Tuesday, July 27, 2010

gunung kinabalu...

hari ni.... mr T, lecturer aku buat satu kuiz...
kuiz untuk uji sejauh mana anda kenal negara malaysia.
well daripada 20 soalan tu, ada dua soalan yang boleh buat aku terjun ke sungai pahang
n lemaskan diri sendiri....
aperla....kata nak sambung master geografi....
aku sendiri pun konpius macam mana time pmr, geografi aku boleh dapat a....

soalan 1....
namakan gunung tertinggi yang terdapat di semenanjung malaysia...dan di mana letaknya...
jawapan aku = gunung ledang (teeetttt salah xxxxx)
jawapan sebenar gunung tahan dan terletak di pahang....
aku orang pahang pun tak pernah tahu kat pahang ada gunung tahan....
tapi yang ni aku kira tahan lagi.....

soalan 2
namakan gunung tertinggi yang terdapat di malaysia dan di mana terletaknya gunung tersebut
jawapan aku = gunung kinabalu (betul dah)
tempat letak = sarawak

hahaha habis kena gelak dengan member....
yer aku tak tahu sejak bila gunung kinabalu pindah ke sarawak...
gunung kinabalu terletak di sabah la........
aku rasa comfirm lepas ni aku akan ingat sampai bila-bila kat mana letaknya gunung kinabalu

lepas ni aku kena tambah pengetahuan am lagi...hu3.... jangan risau aku tak akan ajar perkara yang salah kat anak-anak kamu....tehehehe

bebelanku

semalam hidup aku macam jadi satu drama swasta jerk
aku dah agak biasa la setiap sem paling kurang mesti ada satu drama.
benda yang buat aku paling annoying...
tak mahu bebel panjang....
cuma nak cakap,
kalo ko dah semangat nak buat satu benda tu,
teruskan jer la...
janganla nak harapkan orang lain bersemangat macam kau...
orang lain pun ada kerja lain jugak...
lagi satu....
ko jugak yang cadangkan perkara tu
janganlah harapkan orang lain buat kerja kau...
lastly....jaga mulut ko
jangan sampai aku tak dapat kawal tangan....
habisla kau...
inhale.................exhale..........
cukup la di sini saja aku beremosi.....

Thursday, July 22, 2010

BENGANG



yess.... pagi tadi limit kesabaran aku dah sampai tahap penghujung...
kalau kau tak boleh terima teguran aku cakap jer la...
jangan nak spoil mood ko kat aku...
pastu buat muka moody...
ada aku kisah?
bila ada masalah duk sibuk cari aku....
tak tau la....
malas peduli orang macam ni....
cuba untuk tidak jadi moody sem ni...
untuk orang itu, terpulang lah kepada kamu...
saya dah puas untuk peduli....
lepas ni tak mahu ambil tahu....



Saturday, July 17, 2010

diet x jadi....

kononnya balik ke maktab dengan azam ingin cuba diet....
fine.... 2 minggu pertama akak berjaya
turun jugak la.
tapi selepas 1 minggu yang agak penat gila nak mati...
urus program peribumi
dan +++ asyik kena marah banyak kali....
fine ketensionan telah melanda....
eh kejap???ada ke istilah ketensionan dalam bahasa melayu???
baik... lupakan sahaja dulu persoalan itu.
okey hari ini perut lapar
bayangkan kawan-kawan hari ni jer aku telah mulakan sarapan dengan nestum..
lepastu singgah kantin aku makan nasi berlauk
keluar kejap isi minyak then member ajak aku singgah makan kat kfc sebab dia tak makan lagi..
atas dasar tanggungjawab aku temankan kawan aku ni makan sambil tumpang sekaki dua...
lastly singga kat kedai mamak beli roti canai untuk aku dan roomate...
sila tepuk tangan... clap clap clap
memang jumbo la.....
duit tak ada.... tapi sibuk makan banyak...
memang tak sedar diri betul

Wednesday, July 14, 2010

minat ke?

hari tu masa ayah aku hantar aku ke stesen bas
tiba-tiba ayah aku tanya satu soalan cepu emas
ayah aku tanya macam ni...
"kakak tak menyesal ke tak masuk ke universiti macam kawan lain?"
pergh soalan ni memang baik punya...
tapi soalan lebih kurang macam ni memang dah biasa aku dengar.
kalau ada member mak n bapak ataupun sedara yang tahu aku akan jadi bakal guru,
mesti akan tanya macam ni...
"minat ke jadi cikgu?"
"tak takut ke kene posting kat sabah n sarawak?"
sebenarnya aku nak cerita sebab sebenar mengapa aku pilih bidang perguruan ni...
masa sekolah rendah, aku memang pernah ada cita-cita nak jadi guru...
maklumlah itu je pekerjaan yang aku tahu.
masuk sekolah menengah, aku tak pernah terfikir nak menjadi cikgu...
kira macam tak cool sangat la kerjaya guru tu....
biasala budak tak matang lagi.
bila aku masuk sekolah asrama, time tu baru aku sedar sesuatu.
aku memang tak ada cita-cita yang aku nak atau usahakan gila-gila.
mata pelajaran yang aku paling minat masa tu ialah sejarah hu3...
lagi satu, aku ni cepat tension jadi belajar dalam suasana yang sangat pressure adalah susah bagi aku yang tak berapa pandai ni....
lepas spm aku dapat tawaran ke matrik yang 2 tahun punya...
so, aku pergi la matrik tu...
masa tu, aku just tunggu surat dari maktab jer
sebab aku rasa macam tak suka jer suasana belajar kat matrik ni...
jangan tanya la sebab apa yerk... tapi perasaan aku cakap aku memang tak sesuai ada kat matrik ni.
selepas dapat surat dari maktab, aku terus cakap kat abah aku nak pegi maktab
abah pun setuju dan segala prosedur diuruskan sampaila aku selamat menjadi salah seorang guru pelatih....
sebenarnya, aku tak la minat dan aku bukan kena paksa....
tapi semasa menjalani latihan sebagai guru pelatih, dari dulu sampai sekarang
aku semakin minat kerjaya ni...
lebih-lebih lagi bila di sekolah semasa kita bersama anak murid....
aku akan mengajar di sekolah rendah jadi melihat ragam budak-budak yang sedang membesar sangat seronok...
waktu tu aku akan membandingkan perangai budak zaman aku dulu dengan zaman sekarang.
sangat berbeza.....
jadi boleh dikatakan aku minat kerjaya guru ni setelah aku menjalani latihan...
bab kena posting tu kita serah pada rezeki la yerk....
bab universiti tu... aku rasa bila aku sambung belajar nanti aku rasa la duduk kat universiti...
betul tak?
jadi aku rasa memilih kerjaya guru ni pilihan paling tepat yang pernah aku buat...

Tuesday, July 6, 2010

happy birthday my friend....miss akma

happy birthday to you,
happy birthday to you,
happy birthday to you akma,
happy birthday to you....

ha3......... sila nyanyi dengan nada suprano

ini dia birthday gurl kita.... hurmmmm ko gurl lagi ke ma... ko dah tua la he3
see... aku letak gambar ko yang paling cun n ilmiah sekali
walaupun time tu ko sedang berpura-pura ha3
aku nak cerita sedikit mengenai member baik aku ni
aku kenal akma sejak sekolah rendah lagi...
tapi aku amat jarang tegur dia...
sebab aku rasa dia macam pandai and popular giler kat sekolah ha3....
kami start jadi rapat lepas sekolah menengah.
time form 1 aku satu kelas dengan dia...
dia la member jahat aku time exam...
kan akma kan..............ha3.....
time form 3 aku pindah sekolah...
tapi alhamdulillah kami still tak lost contac
ko ingat tak akma masa ko keje kat kedai phone lepas spm 2
aku selalu je call ko bila aku bosan ha3....
saja nak kacau ko keje biar kena marah dengan bos ko... ha3...
sape suruh ko keje dan tinggalkan aku kebosanan sorang2x kat rumah...?
aku ni tanggungjawab ko tau tak ha3... (sila ambil perhatian)
well to my bff akma,
walaupun aku lewat wish birthday ko,
aku nak ko tau aku sayang bangat sama kamo.....
aku doa,
moga ko murah rezeki,
cepat kaya,
pastu boleh sara aku hehehe....
aku bersyukur sangat ada member macam ko...
member yang satu kepala,
faham aku,
ambil berat pasal aku....
ko la member dunia n akhirat
moga persahabatan kita berkekalan....
happy 21st birthday...
love u......................

Friday, July 2, 2010

syukur alhamdulillah

semalam dah semak result exam kat laman web maktab...
alhamdulillah usaha yang telah aku laksanakan selama ini akhirnya terbalas...
walaupun pointer aku turun sikit dari sem lepas, tapi still lepas untuk anugerah pengarah
bersyukur sangat-sangat...
kepada rakan yang banyak membantu,
terima kasih banyak-banyak...

*** mood extremely happy teheeee***