Thursday, February 25, 2010

assignmentku.....

lihatlah assignmentku ini....

1. pendidikan jasmani
2. hubungan etnik
3. pembangunan lestari
4. asas sains politik
5. bahasa melayu
6. pengurusan bilik darjah

6 assignment dan 0.1% pun tak gerak lagi. apa nak jadi pada aku ni.....aduh.....risau dan takut sebab suma nak akhir bulan 3 ni. padan muka sendiri pemalas sangat. printer aku masih rosak dan perlu tunggu mggu depan untuk hantar balik rumah hu3..... AKU NAK BALIK LA....

Wednesday, February 24, 2010

minggu yang panas...

percaya tak dengan ayat setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya....
aku memang sangat2 percaya dengan ayat ini.
sebab benda ini sangat banyak kali berlaku dekat aku
kadang2 kita manusia ni tak sedar...
masa susah kita selalu merungut yang mengapa semua benda ni berlaku kat kita
tapi bila time senang kita sendiri lupa nak bersyukur, lupa bagaimana dan kenapa kita memperoleh nikmat senang tu...
bila aku susah, aku selalu percaya yang setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...
mungkin benda ini adalah sebagai ujian untuk mendidik aku jadi lebih sabar....
Alhamdulillah bila aku ditimpa kesusahan, aku jarang nak mengamuk atau meraung atau sebagainya.
aku lebih suka ambil konsep tunggu dan lihat....
dan Alhamdulillah benda ini memberi banyak manfaat kepada aku....
cuma aku akui sebagai manusia biasa pun ada masa aku memang tak dapat nak tahan kegeraman aku....
tapi sedikit sebanyak kita cuba memperbaiki diri masing2....
okey kenapa minggu ni panas?
pertama sebab cuaca......
kedua sebab aku sakit hati dengan somebody mggu ni
ketiga sebab printer aku rosak.....
hohohoho -__- bagaimana aku mahu finish aku punya assignment....
tak pe la....aku kena bersabar....mana tau aku bakal mendapat printer baru keh3......

Monday, February 22, 2010

mengapa encik???



saya tau saya tak cantik....
saya tau saya tak pandai...
tapi saya tak pernah kacau encik...
saya tak pernah kurang ajar dengan encik
saya tak pernah ganggu encik pun....
tapi kenapa ek....
encik banyak kali malukan saya
buat saya macam orang paling bodoh dalam kelas...
saya tak pernah kisah kalau encik tak pedulikan saya
tak ingat nama saya,
tak sedar kewujudan saya....
saya cuma mintak encik jangan malukan saya saja
encik buatkan saya makin benci dengan subjek yang encik ajar
walaupun saya memang tak suka subjek tu....
tapi sekarang bukan tak suka tapi dah benci dah...
dan saya cuba untuk suka encik...
tapi encik yang buat saya tak suka encik....
sekarang suka hati encik la...
semoga encik berbahagia dengan perempuan2 cantik dan manis itu....
saya cuma berdoa encik x sedar kewujudan saya
supaya hidup saya lebih bahagia.
apa-apa pun terima kasih encik
sebab sudi mengajar saya sampai tahap saya mengalami depression
terima kasih BANYAK2

Wednesday, February 17, 2010

kedai kek antik









antique bakery cerita movie yang aku baru tengok...aku tengok cerita ni pun sebab ada this guy....

maaf sebab kualiti gambar yang agak rendah...lelaki ini bernama kim jae wook. cerita antique bakery ni best sebab ada unsur misteri sikit tapi kalau mintak aku bagi penilaian...aku terpaksa bagi nilai yang rendah sebab kim jae wook berlakon jadi gay....u know GAY....
serius aku tak bleh terima...jalan cerita memang menarik tapi... sob2

apa pun bagi siapa yang nak tengok cerita ni tapi masih ragu jangan risau cerita ni memang best he3....so penuhilah cuti anda dengan cerita-cerita movie yang menarik....
to my kim jae wook: selagi anda bukan benar2 gay saya masih setia pada awak. tolong jangan ambil watak gay lagi walaupun awak dah menang anugerah



Thursday, February 11, 2010

politik is dirty...

assalamualaikum.... hu3 beberapa hari ni macam penat jerk.

tapi tak sabar nak balik for raya cina....hooorayyyyy....

entry kali ni pasal politik.

serius aku memang tak suka politik...

bukan la sampai aku tak ambil peduli lansung kan sebab nanti kita yang akan memilih pemimpin negara.

cuma bagi aku politik ni kotor.

pensyarah aku sendiri cakap, masa zaman dahulu2, perempuan2, termasuk bahagian eropah tak dibenarkan mengundi.

mereka mengundi pun lepas wujudnya isu hak yang sama rata antara gender

salah satu sebabnya ialah mereka tak nak melibatkan perempuan dalam benda kotor ni. iyerlah dalam politik itu sendiri wujudnya teori bahawa matlamat menghalalkan cara.

walaupun teori itu agak tidak praktikal sekarang sebab adanya undang2 tapi still perkara itu berlaku kan. macam manganaiya orang lain dan sebagainya

aku rasa skop dia tak perlu tengok jauh la...

kat tempat aku belajar sendiri tengah ada pemilihan calon perwakilan pelajar....

time ni kita dapat lihat orang yang tak pernah tegur pun memang sangat peramah. orang tak pernah senyum jadi murah dengan senyuman....

uwekkk benda ni buat aku sangat muak jerk.......

aku nak tengok lepas dia menang dia tegur aku tak nanti.....!