yer tahu dah blog ni memang dah bersawang sebab nak dekat sebulan tak update
serius sebulan yang penuh dengan aktiviti yang buzy serta mencabar tahap keimanan.
rasanya sebulan ni jugak telah buat darah saya naik...
mungkin ada jugak orang yang saya bermasam muka sebab saya bengang
saya mintak maaf...
biarlah segalanya tamat di situ
sepanjang bulan 2 hingga ke awal bulan 3,
agak sibuk menguruskan kejohanan sukan peringkat ipg
walaupun pegang jawatan tak berapa penting sangat...tapi kalau setiap malam ada perjumpaan
mestilah badan dengan minda penat jugak kan
lagipun dalam bulan tu jugak, ada 2 lawatan nak kena pergi
pertama lawatan untuk subjek budaya dalam pembelajaran,
kami pergi ke sekolah kebangsaan kuala koyan.
sekolah ini merupakan sekolah rendah untuk anak-anak orang asli ok
lepastu kami pergi lawatan pj....yang ni memang wajib la untuk semua guru pelatih sem 5
yang ambil minor pj, pergi lawatan ni...
tapi yang tu akan diceritakan kemudian kalo ada masa....
serius memang nak cerita pasal lawatan ke sekolah orang asli ni...
anak-anak orang asli ni best tau sebab mereka ni macam dengar cakap sikit.
sebelum ni pernah jer pergi sekolah orang asli kat lanai....kat sana pun seronok jugak
ok tak nak cerita banyak, kita layan gambar jerk:
ni tengah tunggu bas nak gerak ke sk kuala koyan. semua muka suci baru bangun tidur...
ni tempat bas berhenti. nak ke sk kuala koyan kena jalan 3 km @ naik lori sebab bas tak muat nak lalu jalan tu. suka gambar ni sebab nampak macam penyelamat dunia jer hahaha especially budak yang duduk paling kanan tu. muka berlagak giler
saya tak naik lori lagi masa pergi sebab nak rasa jalan kaki....tapi kan masa nak pergi sekolah tu lori ni rosak tengah jalan. terlebih muatan kot. sian giler huhuhu
inilah barisan kita.....yang ikhlas berjuang hu3....tau dah budak depan sekali tu memang gedik terlebih. tapi kan serius view kat kampung tu lawa sungguh....memang terasa suasana kampungnyer. kampung sekarang pun dah tak rasa macam kampung hu3
lepas sampai n sarapan semua, bermula aktiviti pertama...penceramah kami en achom...kalau tak silap dia bekas penyampai radio orang asli rtm. dia juga bekerja untuk jabatan hal ehwal orang asli.
ada gaya ceo x? orang suruh dengar ceramah duk sibuk bergambar. muka memang pantang nampak camera
lepas makan tengah hari n solat zohor semua...tibalah masa mendapat adik angkat. yeay....ni adik angkat saya nama dia masdepi....tinggi kan adik angkat saya. adik lepas ni jadi model la. muka dah comel, badan dah kurus, tinggi hu3 jeles i. dulu pernah jugak dapat seorang adik angkat orang asli nama dia norma. adik tu pun comel jugak. orang asli sebenarnya lawa-lawa n comel-comel tau. lagi lawa daripada artis kat malaysia ni. ok kami kena wat aktiviti dengan adik angkat kami secara berkumpulan. serius best giler.
dah selesai aktiviti n majlis penutup, masa untuk bergambar dengan warga sk sungai koyan
bergambar bersama classmate... yeay kami memang gila kamera...
group kami yang fun...ni semua ahli group kami bersama adik angkat. yang 3 orang duduk ni bukan ahli group kami. just menumpang kasih jer sebab tak dapat adik angkat huhuhu
lepas solat asar semua, masa untuk pulang... see saya balik naik lori. memang advanture giler la sampai sakit2 semua punggung
bye-bye sk kuala koyan. panjang umur kita jumpa lagi.
p/s: semua gambar di atas dikreditkan pada semua photographer pada hari tersebut. tak satu pun gambar kat atas merupakan gambar yang saya ambil hehehe. tak suka ambil gambar tapi suka gambar sendiri diambil kui3
No comments:
Post a Comment