Friday, December 28, 2012

berkat di hari jumaat

assalamualaikum
just short entry update. pagi ni tiba-tiba handphone saya ada miss call. nombor yang keluar tu nombor pejabat. dalam hati mula berfikir adakah betul saya fikirkan. lepastu tanya emak balik sama ada mak tahu nombor tu. mak suruh call balik saya cakap, saya tak ada kredit keh3. al maklumlah penganggur bekerjaya mana pernah ada duit. call nombor tu balik guna handset mak dan seperti apa yang saya jangka saya kena pergi ke sekolah berjumpa guru besar. ok fine!! tak mandi lagi kot time ni ha3. mandi macam kambing je nasib baik ada baju dengan tudung yang tak payah gosok kalau tak memang T__________T ni je la.

sampai sekolah jumpa guru besar, kena interview sikit-sikit, alhamdulillah saya diterima menjadi guru ganti di sekolah itu. pengalaman baru buat saya di mana saya akan menjadi guru kelas dan mengajar mata pelajaran sains (sains kot =_=). mengajar kelas kssr. sebelum ni tak pernah ajar pun budak-budak kssr ni. harap semuanya berjalan lancar. mohon doa daripada rakan-rakan agar semuanya berjalan lancar ;)



p/s: benda paling malas nak buat ialah gosok baju 5 pasang =_=

No comments:

Post a Comment