Wednesday, May 4, 2011

nasi lemak dan jajan

assalamualaikum semua.
saja je nak buat short update...
tak da la nampak blog ni macam kosong gila kan.
hari tu, terbaca la surat khabar pasal peniaga jajan dekat luar sekolah kena gempur.
mereka dikenakan kompaun sebab jual makanan tak sihat ni.
bagus betul usaha kerajaan dalam menangani masalah obesiti di kalangan pelajar.
tapi janganlah benda ni sementara jer.
lepastu dah tak ada apa-apa tindakan.
tetapi sebenarnya banyak punca yang menyebabkan pelajar zaman sekarang cepat obesiti
nak kata pasal jajan..
zaman saya sekolah rendah dulu belambak je jajan jual kat luar sekolah
tapi rasanya tak ada pulak ramai budak obesiti pada zaman saya.
baiklah, sekarang biarlah saya nyatakan pendapat saya kenapa budak sekarang cepat obesiti 
selain daripada punca nasi lemak dan jajan tu
ni pendapat saya je la....
terima atau tidak, itu semua terpulang la ek...

1) kemampuan hidup
masa zaman saya dulu, duit belanja sikit jer. biasanya antara cukup dengan tak cukup kalau nak beli jajan tu. ada hari dapatlah merasa jajan tu. ada hari tidak.budak zaman sekarang, kebanyakan ibu bapa memberi duit belanja lebih dari yang diperlukan. oleh sebab itu, mereka boleh membeli makanan-makanan ringan ini dalam kuantiti yang banyak. tapi bukan semua ibu bapa cuma kebanyakan je.

2) budak tak bergerak
kalau zaman saya dahulu, main longkang, paya, pokok pendek kata semua tempat la nak jelajah. rasa macam adventure giler hahaha. tapi budak zaman sekarang, kalau tak hadap tv, pegi hadap game. itu je la. rasanya paling banyak budak itu bergerak ialah sewaktu di sekolah. kalau dekat rumah, memang agak payah la nak bergerak banyak-banyak melainkan rumah dia besar. oleh sebab kesibukan bekerja, susah jugak la nak bawak budak-budak ni beriadah....

3) pendidikan jasmani dan kesihatan
saya cakap terus terang la, berapa banyak sekolah yang betul-betul gurunya menjalankan pendidikan jasmani ni.sekolah yang saya jalani praktikum, budak-budak sampai nangis tak mau bagi saya pergi sebabnya mereka cakap nanti masa pendidikan jasmani mereka tak boleh main kalau cikgu lain ajar. pendidikan jasmani ni penting sebenarnya sebab melalui sukan la budak akan belajar kemahiran dan strategi secara serentak. saya ambil contoh, jika budak belajar kemahiran bola baling, mereka juga belajar macam mana nak gunakan strategi main bola baling untuk kalahkan pihak lawan. saya tak ingat sama ada di rusia or israel di mana kanak-kanak mereka diajar memanah sejak kecil supaya mereka boleh belajar macam mana nak kekal fokus. jadi pendidikan jasmani ni bukan sahaja membantu kesihatan tubuh badan pelajar, tetapi turut membantu minda pelajar ni secara serentak sebenarnya. serta bukan semua guru tidak mengajar pj tetapi menjadi tanggungjawab semua guru untuk memastikan pj ini dijalankan.


okeylah itu sahaja nak mengarut hari ni. tetiba jer terasa nak mengarang. okeyh bagi ibu bapa, kakak, abang semua, pekalah terhadap bmi anak dan adik anda. 

No comments:

Post a Comment