Thursday, January 3, 2013

2013... dah tua dah rupanye

assalamualaikum
curi-curi sedikit masa untuk update tentang diri sendiri. siapa nak tahu teruskan baca siapa tak nak gi tekan tanda pangkah kat atas cepat-cepat. fuh!!! sebelum tu selamat tahun baru untuk semua orang yang membaca blog ni. semoga tahun ini membawa seribu keberkatan kepada anda semua ^_^. tahun baru.. azam?? tak tahulah. buat masa ni tak fikir lagi. just go with the flow orang putih habaq kan. tapi apa yang pasti saya telah membuat sedikit anjakan paradigma dalam diri.ececeh... bukan apa seperti anda sedia maklum saya ni pemalu orangnya (haktuihhh) atau dalam erti kata bahasa lain saya bukan seorang yang mesra alam atau mudah mesra. tahap pemalas saya jugak, nauzubillah Allah saja yang tahu. namun, saya telah cuba ubah sikit demi sikit sikap kotor tu dalam diri (sikit je la). 

apa yang saya telah buat? rasanya pernah cerita sebelum ni yang saya sekarang tengah tunggu panggilan temuduga untuk memegang jawatan sebagai guru sekolah rendah DG41 dan juga sedang menunggu untuk dipostingkan di mana-mana sahaja sekolah rendah. namun begitu pelbagai rumors dengar dekat fb la tweet la. samapai malas nak cara pun ada. tapi tak cara pun risau takut nanti tak dapat posting. bagi menunggu masa untuk posting ni saya pun memohon jawatan guru ganti. Alhamdulillah dapat. sampai sekarang saya tak pasti sama ada memohon guru ganti adalah keputusan paling tepat yang saya buat tapi macam saya cakap tadi prinsip saya ialah go with the flow... apa pun kita cuba dulu selebihnya kita serah pada Allah. Dia yang maha mengetahui. at least saya rasa keputusan yang saya buat agak bagus dan berasas sebab pertama, saya ada pengalaman mengenai perjalanan sesebuah sekolah sedikit sebanyak, kedua, saya sudah boleh membiasakan diri dengan tugas sebenar guru yang mengajar 30 waktu seminggu sebelum ni waktu praktikum 8 waktu je lebih kurang dan ketiga saya tahu sedikit sebanyak mengenai kssr yang menggantikan kbsr. 

menjadi guru ganti juga mendidik saya menjadi lebih berdikari. sebelum ni waktu praktikum ada member boleh buat semua benda sama-sama. tanya cikgu tu sama-sama. pergi rehat sama-sama. pergi toilet pun nak sama-sama. menjadi seorang guru ganti semua kena depends pada diri sendiri. kena buat muka tak malu. tak tahu kena tanya. sentiasa cuba tegur dulu guru jangan nak buat muka bajet retiss, senyum itu penting (rahsia kejayaan). saya juga bersyukur sangat-sekolah sekolah yang tempat saya mohon ini, guru-guru dia sangat baik dan bertimbang rasa. tak lokek berkongsi ilmu dan sangat rilek. harap-harap saya dapat dipostingkan ke sekolah yang sama macam sekolah ini (cuma mintak anak murid yang baik sikit la) amin!

tipu la kalau saya tak cakap yang kadang-kadang terlintas jugak kat fikiran letih dan kenapa la aku pilih nak jadi guru ganti. bukan parents tak bagi makan pun kalau tak kerja. parents masih berkemampuan. tapi dari positif side saya rasa Allah tu maha penyayang. dia tahu saya ni jenis pemalas nauzubillah jadi dia bagi peluang untuk saya rasa situasi itu terlebih dahulu sebelum saya benar-benar dipostingkan. alhamdulillah Ya Allah. 

p/s: buat rakan-rakan yang banyak menyatakan tak payah risau bila nak posting dan nak rilek dulu sebelum kerja nanti dah kerja payah dapat cuti dan sebagainya. saya tahu anda pun risau sebenarnya. tak perlu cover line benda yang nyata. siapa la tak nak kerja dan meningkatkan taraf hidup sendiri. anda fikirlah. yang membuat keputusan diri sendiri jugak (peace no war ^_^)

No comments:

Post a Comment