Friday, December 28, 2012

berkat di hari jumaat

assalamualaikum
just short entry update. pagi ni tiba-tiba handphone saya ada miss call. nombor yang keluar tu nombor pejabat. dalam hati mula berfikir adakah betul saya fikirkan. lepastu tanya emak balik sama ada mak tahu nombor tu. mak suruh call balik saya cakap, saya tak ada kredit keh3. al maklumlah penganggur bekerjaya mana pernah ada duit. call nombor tu balik guna handset mak dan seperti apa yang saya jangka saya kena pergi ke sekolah berjumpa guru besar. ok fine!! tak mandi lagi kot time ni ha3. mandi macam kambing je nasib baik ada baju dengan tudung yang tak payah gosok kalau tak memang T__________T ni je la.

sampai sekolah jumpa guru besar, kena interview sikit-sikit, alhamdulillah saya diterima menjadi guru ganti di sekolah itu. pengalaman baru buat saya di mana saya akan menjadi guru kelas dan mengajar mata pelajaran sains (sains kot =_=). mengajar kelas kssr. sebelum ni tak pernah ajar pun budak-budak kssr ni. harap semuanya berjalan lancar. mohon doa daripada rakan-rakan agar semuanya berjalan lancar ;)



p/s: benda paling malas nak buat ialah gosok baju 5 pasang =_=

Tuesday, December 25, 2012

sweet december....

assalamualaikum...
hurmmm kenapa sweet december? sebab december birthday saya ^____^. Suka2...pang!!! suka sangat la. hari ni nak cerita apa yang saya buat waktu birthday saya yang jatuh 20/12/. pada tanggal umur saya genap 23 tahun, pagi-pagi dah siap ikut mak ke tabika. bukan nak sambut birthday saya ye tapi sebab tabika ada buat kursus buat keronsang. kena paksa ikut sebab nak ramaikan orang T__T. oleh sebab family saya cheapskate, ko jangan mimpi la nak celebrate birthday macam orang lain. nak dengar ahli family wish birthday pun macam emas akan keluar dari mulut. masa kecik-kecik dulu kisah la tapi dah mencapai umur separa matang ni (cececeh ayat nak bajet) dah tak heran dah.


antara mereka yang hadir belajar buat kerongsang


mak cik - mak cik n akak-akak yang tengah tekun mendengar arahan

masa tengah buat keronsang ni tiba-tiba kena panggil keluar kononnya nak kena dengar taklimat cara mencegah kebakaran.. mencik tau sebab dari sekolah sampai ke maktab pun asyik dengar benda ni. nanti mengajar nanti pun mesti kena dengar punya. birthday saya pun nak kena dengar jugak. benci!!


pegawai yang bertugas memberikan taklimat dan tak habis-habis tanya soalan serta para pendengar yang buat-buat dengar.

masa dia mintak siapa nak try padam api saya pun pergi la al maklumlah saya ni pemalu. time tak ramai orang macam ni la boleh cuba keh3....


step 1: tarik picu


step 2: pegang penyembur dan hala ke api mengikut arah angin. cara saya pegang tu salah ye sepatutnya kena pegang kat hujung depan.


step 3: sembur la apa lagi! sembur dari kiri ke kanan atau sebaliknya dengan perlahan-lahan.

lepas dah siap semua teori dan praktikal taklimat kebakaran ni masuk balik semula dan sambung buat keronsang. time ni dah ramai peserta yang dah siap keronsang. saya dengan adik tak siap lagi sebab ingat nak buat kat rumahnya. buat benda tu tak susah pun sebab dia dah bagi kertas arahan. tapi sekali cikgu sal yang ajar buat keronsang tu paksa saya dengan adik siapkan jugak T__T.



time ni orang dah sibuk makan dah...


tu tengok adik siapa kena dera keh3x....

gambar saya sepanjang hari memang tak ada ye sebab jadi camerawoman..T_T sedih kot dah la birthday tak da layanan istimewa pun...(padahal tadi sendiri cakap tak kisah). balik tu singgah bandar sebab adik nak tukar tudung sekolah dia. lepastu adik ajak pergi kedai kek konon sebab hari ni hari jadi saya padahal yang sawan nak makan kek tu dia...



saya dapat ini ^___^. nama dia osaka. thanks mak sebab bayar he3. rasa dia not bad la mungkin sebab saya bukanlah peminat kek tegar jadi tak boleh nak describe macam mana rasa dia

nak tengok keronsang saya tak?


......






......



















ni lah dia. keronsang ni bentuk buah anggur tau. tapi sebab tak reti dah nak snap macam mana kan dan keronsang ni bukan saya buat tapi cikgu sal yang buat keh3.


sekian saya cerita saya
terima kasih sebab sudi baca :)

p/s: tak sabar tunggu hari lahir ke 27 sebab ada orang janji nak belanja kek keh3

Tuesday, December 18, 2012

how u manage ur stress

assalamualaikum...
tajuk blog macam ilmiah je tapi tak de maknanya. just nak share2 macam mana ye orang lain manage their stress? macam saya kan cara saya manage stress terbahagi kepada dua.. first kalau saya stress sebab work atau study saya selalu akan craving benda yang sweet2. kiranya macam nak benda sweet je kan. jadi akan end up duit pun sweet je melayang. kesan sampingan tu tak payah cerita la kita buat pejam mata je. tapi dulu kat lipis ape la yang ada. bukannya tiba2 ada jual pavlova ke chocolate indulgence ke dekat lipis tu. dah habis belajar baru bukak secret recipe. jadi kalau teringin sangat tu beli la chocolate dan kunyahla sambil pejam mata.

sumber: google image
perghhh kalo benda ni ada kat lipis dulu alangkah bahagia ^____^


lagi satu kalau saya stress sebab relationship, hubungan dengan parents or member ada masalah saya selalu suka first benda buat ialah tidur. hahaha memang tak senonoh kan. orang lain mesti amik wudhuk ke pastu baca Al-Quran ke tapi saya tak. mesti tidur dulu. kenapa?? sebab saya ialah seorang yang sangat mudah stress sebenarnya. macam kalau benda yang buat saya stress tu tak selesai selagi tu saya akan pikir... macam idea tu berputar-putar dalam kepala otak ni. sebab tu saya suka tidur dulu sebab saya tak nak fikir benda tu dulu. kalau saya fikir, saya akan jadi serabut dan tak boleh nak focus kat benda lain langsung.




tapikan ada satu benda ajaib yang selalu buat saya rasa kurang stress. tapi ini cara bagi saya je la. saya tak
tau orang lain macam mana kan sebab benda ni lebih kepada psikologi dan penerimaan masing-masing. setiap kali saya ditimpa masalah atau rasa stress saya selalu ucap syukur alhamdulillah. sebab bukan kah setiap kali kita ditimpa ujian kita akan selalu dekatkan diri dengan Allah. bukan la nak cakap yang saya ni lupa waktu susah je ingat Pencipta Nya. tak. cuma saya selalu rasa ujian ni sebagai satu cara Allah nak bawak kita mendekatinya. dan kita kena bersyukur sebab Allah masih sayang kat kita. cuba fikir kalau hidup kita selalu happy sampai kadang-kadang kita alpa pada Nya. kalau Dia tak ingatkan kita atau kalau Dia tak gerakkan manusia lain untuk ingatkan diri kita pada Nya rasa-rasa kita boleh mati dalam keadaan comfirm masuk syurga ke? jadi saya selalu anggap ujian merupakan salah satu cara Allah tunjuk betapa dia kasih kepada kita.

dalam Al-Quran pun ada cakap kan tidak sempurna iman seseorang melainkan sebelum dia diuji. jadi sentiasa la cuba ingat pada Nya supaya waktu kita diuji pun kita masih ingat pada Pencipta kita. dalam Al-Quran juga ada menyatakan tapi saya tak ingat ayat yang exactly tapi lebih kurang jika Allah tidak membantu kita adakah akan ada benda atau makhluk lain yang boleh membantu kita? jangan hanya ingat member-member yang baik tu membantu kita. ingatlah siapa yang menggerakkan hati member kita yang baik itu untuk membantu kalau tidak diri-Nya. jadi sentiasalah hidup dalam keadaan bersyukur. dan pesanan ini jugak untuk diri saya sendiri Insyaallah. Amin. harap anda semua tidak terkesima membaca ulasan program hal ehwal agama..semua ini adalah peringatan baik untuk anda dan saya juga supaya kita sama-sama boleh memperbaiki diri dan mengingat-mengingati antara satu sama lain. :)

Sunday, December 16, 2012

my obsesi...

assalamualaikum
hari ni nak cerita pasal obsesi saya yer
obsesi tau bukan obesiti!!!
sentap karang hahaha
saya punya perangai ialah bila saya suka something,
saya akan kumpul tanpa saya sedar. seriously!! contoh:-


 ni antara komik yang saya kumpul...okey tak sedar ek waktu beli tu pakai campak je dalam almari pastu bila dapatkan kotak dan susun komik ni baru sedar banyaknye komik aku...fine!! kalau mak tau memang comfirm kena bakar komik ni.


 sebenarnya saya ada 5 or lebih novel lagi dekat bilik adik saya yang telah dicilok olehnyer... mostly perempuan akan kumpul novel kan. jadi standard la tu


 okey key chain dengan phone strips ni memang tak sedar. tiba-tiba dah ada banyak walaupun tak ada la banyak giler tapi bagi saya banyak jugak la kan. semua ni diberi oleh kawan-kawan n anak murid rasanya ada satu je saya beli sendiri. tak pernah terfikir pun nak kumpul tapi semua ni pemberian orang haruslah dihargai dengan sebaiknya. thanks for this lovely stuff. 



gelang ni separuh dibeli n separuh lagi diberi. 

saya ada a few benda lagi yang dikumpul tapi tak dapat nak amik gambar sebab lupa n ada separuhnya dah diguna. contohnya macam cute stuff. saya memang tak boleh tengok benda yang cute n murah contoh macam note book yang comel, pencil, paper clip n sebagainya. 
mesti nak beli jugak. sighh!! ke situ rupanya duit dihabiskan selama ni.
lepastu saya ada jugak kumpul dvd cerita jepun especially cerita penyiasatan.
okey yang ni minat yang dikongsi bersama my lil sis...tapi gambar tiada di sini.
apa pulak minat anda???


p/s: mungkin lepas ni boleh pikir untuk kumpul emas demi masa hadapan :p