assalamualaikum semua...
hajat asal malas nak balik rumah.
tapi lepas fikir tak ada apa nak buat kat maktab
lepastu macam tekanan jiwa je duduk kat maktab
terus plan nak balik rumah.
mula-mula malas nak balik rumah sebab adik pun tak habis PMR lagi.
mesti tak syok punya nak jalan-jalan
tapi paksa juga adik saya temankan pergi jalan-jalan
hehehe terukkan?
dah keluar bandar kuantan ni, banyak gilerrr shopping hari ni.
nampak tak penekanan ayat gilerrr tu
memang waktu bayar tu buat pejam mata je duit melayang.
tak pe, terapi minda orang cakap...
duduk lipis pun bukannya boleh beli apa kan.
sekali sekala balik, apa salahnya habiskan duit untuk diri sendiri n adik beradik.
mula-mula pergi Kuantan Parade beli tudung n seluar...
lepastu, pergi Megamall pulak sebab my sister nak beli beg,
saya pulak beli aksesori yang murah sebab nanti ada dinner blok asrama...
tema dia arabian night.
ada member cakap, kita pergi dinner tu pakai kain solat sudah
hahaha ada ke patut.
lepastu pergi lunch kat pizza hut....
servis lambat giler....maybe sebab ramai orang kot hari ni.
nasib baik sedap hu3.....
ingatkan nak tangkap gambar makanan tapi bila makanan sampai terus bersilat atas meja tu
makan memang tak ingat dunia
sebab dah lama teringin nak makan pizza katakan he3
okey lah....ini sahaja cerita untuk hari ni...
saja je story sebab nak lepaskan rindu menulis kat blog
maaf ek sebab tiada gambar sebagai penyeri hahaha (berseri la sangat)
No comments:
Post a Comment