Monday, September 27, 2010

HujuNg MinggU YaNg MenyekSakan

salam bloggers....
selalunya bila hujung minggu sudah pasti kita akan mengisi masa
dengan berehat setelah penat bekerja @ belajar kan..kan...kan...
sudah pasti kita juga akan menonton satu @ dua movie
atau keluar berjalan-jalan menghirup udara segar...
tapi hujung minggu saya hari tu memang terbaik.........terbaik sungguh
mungkin lepas ni saya boleh bekerjasama dengan bill gates pulak
nak tau saya buat apa....?
lets chekidout





 *** maaf gambar buruk sebab tangkap guna handset+cabuk+lagi+hina+tak+berkuliti***

seperti yang anda lihat di atas,
saya kena buat perisian pengajaran dengan manual penggunaan
bagi sebelum cuti
tapi buat dalam masa dua hari....
tak buat sebelum cuti sebab baru paham nak kena buat macam mana lepas cuti
ha3...memang terbaik punya alasan.
buat gadis yang telah saya gunakan gambar beliau untuk menjadi cover cd saya
saya mintak maaf dan ingin beterima kasih sebab upload gambar tu
sebab gambar tu je yang menarik...
yang lain tak de teheee....
perisian yang dihasilkan dalam masa 2 hari...
harap-harap tak kena reject la ek...

Thursday, September 23, 2010

JabaTan TeRbukA

pagi tadi pegi cari lect kat jabatannak tanya kelas kat mana
sampai je kat jabatan....alamak ada jabatan terbuka (macam rumah terbuka) pulak
ingatkan nak keluar
tapi semua lecturer kat situ dah ajak makan
nak tak nak saya n member buat la muka tak malu
dapat makan mee kari....
sedap.....slurppppp hari tu balik rumah tak dapat makan mee kari
boleh la lepas gian...
kami siap cakap lagi dekat lecturer mengajar kami....kami makan dululah encik
hahaha nak tak nak en.z terpaksalah bagi
buat lecturer-lecturer terima kasih sebab sudi menjemput kami
rezeki besar kot hari ni
lain kali jemput la kami lagi lalalalala


*** all i can eat....tolak batu dengan kayu jer teheeee***

sibuk.....sibuk

currently tengah sibuk dengan aktiviti kempen alam sekitar
pameran dah siap dah...
hari ni aktiviti mengumpul barang untuk recycle...
wish me luck everyone
currently jugak masih sibuk dengan assignment
bertimbun nak kena hantar
haila....haila
padan muka siapa suruh buat last minit
nak update blog tapi masih menunggu masa yang sesuai...


sayonara.....

Saturday, September 18, 2010

RaNdom 001

salam / hello / olla / moshi2 / anyonghaseyyo / sawadikap....cukup! tau mengada he3
esok dah nak balik maktab dah
pulang semula ke hutan belantara
perasaan????


tak mau....
tak best.........................
urghhh balik ni parti burung hantu pasti bermula



ada assignment kena antar hari rabu ni tapi tak sentuh lagi
tak da mood la nak sentuh assignment bila balik rumah
lagi pun kepala asyik fokus pada projek kewarganegaraan jerk
ni pun ari isnin ni ada satu dua kelas kena tuang...(ponteng) 
tengah pikir kelas mana yang sedap untuk diponteng muahahaha


bukan sengaja nak ponteng kelas
tapi terpaksa sebab kena siapkan tapak pameran
library kat maktab tu dah la bukak pagi jer....
kelas ari isnin ni plak memang sampai petang
so memang dah tak ada masa la nak siapkan tapak pameran
hari selasa dah nak start pameran dah hurmmmmmm
sebut pasal pameran ni risau jugak
harap-harap semua dapat berjalan dengan lancar



ini sahaja cerita random untuk hari ni
cerita lain akan diupdate selepas ini (ayat sonsang diupdate)

yu-hee says:
abah :akak balik nanti abah hantar yer tak payahlah naik bas
saya : yeay!!!! mak jom keluar nak beli barang BANYAK-BANYAK lalalala




Thursday, September 16, 2010

SELAMAT HARI MALAYSIA

salam readers... seperti yang semua tahu...hari ni merupakan hari malaysia
tertubuhnya malaysia ni ialah pada 16 september tahun berapa????


 
 
ingat x kawan2.....????? saper dapat jawab cikgu bagi 10 sen
....tahun 1963 he3
pada mulanya, Tunku Abdul Rahman mencadangkan Persekutuan Tanah Melayu digabung dengan Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura
tapi akhirnya...Tanah Melayu hanya bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak pada 16 mei 1963
selepas Singapura keluar daripada Malaysia, tinggallah Sabah dan Sarawak sahaja yang bergabung dengan Malaysia...
jadi kawan-kawan semua, hargailah penggabungan yang membentuk Malaysia ini.
sebab penggabungan ini membolehkan kita menikmati hasil bumi yang melimpah ruah di negeri Sabah dan Sarawak seperti hasil hutan, bijih timah, emas, bauksit dan sebagainya...(menyumbang kepada pendapatan ekonomi negara)
kita menjadi sebuah negara yang unik disebabkan kepelbagaian budaya dan adat serta masyarakat yang berbilang kaum dan etnik
penggabungan ini juga turut menyumbang kepada sektor perlancongan seperti terdapatnya pulau-pulau yang menarik seperti pulau sipadan dan hutan-hutan yang menyimpan pelbagai khazanah alam yang mampu menarik minat pengkaji.







jadi rakan-rakan...hargai dan sayangilah negara kita MALAYSIA




I LOVE MALAYSIA

yu-hee says: cuba mencari asal usul nama malaysia tapi tiada sumber yang konkrit dan boleh dipercayai lagi wat masa ni....masih tertanya-tanya kenapa asal-usul nama malaysia dan kenapa ia dipilih tidak diletakkan dalam buku teks sejarah sedangkan bagi saya itu perkara asas untuk kita tahu sebelum kita mengenali negara kita dengan lebih mendalam....mungkin lain orang, lain pandangan

Tuesday, September 14, 2010

jabatan alam sekitar...

hari ni saya keluar dengan abang, adik n ayah pegi jabatan alam sekitar...
mula2 tanya la kerani tu kat mana tempat nak mintak maklumat
then, kerani tu cakap jumpa puan S kat tingkat atas...
sebelum jumpa puan S akak kerani tu siap call lagi tapi jabatan atas tak berjawab
saya pun pergi la naik tingkat lima ditemani bapak saya
pintu berkunci...x da saper pun
memang kami dimaklumkan daripada awal yang just puan S jer ada minggu ni
so ape-ape hal memang kena berurusan dengan dia jer lah
kami tunggu kat tingkat 5 tu dalam lima belas minit
pastu turun ke tingkat 4, tunggu kat bawah dalam 20 minit macam tu...
putus asa kami pun turun bawah sebab saya pun ada hal lain nak uruskan
pastu ayah saya borak dengan pak cik guard tu...
pak cik guard tu cakap puan tu dah kuar pukul 8.30 tadi...
sila bayangkan, waktu pejabat pukul 8, puan tu keluar pukul 8.30
kami datang dalam pukul 10.15 sampai ke sudah tak balik-balik lagi
kemanakah kamu menghilang puan SSSSSS??? jeng3x....
lepastu ayah saya sambung borak dengan pak cik guard tu.
saya malas nak tunggu n terus masuk kereta....
tau tak..... 

***



***

 
LAMA GILER BAPAK SAYA BORAK DENGAN PAK CIK GUARD TUUUUU !!!!

hambik ko.... ni merupakan penekanan yang bapak saya memang seorang peramah
yang kadang-kadang buat saya malas nak pegi mana-mana dengan dia...
tapi kadang-kadang terpaksa pergi sebab dia banker bapak saya hehehe
1 jam weih.....1 jam bapak saya borak
akhirnya sementara menunggu 1 jam...ni la aksi-aksi gonjeng dan gedik dengan adik saya
ini akibatnya yang berlaku kalau seorang perempuan selalu ditinggalkan lama hahaha

 
 mana abah ni........

 
 



 aksi bleh buat orang muntah darah, muntah hijau dan segala jenis muntah


on the way balik rumah...puan S call ayah saya
lepastu dia boleh cakap ayah saya sibuk hal peribadi dia..
cis orang macam ni la yang selalu menjatuhkan nama jabatan kerajaan...
harap jerk nak mintak maklumat dengan dia
kalau tak, tak inginnyer nak tengok muka dia...
itu pun dah kena sedas dua dari ayah saya...
agaknya dia takut kot kalau kami buat aduan kat pengarah dia...
hermmm macam-macam la orang sekarang ni...
esok kena pergi balik jabatan tu sebab dah janji nak ambil maklumat
harap-harap tak ada masalah lah...
harap-harap, bapak saya tak borak lagi dengan pak cik guard tu 
MUAHAHAHAHAHA


yu-hee says: kepada pekerja kerajaan dan bakal pekerja kerajaan...sila jalankan tanggungjawab dengan jujur ek... dah dapat bonus pun nak monteng jerk keje kui3x



Monday, September 13, 2010

prosecutor princess


sinopsis....

Ma Hye Ri is a woman with an excellent memory and ability to focus, which allowed her to pass the bar exam with ease. Despite her talents, she is more interested in being fashionable and dislikes hard work so she is far from being an ideal prosecutor and has doubts about her suitability for her job. Through her conflicts with senior colleages and struggles with difficult cases, however, Hye Ri gradually matures into a brilliant prosecutor with a sense of duty and justice.

***credit to drama wiki***

salam and hello readers
hari tu dah janji kan nak cerita pasal drama yang baru download ni
best and kelakar giler cerita ni
sebab heroine dia macam bongok-bongok sikit
lepastu gila shopping
dalam cerita ni....saya dah jatuh hati
***






***





***


dengan semua kasut dia hahaha
kasut heroine dalam cerita ni memang kacak la
nasib baik aku tak suka pakai heels
just suka tengok jerk
kalau tak dah lama ajak mak cari....
sesiapa yang minat cerita korea
silalah tengok....
bagi sesiapa yang tinggal di area kuantan
kalau rasa tak malu nak mintak cerita ni kat saya
jemput la datang ke rumah
tapi jangan lupa bawak sampul duit raya beserta not duit warna hijau di dalamnya teheee
kalau anda bawa
saya berbesar hati mengalu-alukan kedatangan anda he3


talking....talking

salam n hello readers
last night i got a call from one of my best friend
ceittt macam banyak je best friend saya ahaks...
well dah lama tak contac dia...
baru ingat nak hantar message tapi dia dah call dulu...
selalu jadi macam tu
bila saya teringatkan dia,
mesti dia akan message or call me secara tiba-tiba
hahaha macam ada telepati (betul ke x??)
miss u so much la...
bila nak jumpa
kalau jumpa raser sehari memang tak cukup
cepat2 datang rumah kalau nak merasa air tangan mak saya...
kalau air tangan saya korang memang just dapat makan maggi jer la...
itu jer yang saya pakar hahaha


*** i wish i can buy this to give to all my best friend....***

yu-hee says: kawan-kawan sekalian bila mahu jumpa ni.... baik jumpa aku cepat sebab aku tengah kaya ni...kalau aku miskin jangan harap aku nak jumpa korang sebab aku tak boleh berlagak hahaha

Friday, September 10, 2010

SELAMAT HARI RAYA


di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
mohon maaf jika sepanjang menulis blog ni
ada yang terasa dan terluka...
dan terima kasih kerana sudi membaca
repekkan dan karutan dalam blog ini....

Tuesday, September 7, 2010

cuti yang seronok...

fuhhhh dah berabuk dah blog ni
kalau duk rumah memang agak tak berupdate la blog ni..
bukan tak da benda nak cerita...ada jerk
tapi malasnya jangan cakapla....
dan terima kasih juga buat streamyx yang sangat laju,Align Center
saya telah berjaya mendownload drama korea dan taiwan dengan jayanya...
best2x nanti review pasal drama tu saya buat kemudian ek....
walaupun internet laju kerja tak gerak jugak
baru hari ni sibuk nak tengok sebab petang nanti nak gerak balik kampung dah...
tak tau la internet kat kampung macam mana hu3....
sebelum balik cuti hari tu group kami ada buat pertandingan reka cipta model merdeka daripada bahan yang terbuang.
mula-mula risau jugak sebab takut tak dapat sambutan
tapi alhamdulillah sambutan amat menggalakkan serta mendapat pujian daripada pensyarah yang menjadi juri untuk hari tu
hasil model ni akan jadi bahan pameran untuk kempen alam sekitar kami....
ucapan terima kasih yang tak terhingga buat peserta yang menyertai pertandingan ini...


ni jer a few gambar yang dapat tangkap...
banyak lagi hasil mereka yang kreatif...
urm yang ada patung tu menang no 1 tau hu3
takper nanti time pameran akan ditangkap semula
hurmmm pameran lepas cuti nanti so harap-harap semua berjalan dengan lancar...
bahan pun dah ada sikit2...
insyaallah lepas raya nanti akan pergi ke jabatan alam sekitar untuk dapatkan lebih banyak maklumat...
mohon agar dipermudahkan segalanya... amin......

Thursday, September 2, 2010

mari....mari

kenal dah lama....
rapat dah lama...
boleh dikatakan kami tahu hati budi masing-masing...
sebab itu aku tahu pilihan kawan aku yang sorang ni pasti yang terbaik....
jadi di sini saya ingin menyeru rakan-rakan blogger
(ceh...macam orang berpolitik plak)
untuk melawat blogshop rakan saya ni...
blogshop ni baru je diwujudkan
so sila la lawat ke blog ini
http://senoritacloset.blogspot.com/
jangan lepaskan peluang untuk merebut baju yang cantik serta berkualiti...
kerana pilihan kawan aku pasti yang terbaik he3.....