Wednesday, November 14, 2012

star hut cafe Kuantan

assalamualaikum...
hari ni nak cerita pasal makan-makan sikit.
okey saya pergi star hut cafe ni sebab dah janji dengan adik sendiri nak belanja dia spaghetti
konon sebab hari tu dia tolong carikan sijil-sijil saya
budak sekarang buat kerja sikit nak upah =_=
so sementara masih ada duit ni marilah kita gegas-gegas tunaikan apa yang patut fuhh
tujuan utama nak pergi star hut cafe ni sebab adik saya teringin nak makan spaghetti baked with chicken chop (kalau tak silap la). kononnya dia cakap member dia kata sedap
tapi setiap kali pergi mesti kami tak berpeluang rasa menu tu (sedap sangat ker???)
so kali ni menu kami ialah jeng2x


ni menu saya meatball pe ntah. harga dia rm 8.90. tapi saya tak paham kenapa kena letak jem kat situ? ada fungsi ke? sorry la ahkak kan orang kampung sikit. rasa dia hurmmm rasa meatball la biasa-biasa jer 


ni menu adik saya spaghetti baked with fish dengan cream corn aper ntah sorry sangat sebab memang tak ingat nama n resit pulak buang ke mana ntah. rasa? muak kot maybe sebab kami salah pilih sauce dia. better tomato sauce. tapi overall boleh tahan la.


ni kami punya air yeayy!! watermelon juice... shedap2x...(tak yah buat gedik la) ha3. 


hari tu kan go through newspaper and ternampak iklan ni terus tweet my bestie akma


dah la teringin nak ada instax @ polaroid camera ni. pernah tulis before ni kan n rasanya dah ramai orang milikinya kita je belum.. hello kitty is so adorable. hari tu memang dah cadang hampir nak beli bukan yang ni tapi jenama yang sama la. dah survey harga kat megamall dah rm 200++. tapi selepas macam-macam aktiviti buat kat maktab tak ada duit nak cekau benda alah ni. T____T  sabar je lah hati. jom berdoa mintak cepat-cepat dipostingkan fuhh fuhh fuhh



p/s: kalau ada yang nak bagi present lagi saya suka :p

Sunday, November 11, 2012

5 tahun 6 bulan

assalamualaikum fuhhh lama tak menulis. rasanya tiap kali update entry mesti cakap lama tak menulis ha3.
right now rasa akan start update entry balik insyaallah kalau ada story. kenapa? sebab saya dah mula jadi penganggur berjaya dekat rumah. yeahhh!! maknanya saya sudah tamat belajar. Alhamdulillah.

5 tahun 6 bulan bermakna tempoh saya belajar dalam mempersiapkan diri menjadi seorang guru.
Alhamdulillah banyak perkara yang saya belajar sepanjang tempoh masa ini.
Banyak juga perkara pahit manis ditempuhi...
Perkara yang paling tak boleh dilupakan mestilah kenangan-kenangan bersama sahabat tersayang dan tempoh menjadi guru praktikum selama 6 bulan. Sangat manis... semua sekolah dah rasa kampung, bandar, felda cuma sekolah pedalaman je belum rasa. Harap tak sebab tak bersedia. Tapi kalau dah rezeki siapa mampu tolak sebab apa yang ditakdirkan itu memang dah terbaik untuk kita. Malas nak tulis panjang-panjang jom layan gambar


k.ngah yang dah macam kakak sendiri. partner in crime. banyak benda dihadapi sama dengan dia especially accident motor. co-driver yang sangat bagus. selalu bagi nota time exam n nota dia sangat lawa dan kemas thanks k.ngah ;p he3. sangat baik hati dan susah nak tengok dia buat jahat. selalu tolong beli makan waktu sakit. gonna miss u so much. sila turun kuantan kalau ada masa kalau tak saya potong tangan teddy bear ha3.


roommate selama 5 tahun. paling tahan keji, caci dan maki ha3. orang ingat dia sombong tapi dia bukan sombong cuma dia malas (tengok sempat lagi keji). thanks rummate 4 everything. selalu tolong waktu susah dan senang, dengar cerita dan luahan hati, sabar dengan segala kerenah walaupun kita pernah sentap. thanks sebab sentiasa sabar n pertahankan persahabatan kita. aku tahu ko ada masalah yang kadang boleh menyebabkan kita lama tak berhubung but jangan lost contac okey. sila update blog kau selalu sebab aku nak tahu perkembangan semasa kau dan jangan lupa birthday ke 27 aku ha3. thanks sahabat!


with k.sal teman bergosip paling epik. segala gosip maktab dia tahu. gila kuasa skit tapi dia baik sebenarnya. senang mintak tolong dengan dia. nurse paling baik merawat saya sepanjang accident, jadi driver tak bertauliah. suka sakat dia sebab reaction dia epik. paling epik lawak bi dia. thanks k.sal sebab sentiasa menghiburkan hati

 pantai telok cempedak


jamuan akhir batch "semusim bersama seabad terasa"


marrybrown raub


snow ice with roommate


3 taiko!!!

girls!!! thanks 4 everything. tak dapat nak diucapkan dengan kata-kata betapa baiknya korang pada aku. aku serius sedih sebab kita kena berpisah sampai aku harap kita akan posting berdekatan sebab korang antara sahabat terbaik aku ada dunia dan akhirat. sayang korang buat selamanya!