Tuesday, January 10, 2012

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah



assalamualaikum semua..
alhamdulillah banyak perkara baik berlaku semalam,
dengan izin Allah.
first, saya akhirnya telah mendapat rumah sewa,
untuk praktikum kali ini,
setelah pelbagai konflik yang melanda...
serius...hampir menangis...tak nangis lagi tapi hampir ha3.
terima kasih kepada guru besar, gpk sekolah k.jun, ustazah noraini, akak pembantu pra,
en faizal, ayah saya, my praktikum partner nor hazwani,
yang membantu mendapatkan rumah sewa.
Alhamdulillah hanya itu sahaja yang mampu diucapkan.
berita gembira kedua, 
tahniah kepada abang saya yang telah ditempatkan posting di kuala lumpur.
akhirnya dia dapat juga pilihan kawasan sekolah yang dia nak.
nanti jangan nak jadi orang kuala lumpur tak sedar diri pulak.
dapat gaji tu ingat sikit dekat mak bapak serta adik-adikmu yang comel ini ha3...
apa-apa pun alhamdulillah.
setiap perkara baik yang berlaku ini semuanya di atas izin Allah
syukur Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment