hahaha ni la first entry saya saya yang menggunakan tajuk panjang giler
serta first entry pada bulan ni.
tetiba rajin sedikit nak menaip di pagi hari ni.
okeyhhh sekarang saya tengah study week.........
yippie, yippie, yippie
ceh yu-hee orang lain dah sibuk goyang kaki, main ukur luar kawasan rumah
hang baru study week........
sabar je lah mak ni
dah lah study week, lepastu tak boleh balik rumah pulak
fine!!!
cuba terima sebab tempat saya belajar ni lain dengan universiti.
mungkin stlyle dia memang macam ni kot
jadi ingatkan masa study week dapatlah duduk kat bilik sambil ukur luas katil.
last-last semalam ada la pulak majlis meraikan pengarah baru.
tak apa lah, kita meraikan tuan yang baru datang.
nak buat macam mana kan.
habis je majlis menyambut pengarah tu,
dia buat pengumuman yang pada hari ni ada taklimat peperiksaan....
aigoooooooo, aigoooooo
saya cuba menerima dengan hati yang terbuka
sambil tangan di dada dan mata menghadap ke atas...
pleaselah....ni kan study week...
kenapa la tak wat taklimat awal-awal.
tahu tak study week adalah masa untuk pelajar habiskan segala movie
serta drama yang terperap dalam external masing-masing.
nampak sangat perangai tak senonoh di situ.
dah lah kalau saya membebel banyak-banyak kat sini pun
bukannya pengarah baru saya tahu luahan isi hati saya
sekarang ni marilah bersiap dan melangkah penuh keyakinan ke dewan
sambil hati ni menyumpah-nyumpah
kepada rakan-rakan yang telah bercuti, selamat bercuti diucapkan
dan kepada rakan yang akan dan sedang menduduki peperiksaan macam saya
all the best!!!
No comments:
Post a Comment