Sunday, May 6, 2012

alhamdulillah di atas rezeki yang Allah beri.

assalamualaikum semua...
actually tak nak cerita apa pun cuma nak nyatakan 
bersyukurnya di atas segala yang berlaku pada saya..
tahniah to my brother yang dapat first gaji as cikgu..
dan dengan baik hatinya abang saya nak belikan something for adik2 dia...
dan dengan izin Allah, insyaallah akhir bulan 5 ni dapat something dari abah.
insyaallah saya akan cuba bayar balik dekat abah bila dah kerja nanti.
terima kasih abah...
rasanya sepanjang minggu ni saya banyak betul menerima sesuatu daripada 'Dia'
bahkan bukan setakat minggu ni tapi sepanjang saya hidup Alhamdulillah 
hidup saya tak rasa terkurang daripada rezeki yang diberikan oleh Nya.
jadi saya cuma boleh cakap saya bersyukur sangat-sangat dengan apa yang diberikan 
olehmu Ya Allah. Alhamdulillah.

Ya Allah, Ya Tuhanku,
sesungguhnya hamba Mu yang lemah dan hina ini
memanjatkan kesyukuran di atas segala nikmat yang telah engkau berikan
namun nikmat juga merupakan satu bentuk ujian
yang diturunkan oleh Mu untuk menguji hamba Mu
jadi hambamu bermohon agar 
dijauhkan dari sifat alpa dan bongkak serta riak..
tingkatkanlah iman dan takwa hamba Mu ini
dan jadikanlah hamba Mu ini
golongan yang sentiasa bersyukur dan mengingati Mu
di kala senang mahupun susah
Amin

Wednesday, May 2, 2012

berjimba kadang-kadang perlu

assalamualaikum semua...
lama tak tulis something kat blog ni kan...
dah berdebu-debu dah....
secara rasminya nak menyatakan bahawa saya telah pun menamatkan praktikal terakhir yeyeye
boleh rilek-rilek yeyeye
exam lagi seminggu lebih yeyeye
tak study apa lagi ni yeyeye
nampak sangat nak cover-cover nervous tu hahaha.
alhamdulillah praktikum saya end up dengan baik.
tak ada lah result gempak giler tapi overall nice la...
sedih memang sedih nak meninggalkan sekolah yang best
dengan 1001 kenangan dan pengalaman yang diperolehi dari sekolah tu
insyaallah panjang umur dan murah rezeki kita jumpa lagi..
demi meraikan habisnya praktikum n malas sambung belajar balik kat maktab,
saya pun pergi la berjimba kejap dengan member ha3
tengok gambar jer la ek


selamat datang ke sushi king... boleh saya bantu anda? phuiii 


suka gambar ni...siap buat dp kat facebook hu3 okey fine time ni makanan nampak macam sedap...macam okeyh


seperti biasa ditemani bestfriend n sister yang selalu melayan jer. thanks k.ngah


our food macam banyakkan. tapi tak habis pun ni termasuk adik saya punya okey n kami tak amik pun sushi. tak terdaya dah


lepas makan kita karok...hoyehhh


layan perasaan jangan tak layan


have a blast... seronok sangat. alhamdulillah!!!

rancangan awal nak pergi tengok wayang The Avengers 3d tapi seat penuh kot. nak duduk depan memang tak la kan. seat 2d ada kot tapi apa barang....dah ada yang 3d baik layan 3d trus (ayat berlagak) ha3. apa-apa pun terima kasih untuk anda yang sentiasa menceriakan hari-hari saya....