penjenayah sebegini. Jika mangsa meronta, menjerit atau melawan, penjenayah manjadi semakin ganas.

            Dari sudut sains, peranan sistem otak manusia mempunyai kaitan dengan penyakit fidofillia sadis ini. Sistem “limbik” iaitu bahagian otak yang mengawal tingkah laku manusia dalam keadaan tertentu mempengaruhi perbuatan seseorang. Misalnya dalam keadaan bahaya, otak berperanan memberikan gerak balas melawan atau melarikan diri. Maksudnya penjenayah boleh memilih sama ada akur dengan nasib yang menimpanya atau tidak berpuas hati dan ingin mamanifestasikannya ketidakpuashatinya itu. Dalam konteks penghidap fidofillia sadis, apabila kanak-kanak sudah berada di depan mata, sistem otaknya memilih untuk melakukan kekejaman. 

jadi bagi sesiapa yang ada anak perempuan atau adik yang kecil lagi
jagalah mereka baik-baik okey
jangan mudah mempercayai orang
kadang-kadang mereka yang baik dengan kita pun
boleh menghancurkan kepercayaan kita.... 
jadi sentiasalah berhati-hati dan berdoa agar keluarga kita sentiasa dilindungi
insyaallah amin.... 

Monday, October 25, 2010

5R

***amaran entry ini agak panjang okey***
salam semua muahahaha
saja jer nak taip entry terbaru
nak lepas gian berblog kejap he3
maklumlah nak isi masa lapang katakan ki3......
(cis yu-hee daripada kau sibuk taip entry baru baik ko pegi taip report BIG yang terbengkalai)
sebenarnya tiba-tiba rasa nak buat entry pasal tema projek kempen alam sekitar kami
tema kami ialah 5R
ramai dah biasa dengar 3R tapi apa itu 5R?????
5R stands for relax, respons..............eh pe ngarut nirh
5R stands for reduce, reuse, repair, rethink and recycle
okey meh nak cerita satu per satu.....

rasanya kalau recycle tak payah la nak terang panjang lebar sangat la sebab kalau anda masih tak tau lagi saya menyeru anda hantukkan kepala kat dinding beramai-ramai......
dah macam-macam kempen buat untuk recycle ni kan?
barang apa yang boleh recycle?
mestilah, kertas, tin, plastik n kaca......
tapi kan adik-adik n akak-akak bukan semua kertas, botol, plastik n kaca boleh recycle macam tu jer
ada jugak jenis dia.....so nak tau info lebih lanjut tengok kat sini ek
klik gambar untuk imej yang lebih jelas yerk........
lagi satu untuk pengetahuan semua....kalau tak silap sebenarnya dekat jabatan alam sekitar,
ada sediakan satu bekas untuk recycle semua bateri, charger handphone n a few barang eletronik ni
sebabnya masa pergi jabatan alam sekitar kuantan hari tu ada nampak bekas untuk recycle tu
jadi saya anggap maybe semua jabatan alam sekitar ada kot
lagi pun jangan la buang bateri tu sebarangan jerk
kemungkinan boleh menyebabkan keracunan pada air dan sebagainya.....
tolong lah peka sedikit okey.

next ialah pasal reduce = kurangkan
tolonglah kurangkan barang-barang yang sukar nak lupus
contohnya polisterin tu janganla guna sangat.....
cara nak kurang guna polisterin+plastik, jangan selalu bungkus makanan....makan jer kat kedai tu
kalau nak bungkus jugak....bawaklah bekal sendiri okey.
tu pasal barangla....lagi satu pasal eletrik and air
kalau anda duduk kat office or kelas just seorang @ 2 orang.....maknanya dalam lingkungan yang sedikit,
tak payahla pasang semua kipas and lampu.....
macam mana la pemanasan global tak meningkat disebabkan pengunaan eletrik yang melampau.
lagi satu info yang saya dapat.........gosok pakaian untuk seminggu terus lagi menjimatkan daripada gosok pakaian sekali sehari.....(yu hee sila ambil perhatian okey dush2x......)
dari segi air pulak......tolonglah time basuh pinggan, gosok gigi jangan la biarkan air tu mengalir macam tu saja....
sangat-sangat membazir!!!!
kalau nak gosok gigi tu untuk kumur-kumur, sediakan cawan
lagi jimat!!

reuse ialah gunakan semula......
kalau anda beli barang yang rasa boleh guna semua memang bagus
contohnya milo kan..........mula-mula beli la tin dia......
lepastu beli je la yang refill punya. so jimatlah penggunaan tin
kalau rasa tin tu dah berkarat baru tukar.....
plastik shoopping tu boleh guna semula untuk jadi plastik sampah........
jadi tak payahla nak membazir duit untuk membeli plastik sampah lagi.......

repair......ialah baiki semula
pertama sekali, mana-mana alatan yang boleh dibaiki tolonglah baiki
mentang-mentang ko banyak duit boleh buang macam tu jer and beli yang baru....
memang tak sayang alam betul.
kedua....baiki sikap kamu yang tak ambil peduli pasal alam sekitar ni....
sedarlah, banyak cara yang boleh kita lakukan untuk selamatkan alam sekitar

last sekali ialah rethink....
rethink boleh terbahagi kepada dua
pertama pikir dulu sebelum buang
fikir la kalau benda tu boleh guna lagi tak payah la buang.......
kalau tak nak guna bagi la kat orang lain yang boleh gunakan
dah la membazir duit, mencemarkan alam pulak tu
yang kedua fikir dulu sebelum beli......
sebelum membeli tu pikir dulu benda ni ada kegunaan ke tak.......
kalau tak guna baik jangan beli nanti takut akan dibuang begitu sahaja


sekian penerangan saya tak berapa lengkap ni....
kalau nak tahu lebih lanjut google je 5R mesti keluar punya....
sebab apa saya tetiba rasa nak tulis entry ni....
sebab saya sedih tengok sampah yang dibuang macam tu je oleh manusia (termasuk saya)
untuk menjalankan projek ni, saya dan rakan pergi sendiri tempat pengumpulan barang kitar semula tu
tau tak barang-barang eletrik macam peti ais and mesin basuh tu dah setinggi rumah bango dua tingkat tu
nampak sangat teknologi bukan sahaja mampu menjadi hidup manusia mudah tetapi mampu memusnahkan hidup manusia juga bila disalah guna.........
barang-barang lain tak payah cerita la
lebih baik anda tengok sendiri supaya dapat kesedaran sikit
so sebagai salah seorang rakyat Malaysia, saya harap anda perihatin akan keadaan sampah-sampah disekeliling anda.......
tak rasa ke kawasan kita semakin sempit sekarang?
tak rasa ke sungai and kawasan air kita makin kotor hingga banyak penyakit contoh kes kencing tikus tu
tak rasa ke kita makin susah untuk bernafas sekarang?
fikir-fikir kan dan selamat beramal................

Tak Suka Naik Bas Dengan Budak SEKOLAH

salam semua.....fuhhhhh dah berhabuk blog ni
first sorry tu my lovely cik akma....
tak dapat nak join contest tu sebab baru perasan....
saya tak ada gambar candid hahahaha
nampak sangat kaki pantang tengok kamera.......
sorry jugak sebab tak dapat nak update entry baru
banyak je benda nak cerita tapi.....
minggu lepas sibuk dengan program anak angkat
lepas balik daripada program tu sibuk pulak duk study untuk test SDP
SDP is seni dalam pendidikan not seni dalam percintaan hu3
okay enough mengarut
saya selalu cerita pasal pengalaman naik bas kan....
sebab dalam bas pun kita boleh refleks banyak benda sebenarnya....
kali ni nak cerita pasal budak sekolah.....
budak sekolah menengah la bukan sekolah rendah.....
tadi naik bas dari kuantan ke kuala lipis....perjalanan ambil masa selama enam jam
salah satu benda yang saya tak gemar bila budak sekolah naik bas ramai-ramai
campur sekali dengan geng sehidup semati mereka ialah mereka akan buat bas tu macam bas sekolah mereka!! paham tak maksud saya?

macam tadi,
pak cik bas pasang radio, dia orang pasang lagu ikut handphone....
tau tak apa itu pening kepala dengar dua lagu dalam masa yang sama.
dengar lagu tahan lagi....ni nak dengar dia menyanyi sekali
adik.....Malaysia ni negara perihatin.....
banyak lagi tempat adik boleh salurkan bakat adik tu....
akademi fantasia, mentor, one in a million kalau nak yang patriotik masuk la uji bakat bintang RTM!!
yang budak perempuan lagi bagus....ketawa mengilai macam la kami semua dalam bas tu member baik dia


HELLO kamu perempuan tak ada rasa malu ke???
paling tak suka bila berhenti rehat kat temerloh, budak-budak tu turun kejap mesti hisap rokok
naik bas, bau rokok......tak suka la.
nasib la budak-budak ni just naik sampai bentong jerk.
sekolah apa....tak payah la aku nak ambil tau
jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga....
ada jer 2, 3 orang budak yang baik je dalam bas tu....satu sekolah lagi
tapi sebab mereka-mereka ni imej satu sekolah boleh rosak....
tapi tak salahkan mereka seratus peratus....
sebab ada banyak benda or sebab yang boleh buatkan mereka behave macam tu
lagi satu ialah benda ni boleh balik pada saya balik....
if saya ada sikap berani menegur kan bagus....
at least saya jalankan juga tanggungjawab sebagai bakal pendidik....
tapi saya tak berani.......saya sebenarnya sangat jelous dengan orang yang boleh suarakan pendapat mereka dengan berani........
anyway adik-adik semua......behave la....
kita warga Malaysia ni kaya dengan budi bahasa.....
kita semua pengguna pengangkutan awam tu jadi......hormatilah hak orang lain okeyyyy


yu hee says: lately ni sedih tengok sikap warga muda..........

Friday, October 15, 2010

ambil darah

salam semua....
tajuk tu macam pelik je sikit kan....ambil darah
sebenarnya hari ini pegi hospital sebab nak ambil darah untuk di check

sebelum tu kena PUASA 12 jam daripada makan
memang sekso batin omak tengok orang lain makan sodap-sodap
pagi tadi sebelum pegi hospital,
saya pergi ke jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP)
nak dapatkan cop untuk pergi ke hospital.
nak dijadikan cerita.... ketua jabatan tu memang peramah + mesra alam
masa saya masuk dan nak mintak cop tu dia tengah makan
lepas tu encik tu hulur lah saya sebiji LEMANG
tau tak lemang tu sipi-sipi lagi nak masuk mulut saya.....
nasib baik sedar kalau tak, rugi jer puasa saya.
lepas sampai hospital, kena tunggu giliran sebentar untuk ambil darah.
sebelum saya, ada seorang baby yang kecil je lagi
dengar baby tu meraung buat saya rasa scary jerk...
baru ingat nak bla senyap-senyap
last-last nama saya dah dipanggil
masuk jer, ayat first dan paling best saya dengar daripada nurse tu....
adik sakit apa? kenapa banyak sangat darah kena ambil ni?
WHAT!!! ingatkan satu tabung uji jer. sekali 4 tabung uji darah aku....amik ko
nasib baik nurse tu pandai cucuk so memang tak sakit lansung.
honestly aku cakap bukan semua nurse pandai cucuk.
sebab aku dah pernah tengok sebelum ni.
akhirnya selesai jugak....hantar darah tu ke makmal....
tahun depan, baru boleh jumpa doktor untuk tahu result hu3
TERBAIK!!!

Monday, October 11, 2010

ujian kecergasan....

salam semua...
hari ni ada ujian kecergasan baik punya....
ujian kecergasan yang telah membuatkan
tangan, kaki serta otak aku menggigil sekali....
terima kasih encik pj yerk....
terima kasih juga kepada kawan-kawan yang banyak membantu dan beri support tadi
esok sambung ujian pj
lari 2.4km = 6 kali pusing padang
pukul 2.30 petang.......
seronoknya!!!! kyaaaaaaaa!!!! tak sabar menunggu hari esok (ayat buat sedap hati)

Wednesday, October 6, 2010

KBS WORLD

salam semua...
ari ahad duk rumah....
tekan punat remote astro 303
channel kbs world x da....
yang asyik ada 304 jerk.....
ni rasa dah berangin dah......
pikir posititf, maybe tak da siaran kot....esok nanti ada la
hari isnin tekan.... tak da jugak
dari pagi bawak la sampai malam
masih boleh bersabar lagi.
kemudian hari selasa tengok sekali lagi pagi tu.
tak da jugak.
malam tu dah terasa naik angin....so post comment kat facebook
nasib baik la seorang kawan saya sekolah menengah bagi tau kbs dah tukar siaran.
bukak 303 dah tapi dah 391..... tengok jauh siaran tu berpindah
nasib baik tak bertukar jadi singa lagi....
yeah saya tau saya suka sangat tengok show atau drama korea
tapi itu hak milik masing2 kan
kadang-kadang saya tak paham mentality sesetengah orang ni.
kalau saya tengok cerita tu, bukan saya kacau orang pun
saya tak pernah kutuk gila babas citer melayu
kadang-kadang saya layan jugak cerita melayu
tak paham kenapa ada sesetengah orang bila kita tengok show atau drama korea
duk kutuk-kutuk lelaki ni macam perempuan la, bedah la segala bagai
artis weh...sebab bagi dia orang halal....
artis melayu pun ada jugak duk bedah or duk cucuk.....heh stop di sini takut nanti terlebih kutuk pulak.
stop kan lah tipikal mindset kau tu.
kau buat cara kau dan aku dengan cara aku

yu-hee says: jangan terkejut sebab banyak jer bakal guru yang ada tipikal mindset.....

Tuesday, October 5, 2010

berurut dan kisah seorang ibu

salam....
nampak tak kesengalan dan kemalasan menyerlah
so saja nak sambung 2 cerita jadi satu 
tak payah membazir page sebab membazir tu amalan syaitan (alasan semata-mata)
disebabkan accident, my mom pun bawaklah saya pergi berurut
nasib baik emak kepada kawan ayah saya.... bekas bidan dan biasa berurut
saya nasihatkan kepada kaum perempuan... pergilah berurut
tapi berurut dengan orang yang pakar la... bukan orang yang tau aci gosok jerk
sebab ia baik untuk badan...
sebelum berurut selalu bergantung kat painkiller sebab nak hilang sakit badan akibat jatuh motor.
lepas berurut, tak pandang dah painkiller tu....
jeling pun tak mahu....sakit-sakit badan pun dah tak rasa sangat dah....Alhamdulillah
saya berani cakap....nenek yang urut saya dengan guna minyak afiat tu,
buat saya lagi segar daripada urut kat spa harga ratus2
tapi yer lah...lain orang lain pandangan, lain badan
sumanya berbalik pada diri masing2.




cakap pasal urut nak masuk cerita pasal seorang ibu..
cerita ni berkaitan luahan perasaan nenek tu terhadap saya la
benarlah kata pepatah
seorang ibu mampu menjaga sepuluh orang anak
tapi sepuluh orang anak belum mampu jaga seorang ibu.
kita tengok raut wajah ibu tenang jer....
selalu cakap 'emak tak kisah'
tapi di sebalik hati dia, siapa la yang tahu
bukan ingin mengaibkan sesiapa
tetapi sebagai peringatan, jagalah perasaan ibu kita tu
pernah baca satu kisah di mana orang tu rasa tak senang jerk, gelisah dan sebagainya
lepastu dia tanya ibunya ada rasa hati dengan dia ker apa
ibu dia cakap tak ada
bila dia mintak ibu dia ingat balik dan jujur pada dia....
rupa-rupanya ada ibu dia terasa pada dia....
walaupun benda tu dah lama berlaku, tapi kalau Allah nak tunjuk bila-bila masa pun boleh
pernah baca tak kisah di zaman Rasulullah di mana hamba Allah tersebut susah nak sebut kalimah syahadah
sebab dia sakiti hati ibu dia
lebihkan isteri berbanding ibu.....
jadi kita ambil benda ini sebagai pengajaran...buat anda mahupun saya


***thanks mum for everything, i love u so much***

Monday, October 4, 2010

accident.....

salam semua....
sebenarnya ada banyak benda nak cerita....
mula2 ingat nak cerita pasal kempen alam sekitar tu..
tapi rasa macam dah basi dah, tak semangat nak cerita pasal kempen tu
apa yang boleh dikatakan alhamdulillah semua berjalan dengan lancar cuma sambutan kurang memuaskan
bayangkanlah bakal guru yang masih kurang kesedaran....
duk sibuk pikir tidur jer lebih....
kalau bukan benda tu wajib mesti tak nak buat....
eh..... teremosi pulak teheeeeee
tak perlah yang penting semua dah selesai walaupun banyak jugak rintangannya

lepastu nak cerita pasal camping unit beruniform....
ye lah.....saya ahli puteri islam dari kecil bawak sampai mati....
orang cakap mintak lah unit apa pun....tapi jodoh tetap dengan puteri islam
jangan tanya saya kenapa sebab saya pun tak tahu...
dah stop! lari tajuk plak....
cerita tu pun dah basi jugak....
nak upload gambar bateri kamera dah habis.....
charger tinggal kat asrama.... TERBAIK (currently ada kat umah)

cerita yang up to date bleh saya cerita ialah.....
saya accident.... jatuh motor lepas balik camping....
kejadian berlaku pukul 12.30 hari jumaa, depan asrama lelaki
time tu semua budak lelaki berpusu-pusu balik asrama
TERBAIK SEKALI LAGI UNTUK SAYA
jangan tanya saya apa perasaan saya time tu.....
kalau nak tahu.... try sendiri.....
currently sedang ponteng kelas untuk seminggu
SYABAS UNTUK SAYA

Saturday, October 2, 2010

memori di pagi raya...

baru balik dari camping....
tengah-tengah melawat blog orang lain kawan baikku telah mengajak join satu contest
contest memori di pagi raya....
memandangkan saya tak pernah join mana-mana contest so, nak try la contest ni
syarat dia mudah jer...
1. anda perlu letakkan banner peraduan dekat sidebar di blog anda
2. anda perlu upload gambar anda berseorangan di pagi raya dengan memakai baju raya

hurmmmm.........




loading..............................






see.........

suka gambar yg my sis tangkap....
macam kepulangan dinanti plak....

3.gambar ngan sape-sapelah tunang ke..family ke..mak ke.

so, nak letak gambar ni lah....
gambar ni kabur tapi still nak letak...
ni je la satu gambar yang ada gambar saya dengan atuk....
even kabur pun still suka gambar ni......
sayang atuk.... teh yang selalu atuk buat memang terbaik.....

hurmmmm sekarang nak ajak junior saya huda buat contest ni..... sudi-sudikan lah ek...