Sunday, December 19, 2010

P.Ramlee genius malaysia

***amaran: entry ini berbaur serius***
salam semua and hi....
tetiba jer nak tulis entry ni......
sebenarnya saya baru jer lepas tengok biografi P.Ramlee.
biografi P.Ramlee ni dah siar lama dah kat astro saluran History
saya pun dah lama aim nak tengok biografi ni
tapi malangnya tarikh biografi P.Ramlee ni disiarkan, saya pulak dah kene balik maktab.
karang saya bukak channel History kat bilik tv asrama,
comfirm sah-sah kene maki dengan ahli blok kan....
mentang-mentang la kau belajar sejarah...tak kan rancangan tv nak tengok cerita sejarah kan....
jadi untuk mengelakkan sebarang kejadian tak diingini, terpaksala saya melupakan hasrat nak tengok biografi P.Ramlee ni....
saya just berharap biografi P.Ramlee ni dapat diulang siar semula oleh astro....
tapi...Alhamdulillah mungkin sebab saya nak tengokkkkkkkkk sangat cerita biografi P.Ramlee,
saya dapat jugak tengok sebab abang saya ada download or mungkin dapat daripada member dia kot video biografi P.Ramlee ni.
memang bersyukur sangat-sangat akhirnya hasrat tercapai hehehe
okay cukuplah saya mengarut.....


sebenarnya saya nak cakap....
saya memang peminat giler cerita korea, taiwan, jepun....tapi
saya juga peminat berani mati P.Ramlee
tak da siapa boleh lawan beliau kat Malaysia ni....
lagu dia, filem dia semuaaaaaaaaa....... saya suka...
saya rasa sejarah hidup beliau sangat menarik.....
mengenai kegemilangan beliau, perangai beliau, zaman kejatuhan beliau........memang sangat menarik
serius saya menangis tengok biografi P.Ramlee ni
zaman kejatuhan P.Ramlee bermula dekat negara beliau dilahirkan sendiri....sedih tak?
banyak sebab kejatuhan P.Ramlee....
tapi bukan sebab itu yang saya nak ulaskan atau ceritakan kat sini......
apa yang saya nak ceritakan pasal industri hiburan Malaysia ini sendiri.....



pada pendapat saya selepas saya tengok biografi P.Ramlee...
saya rasa jika waktu P.Ramlee masih lagi hidup,
dan jika beliau diberi peluang dan kemudahan untuk mengarahkan filem pada waktu itu,
sudah pasti industri hiburan di Malaysia akan jadi lebih baik.
zaman terakhir P.Ramlee di Kuala Lumpur, beliau lansung tak diberi peluang untuk berkarya.
hidup beliau juga tidak dipedulikan.
selepas beliau meninggal, barulah karya beliau diagung-agungkan semula....
gelaran Tan Sri pun dapat selepas beliau meninggal dunia.
sikap orang Melayu ialah, tak berani nak ambil cabaran
kalau kita perhatikan, P.Ramlee mempunyai banyak pengalaman dalam bidang pengarahan, muzik dan sebagainya.
tapi bila beliau kembali di Malaysia, pengalaman beliau tidak digunakan dengan sebaik mungkin...
cuba fikir kalaulah waktu itu kita dapat gunakan ilmu beliau dengan sebaik mungkin,
mungkin situasi dunia hiburan kita juga akan berubah.....siapa tahu bukan?
dalam biografi tu, salah seorang rakan P.Ramlee ada berkata....
ramai orang boleh berikan beliau bantuan, kerajaan dan sebagainya tetapi tiada siapa pun yang melakukannya.
akhirnya, kita kehilangan ilmu yang amat berharga begitu sahaja.
sebab apa? sebab kebodohan kita sendiri......
bukankah perkara sama juga terjadi ke atas kehilangan pulau batu putih....(tak perlu la saya ulaskan nanti masuk ISA pulak he3)
saya ingin katakan P.Ramlee ni genius Malaysia dalam bidang hiburan dan ini pun diakui oleh orang-orang yang berpengaruh dalam industri hiburan ini sendiri.
P.Ramlee menang pelbagai anugerah melalui filem dia....
lagu yang dia cipta masih lagi didendangkan siap ada pertandingan sempena lagu P.Ramlee lagi
dan melalui biografi yang saya tengok, sewaktu zaman kejatuhan beliau,
beliau pergi ke Singapura untuk menghadiri festival filem Asia Pasifik
waktu beliau masuk ke dewan, tiada siapa pun yang menjemput beliau duduk bersama delegasi Malaysia
beliau duduk bersama-sama delegasi Singapura.
namun selepas tamat festival itu, delegasi-delegasi dari negara lain semua berebut-rebut ingin berjumpa dengan beliau.....Allah memang Maha Adil
dan pada pandangan saya situasi ini tidak pernah terjadi dekat artis lain di Malaysia!!!
ada ke? kalau ada sila beritahu ok.
P.Ramlee bagi saya genius Malaysia seba tiada siapa dapat menandingi karya beliau
bak kata salah seorang rakan P.Ramlee....karya P.Ramlee sama seperti lukisan Mona Lisa
siapa yang mampu menghasilkan atau mengubah suai lukisan Mona Lisa untuk menjadi lebih menarik?
tak ada kan?
begitu juga lagu-lagu P.Ramlee....
walaupun diperbaharui or ditukar sedikt sebanyak tetapi lagu asal beliau lah yang paling terbaik.
sebab itu bagi saya, P.Ramlee memang genius Malaysia


apa yang sering saya perhatikan industri hiburan kat Malaysia ni ialah bila dah kehilangan baru nak dijulang.
bila dah berjaya pun baru nak dijulang.
kalau kehilangan tu tak payah cerita la kan semua orang tahu contoh macam P.Ramlee, Yasmin Ahmad
bila orang-orang yang hebat ni hilang, barulah duk sibuk nak bagi anugerah tu la, anugerah ni la....
lepastu yang paling saya menyampah bila ada la kan artis-artis yang berjaya kat luar negara,
barulah sibuk-sibuk duk bising ni la artis yang hebat, mempunyai darah campuran Malaysia dan segala bagai...
memang serius saya rasa menyampah
tapi itu tak bermakna saya tak layan industri hiburan malaysia okey.
saya still lagi tengok filem n drama Malaysia cuma lagu je tak berapa layan....
entahla.....rasa macam tak ada feel sangat
saya rasa biografi P.Ramlee ni memang sangat menarik
anda-anda semua memang sepatutnya tengok...
sebab melalui biografi ini, saya sedar banyak perkara sebenarnya....

biografi P.Ramlee ni memberikan saya satu kisah hidup yang sangat menarik, menyayat hati dan sebagainya
sesiapa yang nak tengok tapi tak tahu macam mana bagi tau lah saya...
insyaallah saya akan cuba usahakan

*** moga roh beliau ditempatkan di kalangan orang beriman...Amin***
 
 
 

1 comment: