Sunday, January 29, 2012

praktikum hoyehhh

assalamualaikum semua...
just short update...
esok akan start praktikum dekat sk lktp tekam utara.
pernah dengar tak?
well pray for my best ek...
sekolah ni ada budak2 orang asli...
harap2 semua okey n budak2 dia pun okey
Amin!!!
x nak prejudis n buat tanggapan bukan2 kat budak ni...
kita tengok esok macam mana ek...
ciauuuu

Tuesday, January 10, 2012

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah



assalamualaikum semua..
alhamdulillah banyak perkara baik berlaku semalam,
dengan izin Allah.
first, saya akhirnya telah mendapat rumah sewa,
untuk praktikum kali ini,
setelah pelbagai konflik yang melanda...
serius...hampir menangis...tak nangis lagi tapi hampir ha3.
terima kasih kepada guru besar, gpk sekolah k.jun, ustazah noraini, akak pembantu pra,
en faizal, ayah saya, my praktikum partner nor hazwani,
yang membantu mendapatkan rumah sewa.
Alhamdulillah hanya itu sahaja yang mampu diucapkan.
berita gembira kedua, 
tahniah kepada abang saya yang telah ditempatkan posting di kuala lumpur.
akhirnya dia dapat juga pilihan kawasan sekolah yang dia nak.
nanti jangan nak jadi orang kuala lumpur tak sedar diri pulak.
dapat gaji tu ingat sikit dekat mak bapak serta adik-adikmu yang comel ini ha3...
apa-apa pun alhamdulillah.
setiap perkara baik yang berlaku ini semuanya di atas izin Allah
syukur Alhamdulillah.

Monday, January 9, 2012

HOPE




assalamualaikum semua...
beberapa hari ni, post kat facebook pun benda yang sama
hope = harapan
banyak perkara yang berlaku hujung minggu hari tu,
membuatkan saya hampir-hampir putus harapan.
tapi Alhamdulillah,
Allah sentiasa bersama hambanya yang sabar.
kita jangan meletakkan harapan yang sangat besar...
tapi kita juga jangan pernah berhenti berharap,
agar sesuatu yang lebih baik berlaku.
tapi kalau sekadar harapan pun sia-sia juga,
harapan hendaklah disertai dengan usaha dan doa..
baru boleh terjadi perubahan.
Insyaallah,
minggu ini akan dimulakan dengan meletakkan harapan,
terhadap sesuatu perkara agar berlaku perubahan.
mohon dipermudahkan ke arah yang lebih baik.
Amin.

Saturday, January 7, 2012

praktikum + problem = stress


assalamualaikum semua...
fine!! tak start praktikum lagi dah ada masalah
masalah utama ialah nak cari rumah sewa
saya dan seorang lagi rakan memang tak ada kenderaan
dan pihak praktikum sudah tahu perkara tersebut.
kami ditempatkan di kawasan felda,
yang agak pedalaman sikit...
nak duduk kuarters guru, kuarters guru dah penuh,
nak duduk dekat rumah felda, rumah dia dah nak kena roboh!!!
silap-silap hari bulan karang saya berkhemah je depan sekolah
nak pergi tempat tu pun tak boleh sebab memang tak ada kenderaan nak ke sana.
haiyoooo....bersabar jer la hati ni.
Ya Allah, semoga dipermudahkan perjalanan praktikum kami...

Friday, January 6, 2012

cendol & ABC

assalamualaikum...
siapa-siapa yang duduk area kuantan 
dan selalu pergi mydin kuantan mesti tau kedai ni kan...
kedai dia sebelah restoran TAJ kalau tak silap


saya dan family, kalo pergi mydin tak pernah melepaskan peluang singgah kedai ni hu3...
cendol n abc dia bagi saya sedap la... (padahal semua benda saya sebat jer)
ni saya dah siap tolong bagi senarai harga ni hua3
jadi siapa nak beli cendol n ABC kat kedai ni boleh la sediakan duit yang secukupnya


p/s: saya mempromosikan kedai ini bukan sebab dibayar, tapi sebab memang suka beli ABC kat sini hu3

Thursday, January 5, 2012

cabaran diri...

assalamualaikum semua..
dah sehari pulang ke maktab, 
dah macam-macam benda berlaku sampai tak larat nak pikir.
sekarang berada di tahun akhir pengajian..
insyaallah jika tiada sebarang masalah tahun depan boleh la jadi guru sekolah rendah...
mohon rakan-rakan blogger berdoa agar dipermudahkan segalanya.
berada di sem baru ni,
macam-macam cabaran terbaru perlu ditempuhi...
harap-harap dapat menempuh tahun ini dengan penuh kesabaran..
apa pun saya harap rakan blogger dapat mendoakan yang terbaik buat saya...amin


p/s: semoga dapat menjadi cikgu terbaik dan bertanggungjawab....amin