Monday, January 14, 2013

bilik sains

assalamualaikum teheee..
tengah-tengah ada masa ni kita nak update. before that nak cerita letih wow jadi cikgu ni. lagi-lagi cikgu kelas belakang. saya hari-hari balik dari sekolah je solat zohur terus terbungkang. duk kat rumah tu dah macam mak lampir dah. kat meja tulis tu hujung minggu je boleh kemas kalau tak redha je tengok meja bersepah. ahkak tak kisah janji kerja ahkak siap. macam tu la lebih kurang. dah malas nak serabut kepala ohtak ahkak pikir pasal kerja kat sekolah tu. ni nak update pasal hari tu sekolah ahkak ada buat gotong-royong untuk cikgu-cikgi. terbaik kan sekolah ahkak sanggup buat gotong royong ha3. sabar jer la. start pukul 8.30 pagi sampai pukul 11. ahkak dapat bilik sains n alhamdulillah tak payah kemas beria sebab hari tu cikgu dia dah kemas dah. lega ahkak just sapu-sapu habuk jer. lepastu ahkak bosan2 ahkak pun tangkap la gambar kat bilik sains tu..




kita mulakan dengan gambar ahkak yang suci tunggu masa nak jadi bibik. gambar di bawah tak mengikut turutan yer



ni gambar dia tunjuk pertumbuhan jagung rasa. boleh la sape beli jagung amik butir dia satu pastu tanam sambil doa2 menjadi he3 x lawak. 



hi nama saya abang johnny... selamat berkenalan



bakper la lidah dia warna hitam... ni mesti kes gosok gigi tak gosok lidah



ni rasa alat nak ngajar pasal putaran planet mengelilingi matahari



ni kalau ada waktu aku dgn cik ayu bentang pasal kulit tu kan senang. tak da la kita nak kena lukis gambar kulit pastu warna bagai nak gila


ni pokok tauge kan???



eye on malaysia keh3... ayok kalau malam2 dia cari tak tau ek


perkembangan tumbesaran grassfrog. ni kalau dapat ke anak murid aku sedaya upaya dia cuba keluarkan katak ni dari dalam

ni jer yang sempat ahkak tangkap. yang lain tu malas. banyak jer lagi benda menarik tapi ahkak suka gambar ditangkap tak suka menangkap gambar ha3. okey fine!! jumpa lagi di lain waktu.

perbualan kakak dan adik...

adik : k.ngah cuba pikir kalau atuk kita kaya macam mana

saya: kalau atuk kaya tak danyer aku jadi cikgu baik aku uruskan syarikat atuk ke

adik : a'ah kan tu la abah saper suruh tak belajar rajin-rajin kalau tak dah lama hidup kita senang kan

saya: =__= (budak zaman sekarang mulut... rasa nak cili jer)

Saturday, January 5, 2013

Random 004

assalamualaikum..
huew hueww menulis blog di hujung minggu sebab tak tahu nak buat apa.. ha3 padahal rph tu kena siapkan. kata nak buat satu minggu punya rph terus. sape yang tak tahu rph stands for rancangan pengajaran harian. ingat cikgu-cikgu ni mengajar main suka hati ke. kene ada perancangan jugak. macam saya mengajar sains saya tiada masalah untuk buat rph satu minggu sebab ajar kelas berlainan dan cuma 2 masa satu minggu. tapi untuk bm....sigh!!! saya rasa kena polish lagi strategi mengajar dan penyampaian. aras pun kena rendahkan lagi. got many problem untuk ajar bm sebab ia bukan fakta ia lebih kepada kemahiran budak menguasai... orait cakap nak cerita pasal random tapi duk cerita pasal kerja macam dia sorang je cikgu huhuhu T_T ampunkan saya. tak sengaja!!!

first of all nak ucapkan terima kasih pada my bestie cik nur akma for the souvenirs yang cute dan sedap teheee.

thanks girls really appreciate that a lot. chocolate tu sangat membantu waktu stress dgn budak2 he3

now second picture is...

my work station..
kita suka sangat tempat kita buat kerja ni. tapi ni sebelum mengajar. sekarang nak tengok pun tak lalu ha3

lastly is


gambar jadual mengajar kita 30 waktu sejam T_____T

semangat tau buat jadual mengajar siap warna2 lagi. kalo en sahardi nampak mesti dia panggil kita praktikum balik (ampun encik :P)

dah la cukup la buat post mengarut kat blog ni.. sorry kalau mengarut sangat. ni dah tahap loser tak tau nak buat apa la ni dadadada................

Thursday, January 3, 2013

2013... dah tua dah rupanye

assalamualaikum
curi-curi sedikit masa untuk update tentang diri sendiri. siapa nak tahu teruskan baca siapa tak nak gi tekan tanda pangkah kat atas cepat-cepat. fuh!!! sebelum tu selamat tahun baru untuk semua orang yang membaca blog ni. semoga tahun ini membawa seribu keberkatan kepada anda semua ^_^. tahun baru.. azam?? tak tahulah. buat masa ni tak fikir lagi. just go with the flow orang putih habaq kan. tapi apa yang pasti saya telah membuat sedikit anjakan paradigma dalam diri.ececeh... bukan apa seperti anda sedia maklum saya ni pemalu orangnya (haktuihhh) atau dalam erti kata bahasa lain saya bukan seorang yang mesra alam atau mudah mesra. tahap pemalas saya jugak, nauzubillah Allah saja yang tahu. namun, saya telah cuba ubah sikit demi sikit sikap kotor tu dalam diri (sikit je la). 

apa yang saya telah buat? rasanya pernah cerita sebelum ni yang saya sekarang tengah tunggu panggilan temuduga untuk memegang jawatan sebagai guru sekolah rendah DG41 dan juga sedang menunggu untuk dipostingkan di mana-mana sahaja sekolah rendah. namun begitu pelbagai rumors dengar dekat fb la tweet la. samapai malas nak cara pun ada. tapi tak cara pun risau takut nanti tak dapat posting. bagi menunggu masa untuk posting ni saya pun memohon jawatan guru ganti. Alhamdulillah dapat. sampai sekarang saya tak pasti sama ada memohon guru ganti adalah keputusan paling tepat yang saya buat tapi macam saya cakap tadi prinsip saya ialah go with the flow... apa pun kita cuba dulu selebihnya kita serah pada Allah. Dia yang maha mengetahui. at least saya rasa keputusan yang saya buat agak bagus dan berasas sebab pertama, saya ada pengalaman mengenai perjalanan sesebuah sekolah sedikit sebanyak, kedua, saya sudah boleh membiasakan diri dengan tugas sebenar guru yang mengajar 30 waktu seminggu sebelum ni waktu praktikum 8 waktu je lebih kurang dan ketiga saya tahu sedikit sebanyak mengenai kssr yang menggantikan kbsr. 

menjadi guru ganti juga mendidik saya menjadi lebih berdikari. sebelum ni waktu praktikum ada member boleh buat semua benda sama-sama. tanya cikgu tu sama-sama. pergi rehat sama-sama. pergi toilet pun nak sama-sama. menjadi seorang guru ganti semua kena depends pada diri sendiri. kena buat muka tak malu. tak tahu kena tanya. sentiasa cuba tegur dulu guru jangan nak buat muka bajet retiss, senyum itu penting (rahsia kejayaan). saya juga bersyukur sangat-sekolah sekolah yang tempat saya mohon ini, guru-guru dia sangat baik dan bertimbang rasa. tak lokek berkongsi ilmu dan sangat rilek. harap-harap saya dapat dipostingkan ke sekolah yang sama macam sekolah ini (cuma mintak anak murid yang baik sikit la) amin!

tipu la kalau saya tak cakap yang kadang-kadang terlintas jugak kat fikiran letih dan kenapa la aku pilih nak jadi guru ganti. bukan parents tak bagi makan pun kalau tak kerja. parents masih berkemampuan. tapi dari positif side saya rasa Allah tu maha penyayang. dia tahu saya ni jenis pemalas nauzubillah jadi dia bagi peluang untuk saya rasa situasi itu terlebih dahulu sebelum saya benar-benar dipostingkan. alhamdulillah Ya Allah. 

p/s: buat rakan-rakan yang banyak menyatakan tak payah risau bila nak posting dan nak rilek dulu sebelum kerja nanti dah kerja payah dapat cuti dan sebagainya. saya tahu anda pun risau sebenarnya. tak perlu cover line benda yang nyata. siapa la tak nak kerja dan meningkatkan taraf hidup sendiri. anda fikirlah. yang membuat keputusan diri sendiri jugak (peace no war ^_^)