Sunday, April 28, 2013

my life as it is....

assalamualaikum semua
rasa macam dah lama gila tak update blog kan. of course blog memang tak update sebab tak bende nak cerita and my life kind of sucks this few months but still better than other person in this world. ayata macam tak bersyukur kan tapi bukan tak bersyukur sebenarnya still bersyukur cuma sabar itu bukan benda yang mudah. ada masa kita harap orang just dengar apa perasaan kita instead of beri pendapat and be judgmental dan my writing kind of sucks kan sebab chatting dengan member pun salah eja punca otak dah numb sebab duduk rumah sepanjang 2 bulan hahaha baru 2 bulan.

fasa dalam hidup yang pernah dijangka iaitu menjadi penganggur walaupun sebelum masuk IPG aku dijanjikan dengan peluang pekerjaan serta merta. berdepan dengan fasa yang aku akan jadi penganggur aku buat keputusan untuk minta kerja as guru ganti dan alhamdulillah berjaya menjadi guru ganti selama dua bulan. fasa sebagai guru ganti mengajar aku banyak perkara sebagai guru terutama guru di awal tahun dengan pertukaran jadual, perubahan bilik darjah, perubahan subjek di ajar pelbagai perkara dapat aku belajar. tapi dalam masa yang sama still rasa sedikit frustrated sebab aku just mengganti orang n ini bukan kerja aku sebenarnya jadi negative thinking tu memang ada la. namun aku tetap enjoy sebab ni first time aku pegang kelas dan walaupun range kelas aku kebanyakannya budak kelas belakang aku still enjoy ajar mereka dalam masa yang sama sakit kepala jugak.

fasa menganggur kembali adalah fasa paling teruk dalam hidup aku di mana aku seronok je bangun lambat untuk seminggu yang pertama. minggu-minggu yang berikutnya aku rasa macam kucar-kacir sebab there is nothing to do hahaha. korang jangan la pikir aku ni terlebih rajin cuma bila tiada bende nak buat semua drama korea ko dah tengok dan sebagainya buat aku rasa bosan gila dan aku abiskan masa dengan tido petang supaya masa berjalan dengan pantas. paling sadis dalam hidup aku ialah setiap kali keluar mak akan hulur duit belanja walaupun dari tahun lepas aku selalu impikan nak bagi mak duit belanja tahun ni konon aku akan start kerja awal januari. paling pathetic ialah ayah aku disagree untuk aku cari kerja lain atas alasan mampu lagi sara aku tapi shame of me, duit keta aku dah setahun dibiayai oleh bapak aku.

yeah inilah fasa dalam hidup aku sekarang dan waktu aku tulis ni aku still tak mandi dengan alasan lepas mandi nak buat apa hahaha aku rasa hidup aku parah dah. tapi ye ada tapi lagi aku still bersyukur hidup aku tak sesusah member lain dibina mereka menjadi tulang belakang keluarga dan kene cari pekerjaan untuk tampung hidup keluarga kalau tak mereka tak da benda nak makan. serius ada a few orang mengalami masalah tu. hidup aku juga just perlu care pasal diri sendiri tak perlu nak jaga anak sedara atau anak orang lain walhal tanggung jawab menjaga anak itu atas emaknya yes aku bersyukur atas tu. dan hidup aku jauh lebih baik daripada saudara-saudara seislam aku yang mana setiap hari mereka hidup dalam ketakutan dan mungkin boleh dibunuh dengan kejam bila-bila masa (moga Allah lindungi mereka amin).

namun sahabat aku mintak korang faham. dalam hidup pasti ada masa kau akan frustrated dengan diri sendiri. ko akan bertanya apa sebenarnya ko dah dapat dalam hidup ni. itu yang berlaku pada aku sekarang. aku cuma frustrated dengan diri sendiri. tiada siapa boleh dipersalahkan sebab dari awal ini pilihan aku. cuma aku minta sedikit ruang untuk meluahkan rasa dalam diri ni sebab kalau aku tak luah aku boleh jadi insane okey. aku tak mintak ko paham. aku just mintak ko dengar itu je. that's all

sincerely,
insane woman