Sunday, May 6, 2012

alhamdulillah di atas rezeki yang Allah beri.

assalamualaikum semua...
actually tak nak cerita apa pun cuma nak nyatakan 
bersyukurnya di atas segala yang berlaku pada saya..
tahniah to my brother yang dapat first gaji as cikgu..
dan dengan baik hatinya abang saya nak belikan something for adik2 dia...
dan dengan izin Allah, insyaallah akhir bulan 5 ni dapat something dari abah.
insyaallah saya akan cuba bayar balik dekat abah bila dah kerja nanti.
terima kasih abah...
rasanya sepanjang minggu ni saya banyak betul menerima sesuatu daripada 'Dia'
bahkan bukan setakat minggu ni tapi sepanjang saya hidup Alhamdulillah 
hidup saya tak rasa terkurang daripada rezeki yang diberikan oleh Nya.
jadi saya cuma boleh cakap saya bersyukur sangat-sangat dengan apa yang diberikan 
olehmu Ya Allah. Alhamdulillah.

Ya Allah, Ya Tuhanku,
sesungguhnya hamba Mu yang lemah dan hina ini
memanjatkan kesyukuran di atas segala nikmat yang telah engkau berikan
namun nikmat juga merupakan satu bentuk ujian
yang diturunkan oleh Mu untuk menguji hamba Mu
jadi hambamu bermohon agar 
dijauhkan dari sifat alpa dan bongkak serta riak..
tingkatkanlah iman dan takwa hamba Mu ini
dan jadikanlah hamba Mu ini
golongan yang sentiasa bersyukur dan mengingati Mu
di kala senang mahupun susah
Amin

Wednesday, May 2, 2012

berjimba kadang-kadang perlu

assalamualaikum semua...
lama tak tulis something kat blog ni kan...
dah berdebu-debu dah....
secara rasminya nak menyatakan bahawa saya telah pun menamatkan praktikal terakhir yeyeye
boleh rilek-rilek yeyeye
exam lagi seminggu lebih yeyeye
tak study apa lagi ni yeyeye
nampak sangat nak cover-cover nervous tu hahaha.
alhamdulillah praktikum saya end up dengan baik.
tak ada lah result gempak giler tapi overall nice la...
sedih memang sedih nak meninggalkan sekolah yang best
dengan 1001 kenangan dan pengalaman yang diperolehi dari sekolah tu
insyaallah panjang umur dan murah rezeki kita jumpa lagi..
demi meraikan habisnya praktikum n malas sambung belajar balik kat maktab,
saya pun pergi la berjimba kejap dengan member ha3
tengok gambar jer la ek


selamat datang ke sushi king... boleh saya bantu anda? phuiii 


suka gambar ni...siap buat dp kat facebook hu3 okey fine time ni makanan nampak macam sedap...macam okeyh


seperti biasa ditemani bestfriend n sister yang selalu melayan jer. thanks k.ngah


our food macam banyakkan. tapi tak habis pun ni termasuk adik saya punya okey n kami tak amik pun sushi. tak terdaya dah


lepas makan kita karok...hoyehhh


layan perasaan jangan tak layan


have a blast... seronok sangat. alhamdulillah!!!

rancangan awal nak pergi tengok wayang The Avengers 3d tapi seat penuh kot. nak duduk depan memang tak la kan. seat 2d ada kot tapi apa barang....dah ada yang 3d baik layan 3d trus (ayat berlagak) ha3. apa-apa pun terima kasih untuk anda yang sentiasa menceriakan hari-hari saya....

Thursday, March 15, 2012

selamat bergraduasi..

assalamualaikum semua..
hari ni nak cerita pasal hari konvokesyen kekanda saya...
ini kekanda kandung ek...
to mr kamarul aizat b. kamaronzaman congratulation
dapat gaji jangan lupa belanjo den...
den nak samsung galaxy note satu ha3....


okeyh back to the topic...
g konvo tu memang bosan giler.
sebab yang boleh masuk parents jer so saya n adik duk mcm org bodo jer kat luar
dari pukul 1.30 hingga 5.00
sakit punggung duk tunggu bila la nak habis benda ni.
tempat duduk tak yah cakap la memang penuh giler...
jadi keje kami g la jalan2 kat sekitar picc tu



muka bosan menunggu...yang belah kanan tu muka nak mintak penampor


jalan-jalan dan tangkap gambar... tu je lah kejenya

got myself 2 nice bracelet....
jeng...jeng...jeng
boleh la melaram pegi kelas lepas ni
kelas kau jah!!!
soalan yang anak murid pasti akan tanya,
cikgu beli kat mana...
semua barang saya, mesti nak tanya beli kat mana.
pen marker satu kotak pun tanya beli kat mana...
bila saya jawab kedai basikal, tak percaya pulak
hadoi....penat layan
sebelum mengakhiri cerita ini terimalah gambar terakhir ku...

ni gambar orang perasan tak sabar nak graduate...bila la...nak graduate. tak sabo dah ni

Tuesday, March 13, 2012

jaga budak periksa sekarang sangat annoying


assalamualaikum semua..
status currently sangatlah busy
tengok blog pun dah tahu hidup tuan dia ni pun macam huru-hara giler
bayangkanlah dengan nak terkejar buat assignmentnyer plus kajian tindakan lagi,
nak tolong melatih budak dengan segala macam pertandingan lagi
dengan nak siapkan rancangan mengajar yang paling sikit 4 muka surat... paham x makna PALING SIKIT
dengan lecturer yang datang setiap minggu choi....tak boleh lansung bagai kami rehat walaupun satu minggu
bayangkan sepanjang kami praktikum dalam seminggu lect akan datang sekali.
bila lecturer datang mestilah persediaan nak buat baik punya kan
x kan nak buat cikai2 jer
mahu tak graduate nanti.
so, mostly memang agak macam orang tak keruan la nak menunggu lecturer tu datang.
so. minggu peperiksaan adalah minggu menyeronokkan bila:

1. lecturer tak akan datang minggu tu
2. tak payah buat rph, tampal jadual periksa jer (yippie!!!)
3. boleh fokus pada kerja lain contoh assignment yg dah berhabuk tu

tapi minggu peperiksaan ni mestilah kena jaga budak periksa kan
meh nak cerita betapa annoyingnye jaga budak periksa zaman moden ni
berbeza dengan zaman saya kecik-kecik dulu

  1. budak-budak zaman sekarang lepas habis jawab periksa jer boleh berborak dengan volume kuat giler dengan member meja sebelah
  2. ada jugak yang siap pergi ke meja kawan, main lawan pemadam
  3. keje asyik nak asah pensil jer macam tak boleh tunggu periksa habis dulu padahal pensil ada lagi 5 batang masih tajam dalam bekas pensil dia.
  4. benda simple pun nak tanya padahal dah terang-terang arahan yang diberi siap saya tolong terang lagi....pastu tanya lagi. siku karang!
  5. meniru dan bertanya member secara terang2...ni memang sah makan tangan saya kan....tak der nak kasihannya.
ni antara perkara yang kadang-kadang buat saya annoying jaga periksa....jadi kebiasaannya kalau budak ni mula bergerak dan berborak saya akan sound baik-baik dulu. kalau sound pun tak menjadi mestila marah kan. kalau marah pun tak menjadi saya ugut nak koyak kertas periksa dia...biasanya koyak kertas periksa ni menjadi untuk budak pandai sebab kalau anda semua nak tahu mostly budak pandai ni yang buat kerja-kerja dia atas....pandai tapi kurang respect... itulah nama bodoh sombong... walaupun pelajaran pandai tapi perangai bodoh dan sombong. tapi yang meniru tu mostly budak pandai tak akan meniru...budak meniru tu saya cubit jer senang...nasib baik insaf kalau tak memang makan kasut terus


  budak-budak 6 cerdik. baik jer


ni budak asli...budak yang kat depan tu malas jawab periksa lepastu susun kerusi dan zzzz... terbaik punya. tak boleh buat apa la bukan reti bahasa pun kalau marah. yang belakang dia tu bagus. try jawab periksa cuma   pemalu sikit

Sunday, February 19, 2012

love, love, love




gambar ditangkap daripada handset cabuk...
suasana lepas hujan
tak mau tulis panjang-panjang
starting to fall in love

Saturday, February 11, 2012

praktikum minggu 2

assalamualaikum semua....
starting to love this place already...really!!!
sk sungai tekam utara telah membuatkan saya jatuh cinta...
ok back to the topic...
untuk minggu kedua, saya dan rakan praktikum dikehendaki menjaga budak hoki.
pernah sentuh kayu hoki masa mula-mula masuk maktab je.
itupun sebab kena paksa masuk gerko hoki
kalau tak jangan harap...
itu pun ilmu pasal hoki dah kelaut hu3
nanti saya upload gambar praktis hoki tu insyaallah...
gambar tu dalam handset member plak.
yang kelakarnya...kami kena jaga budak hoki tapi kami sibuk main bola sepak
dengan budak-budak soccer...
siap bila takda latihan hoki,
budak-budak soccer tu sibuk ajak kami turun main soccer...
sajer la tu nak bodek cikgu suruh beli aiskrim....bodek kuat budak-budak ni.
lepastu unit beruniform dapat tunas puteri...
muahaha...first time ajar tunas puteri.
tak ajar pun just tengok cikgu lain ajar...
tak sangka tunas puteri ni banyak jugak lagu yer...
duk nyanyi jer ha3...


tengah nyanyi lagu dunia

lagu kumpulan pulak....

apa-apa pun 
masih mencari kesesuaian untuk mengajar
murid-murid ini...

Thursday, February 2, 2012

first week praktikum

assalamualaikum semua,
ambil masa sikit untuk short update praktikum ni.
alhamdulillah dah sampai sekolah, dah berkenalan dengan guru-guru, dah masuk kelas
tapi x mengajar lagi he3
just berkenalan jer...
alhamdulillah dapat sekolah yang lovely,
guru besar yang super duper best,
guru-guru lain yang friendly....
kat sekolah ni ada murid orang asli tau.... first time ajar murid orang asli
tak per...mereka still my students tak kira bangsa, agama n sebagainya lah
janji mereka nak belajar ha3... itu je syaratnya.
first week kena terlibat dengan program pemulihan iaitu program serlah membaca.
kena ajar budak mengeja dan membaca...
agak tekanan jugak la and hampir hilang sabar...
always remind myself yang budak-budak ni sesetengahnya ada masalah pembelajaran
and sesetengahnya cuma lambat belajar je and ada juga yang malas.
so, jangan cuba membanding-bandingkan mereka dan cuba tolong sedaya yang mampu.
bila ajar mengeja tu memang macam-macam benda keluar la
buku jadi paku la... baba jadi bapa la, jeti jadi titi la....yang paling best cat tu dia pronounce dalam english
iaitu kucing...adoi dah terkonpius budak2 ni....
apa-apa pun mereka masih lagi lovely


hazwani yang bila suruh baca suara senyap giler


alif haikal yang banyak cakap


solihin dan akram

apa-apa pun cikgu harap kamu mampu membaca dengan lancar
suatu hari nanti insyaallah
walaupun bukan cikgu yang tolong kamu...amin