Tuesday, March 30, 2010

full of work

baru balik daripada cuti mid sem ari tu and terus banyak kerja nak disiapkan.
bayangkan setiap hari ada sahaja 2 atau 3 kerja yang perlu diselesaikan...
tapi tu la sikap aku dari muda sampai tua susah nak berubah
suka buat kerja last minit ha3....
dah la sekarang sibuk dengan kerja banyak pulak stok2 cerita sampai...
ingat nak tengok liar game 2 tapi kena dahulukan apa yang patut. secara randomnya perkara yang baru berlaku pada aku sepanjang balik semula ke maktab ialah:-
  1. baru jer siap hantar dua assignment tapi masih ada 5 assignment yang perlu submit dalam bulan ni.
  2. printer yang aku bawak dari rumah dah rosak. printer aku sebelum ni dah rosak so aku ambil printer kat rumah tp see....aku assume yang printer tu homesick atau memang ada jembalang printer yang merasuk printer-printer aku.
  3. pembentangan yang dah lama tertangguh baru dapat buat...but i and my friends dapat pujian atas pembentangan...seronoknyer. alhamdulillah dapat memuaskan hati pensyarah-pensyarah tersebut.
  4. annoying dengan beberapa orang baru2 ni yang tak tahu berterima kasih malah komplen plak. ada jugak manusia macam tu kat dunia ni...
  5. abah call and cakap nak hantar motor dalam this week. tapi abah nak tukar tayar dulu n tambah bakul kat motor ego tu... abah pun tawarkan nak beli printer baru...oh hidupku memang bertuah sebab dapat the best ever father in the world ha3..... tak sabar nak dapat motor senang skit bergerak n dapat jimat duit. kalau nak kuar tiap kali naik teksi jadi papa kedana la aku.
  6. berat turun 2 kilo keh3 sangat terkejut sebab aku bukan in diet. maybe sebab duit skit n terpaksa berjimat + sibuk ya amat sampai x sedar berat turun.
  7. dah already homesick ha3... nak siapkan semua kerja baru boleh balik rumah dengan senang hati..
  8. ada kuiz pj this friday....tak baca satu habuk pun lagi. oh disaster...
  9. jadi kaunter pertanyaan...semua benda nak tanya aku macam mana, macam mana n macam mana. please lah saya penat nak layan soalan tak berfaedah kamu itu...n please be alert dengan apa yang berlaku.
sebenarnya banyak lagi yang berlaku. mungkin banyak dah lupa sebab banyak benda nak kena ingat +++ lagi asyik kena ingatkan orang. oh saya jugak nak buang ruangan chat blog tu...sebab ada eror skit. nak ganti dengan yang lain he3... walaupun minggu saya memenatkan tapi saya masih ada banyak perkara yang saya enjoy dan saya harap kamu pun begitu jua he3.... sekarang saya kena bersedia untuk berdepan dengan kertas assignment balik he3...


p/s : to akma...saya akan cuba jawab tag kamu dear...anyway thanks for the tag...miss u

1 comment:

  1. miss u too lah dear.
    jgn stress2 sangat ok.:')

    ReplyDelete