Tuesday, March 13, 2012

jaga budak periksa sekarang sangat annoying


assalamualaikum semua..
status currently sangatlah busy
tengok blog pun dah tahu hidup tuan dia ni pun macam huru-hara giler
bayangkanlah dengan nak terkejar buat assignmentnyer plus kajian tindakan lagi,
nak tolong melatih budak dengan segala macam pertandingan lagi
dengan nak siapkan rancangan mengajar yang paling sikit 4 muka surat... paham x makna PALING SIKIT
dengan lecturer yang datang setiap minggu choi....tak boleh lansung bagai kami rehat walaupun satu minggu
bayangkan sepanjang kami praktikum dalam seminggu lect akan datang sekali.
bila lecturer datang mestilah persediaan nak buat baik punya kan
x kan nak buat cikai2 jer
mahu tak graduate nanti.
so, mostly memang agak macam orang tak keruan la nak menunggu lecturer tu datang.
so. minggu peperiksaan adalah minggu menyeronokkan bila:

1. lecturer tak akan datang minggu tu
2. tak payah buat rph, tampal jadual periksa jer (yippie!!!)
3. boleh fokus pada kerja lain contoh assignment yg dah berhabuk tu

tapi minggu peperiksaan ni mestilah kena jaga budak periksa kan
meh nak cerita betapa annoyingnye jaga budak periksa zaman moden ni
berbeza dengan zaman saya kecik-kecik dulu

  1. budak-budak zaman sekarang lepas habis jawab periksa jer boleh berborak dengan volume kuat giler dengan member meja sebelah
  2. ada jugak yang siap pergi ke meja kawan, main lawan pemadam
  3. keje asyik nak asah pensil jer macam tak boleh tunggu periksa habis dulu padahal pensil ada lagi 5 batang masih tajam dalam bekas pensil dia.
  4. benda simple pun nak tanya padahal dah terang-terang arahan yang diberi siap saya tolong terang lagi....pastu tanya lagi. siku karang!
  5. meniru dan bertanya member secara terang2...ni memang sah makan tangan saya kan....tak der nak kasihannya.
ni antara perkara yang kadang-kadang buat saya annoying jaga periksa....jadi kebiasaannya kalau budak ni mula bergerak dan berborak saya akan sound baik-baik dulu. kalau sound pun tak menjadi mestila marah kan. kalau marah pun tak menjadi saya ugut nak koyak kertas periksa dia...biasanya koyak kertas periksa ni menjadi untuk budak pandai sebab kalau anda semua nak tahu mostly budak pandai ni yang buat kerja-kerja dia atas....pandai tapi kurang respect... itulah nama bodoh sombong... walaupun pelajaran pandai tapi perangai bodoh dan sombong. tapi yang meniru tu mostly budak pandai tak akan meniru...budak meniru tu saya cubit jer senang...nasib baik insaf kalau tak memang makan kasut terus


  budak-budak 6 cerdik. baik jer


ni budak asli...budak yang kat depan tu malas jawab periksa lepastu susun kerusi dan zzzz... terbaik punya. tak boleh buat apa la bukan reti bahasa pun kalau marah. yang belakang dia tu bagus. try jawab periksa cuma   pemalu sikit

No comments:

Post a Comment