Assalamualaikum dan selamat beristirehat pada sesiapa yang berehat hari sabtu ni. Tengah ada kat rumah sekarang sebab pahang cuti sampai isnin yeahha!! Hari ni nak story yang sepanjang minggu ni asyik terfikir nak berbuka dengan bubur lambuk jer. Sebab kat lipis asyik makan benda yang sama je. Tak ada perubahan. Semalam drive pun, siap cakap dekat member sebelah yang sedapnya dapat berbuka dengan bubur lambuk. Siap terkemut-kemut mulut mengenang bubur lambuk. Nampak sangat sangap di situ ha3. Alih-alih balik rumah salam dengan mak nampak bubur lambuk atas dapur. Jadi, kasih ibu ni sangat ajaib. Saya tak pernah call mak cakap teringin nak makan bubur lambuk or minta mak buatkan. Saya cuma terfikir balik cuti kejap ni, nak rasa air tangan mak puas-puas. Tapi sebab mak ialah mak kan, dan naluri ibu ni sangat kuat kan jadi dia macam tahu-tahu je ape yang anak dia nak. Inilah salah satu kejadian Allah yang ajaib sekali. Subahanallah!! Bila mak cakap, hari ni buka dengan bubur lambuk je, terus saya reply mak.. Dah seminggu angah teringin nak makan bubur lambuk. Macam mana mak tahu ye? Mak cuma senyum je... Jadi hargailah ibu anda sebab ibu adalah satu anugerah yang tak ternilai dalam hidup kita dan doa seorang ibu sangat berkat kot... P/s: gambar makanan tak ada minta maaf sebab jumpa makanan terus makan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment