Monday, March 11, 2013

cinta pertama

assalamualaikum

ceceh tajuk nak gempak je kan. don't worry entry hari ni bukan pasal cinta pertama atau first love saya terhadap manusia ye tapi entry kali ni pasal first love saya terhadap makanan ha3. untuk manusia yang tak pernah bercinta ayat seperti "cinta pertama sukar dilupakan" agak janggal, weird dan menggelikan lebih-lebih lagi waktu saya nak taip perkataan tu. tapi semalam satu kejadian dah berlaku kepada saya yang membuatkan saya berfikir... oh macam ni kot rupanya maksud "cinta pertama sukar dilupakan". 


okey back to the topic. semalam mak saya telah membelikan saya sate ikan. sebelum makan sate ikan itu, saya berharap bahawa sate ikan itu akan sesedap sate ikan yang saya beli sewaktu sekolah rendah. namun, saya berasa amat hampa dan kecewa sebab rasa dia amat berbeza sekali dengan sate ikan yang di mana setiap kali saya balik dari sekolah saya akan lihat sama ada pak cik jual sate ikan itu sudah datang ke belum. jika pak cik itu belum datang, saya akan menunggu dan berharap pak cik sate ikan itu akan datang seumpama engkau berharap crush engkau akan lalu di hadapan engkau sekali sehari waktu sekolah. seumpama juga engkau berharap agar dapat tengok crush engkau sekali sehari pun cukup waktu sekolah...walawei, macam tu la perasaan saya terhadap sate ikan yang dijual oleh pak cik itu. perasaan terhadap sate ikan yer! bukan terhadap pak cik jual sate ikan tu.


# sumber gambar dari google

bila terkenang balik sate ikan waktu sekolah rendah tu memang best la. orang cakap cinta pertama kan sukar untuk dibandingkan kesedapan dia. waktu sekolah dulu belari kot aku kejar nak makan sate ikan ni. setakat tolak-tolak member nak beli sate ikan ni memang tak ada masalah. tapi sekarang sate ikan sebelah mata pun aku tak layan (kadang-kadang layan jugak). lagi satu cinta pertama aku, kira aku curang jugak la kat sate ikan ni...


# gambar masih dari google

perghhh waktu sekolah aku rasa apek yang jual aiskrim memang awesome la. dulu time aku sekolah rasanya aiskrim ni rm1 kot ke 1.50 ek. lupa dah. tapi aku memang kumpul duit, ikat perut la nak beli yang 3 kon ni sebab duit belanja aku dulu 50 sen je. biasa aku beli yang 2 kon je. zaman dulu aiskrim rasa memang sedap gila n besar-besar je apek tu isi aiskrim ni. tapi sekarang dah tak best la. rasa dia pun tak macam dulu dah. kon dia pun tak serangup n crunchy macam zaman saya sekolah rendah dulu. 

senang cakap, makanan-makanan yang kita dapat waktu susah, waktu kita perlu ikat perut untuk dapat rasa makanan tu memang sedap. sebab benda susah memang kita akan hargai kan. oleh sebab itu, sesenang macam mana pun kita pada masa sekarang, kadang kala pandanglah belakang dan berfikir tentang keadaan kita di waktu susah supaya kita lebih menghargai apa yang kita ada sekarang. sekian, terima kasih =P

No comments:

Post a Comment