Saturday, January 1, 2011

welcome 2011

assalamualaikum n hello readers
tadi jalan-jalan kat blog orang lain rata-ratanya buat entry pasal kedatangan tahun baru ni
so, saya yang tak tahu malu dan kaki sibuk ni pun turut nak buat entry serupa jugak
alhamdulillah sempena tahun 2010, kebanyakan wish saya telah dapat ditunaikan...
wish last minit iaitu nak dapatkan meja laptop telah ditunaikan oleh ayah sendiri
seronok sangat.... thanks abah. you are the great father in the world!!!
untuk tahun 2011 mestila saya ada wish yang tersendiri.
saya harap tahun 2011 ni:

1. saya harap saya dapat buat yang terbaik dalam semua bidang sebab tahun ni saya akan mula praktikum. saya rasa dari segi cara saya mengajar masih banyak yang perlu diperbaiki so, saya nak buat yang terbaik.

2. saya harap, saya dan keluarga serta rakan-rakan dikurniakan kesihatan yang baik dan dijauhi daripada segala kecelakaan sebab sem lepas dah 2 kali accident he3

3. ada beberapa barang yang ingin dimiliki untuk tahun ini tapi, saya akan tunggu dulu. duit ada tapi banyak benda yang perlu digunakan untuk tahun ni especially nak kena keluarkan duit bagi bahan mengajar dan sebagainya, so kalau ada duit lebih pasti boleh miliki barangan tu.

4. akhir sekali, sebagai seorang pelajar dan anak saya harap saya dapat lulus cemerlang dalam peperiksaan serta cemerlang dalam bidang lain. saya pun harap dapat menjadi anak solehah dan sentiasa membahagiakan orant tua saya.


buat masa ni itu lah antara wish saya....saya harap rakan-rakan yang lain juga berjaya mencapai azam mereka sendiri okey dengan ini saya ingin mengucapkan:

No comments:

Post a Comment