Wednesday, June 30, 2010

hari ke 2 dan ke 3 kuliah.....

assalamualaikum semua...
hari ni merupakan hari kedua dan ketiga kuliah yang penuh dengan...entah la
tak tahu dah nak describe macam mana ha3
baru-baru ni ada sedikit masalah dengan subjek yang akan aku belajar untuk sem ni..
so subjek major, aku still tak tahu sapa yang ajar kelas aku.
jadi masa telah dihabiskan sebegitu sahaja... sangat sia-sia
kalau tak ada lecturer bukan boleh balik bilik n sambung tidur ke...
menghabiskan masa dengan hanya termenung dan berborak kosong dalam kelas
lansung tak berfaedah..
lagi satu lecturer kesayangan aku maybe tak akan ajar aku dah.. uwawaaaaa
lecturer yang aku peroleh buat masa boleh buat aku bagi thumbs up...
aku akan berakhir dengan keskemaan akhir sem ni hahaha
hari ni jugak telah ditampal nama-nama yang akan repeat exam.
alhamdulillah nama aku tidak tersenarai...
aku pun memang tak menaruh harapan tinggi pada keputusan result..
just berharap tidak fail jer
doakan aku untuk memperoleh yang terbaik yer...

Monday, June 28, 2010

tak rasa apa-apa

salam... dah selamat pulang ke maktab..
perasaan????
serius tak rasa apa-apa...
just risau pasal result and try nak study awal sikit sem ni (kononnyeeeee)
pagi tadi bangun lambat tuk pegi kelas
nasib baik tengah uzur...
walaupun bangun pukul 7 tapi still boleh rilek-rilek, terkedek-kedek nak pegi mandi
orang lain dah siap pakai baju dengan mekap...
bulu mata abis lentik, eyeshadow macam-macam warna dah ada kekeke
nasib baik la aku bukan jenis mekap....
simple-simple sudah he3
sampai bilik air, walaupun toilet penuh aku still boleh rilek...
kalau tak dah sebakul aku menyumpah makhluk dalam toilet tu...
jadi kesimpulannya memang ternyatalah aku pegi kelas tanpa perasaan hehehe
kelas hari ni pun ramai yang tak ada sebab terlibat dengan program pendaftaran budak junior
so memang bosan gila la.
lecturer pun baru sorang je masuk...
lecturer kesayangan aku sebab aku totally suka dengan cara pemikiran dan tingkah laku beliau.
sem ini jadual hari isnin n selasa memang penat sebab kelas sampai petang...
subjek nampak je macam senang tapi bagi aku susah sebab nak kena buat rph...
serius aku memang la fail bab rph ni
sebab tu time exam haritu pilihan esay soalan untuk buat rph aku tak pandang lansung.
oh ya.... encik tu ada cakap politik semua dapat A
alhamdulillah bersyukur sangat....
untuk hari-hari yang seterusnya, saya akan cuba lalui dengan lebih tenang...
ini azam baru saya he3....

Saturday, June 26, 2010

BFF = best friend forever

well hari ni merupakan hari last bermalam di rumah... sob2x...
esok akan bermula balik kehidupan di maktab
saya malas nak pikir atau nak jangka pe yang akan berlaku kat maktab ni setiap kali bukak sem...
yang pasti, tiap kali bukak sem... pasti ada macam2x peristiwa menerujakan yang akan berlaku
penat la... malas nak peduli...
tadi sempat jumpa on of my best friend..
muda setahun dari saya tapi kami memang rapat...
dia dulu jiran saya...
setakat tumpang makan kat rumah dia ha3.... memang dah biasa dah
kadang2x tu siap lumba lagi siapa mandi lagi cepat
partner buat jahat + geng mengupat orang paling setia ha3 (keje wat jahat jekkk)
tapi sempat jumpa sekejap jer...
sepanjang 3 minggu cuti ni, sempat jumpa beberapa jam je.
hurm sedih la...
selalu kalau borak dengan dia, sepanjang hari pun tak habis.
banyak benda nak diceritakan...
saya selalu sedar, sebenarnya susah nak cari sahabat yang betul2x memahami kita...
jadi bila kita jumpa, peliharalah persahabatan itu sebaik-baiknya
to all my friends... i love u all so much...
dan kepada sahabat-sahabat blogger, terima kasih kerana sudi membaca karutan dan repekkan dari saya selama ini...
walaupun saya jarang comment kat blog anda, tapi saya selalu baca entry terbaru anda... percayalah he3...
saya sayang anda juga sahabat blogger....

Thursday, June 24, 2010

sem baru.... azam baru...

biasalah pelajar kan... setiap kali bukak sem baru mesti ada benda baru nak buat dan begitu juga saya. selepas menghabiskan cuti 3 minggu ni dengan bermalas-malasan dan mempebesarkan tubuh badan yang dah sedia besar... akhirnya saya cuba untuk menyiapkan diri dari segi mental dan fizikal untuk pulang semula ke maktab... sem depan saya ada beberapa list ataupun perubahan yang ingin dibuat.... antaranya ialah.......

1. saya nak potong rambut...(x da kene mengena lansung he3...) sebenarnya saya pernah terbaca perempuan jepun, kalau dia orang putus cinta or ada masalah ke... mereka akan memotong rambut sebagai simbolik mereka akan dilahirkan sebagai orang baru. yer saya nak cuba ubah sikap buruk + pemalas saya. lagipun korang mesti penat baca luahan kisah + duka + lara saya...malas dah nak berduka lara...tapi kalo ada gak....nasibla he3

2. saya nak jadi lebih pengemas... oh dalam kalangan adik beradik saya, bilik saya totally paling bersepah. kat katil tu, tak yah cerita la...sebab saya ni manusia yang buat kerja ikut mood.. jadi saya kena pastikan bilik selalu kemas. time mood spoil saya sampai, jangan harap la saya nak mengemas biar sebukit barang atas meja.

3. nak jadi lebih tegas... saya nak jadi manusia yang boleh keluarkan pendapat sendiri dan bukan selalu mendengar jer... katakan tidak pada benda tak nak dan ya pada benda nak buat. sikap buruk yang asyik berakhir dengan duka lara ni...kena cuba ubah.

4. cuba pikul tanggungjawab dengan ikhlas... actually tahun depan saya akan pikul satu tanggungjawab yang saya tak nak pikul. tapi terpaksa. jadi saya tengah cuba bersedia dan pikul tanggungjawab tu sebaik mungkin...

5. rajin buat @ kumpul nota... oleh sebab sem lepas, exam memang totally x tau nak cakap apa, last minit baru la terkejar-kejar nak cari nota untuk subjek tu n subjek ni...tahun ni cuba nak kumpul nota dulu. last minit baru baca (kikiki buruk punya perangai)

6. sayangkan diri sendiri... ha3 kedengaran macam selfish kan... tapi, bagi saya kalau kita tak sayang diri sendiri macam mana kita nak sayang orang lain dengan ikhlas. katakanlah kita cuba penuhi permintaan orang lain, tapi kita end up dengan sakit hati, tak guna juga kan. bila kita sakit hati, kita mula akan salahkan orang lain betul x? jadi saya menyeru kepada anda semua, sayangilah diri sendiri (nasihat x berapa berguna he3)

sebenarnya banyak lagi perkara nak dibuat, tapi benda tu harus dipupuk secara perlahan-lahan. saya cuba untuk menjadi diri yang lebih baik dan bakal guru yang lebih baik pada masa akan datang... sila doakan saya yer...

Tuesday, June 22, 2010

still marry me...


still marry me atau pun the woman who still want marry tajuk dier..
akhirnya habis jugak download citer ni minggu lepas.
sekarang dalam proses tengok cerita...
jalan cerita dia menarik and pelakon dia pun best...
macam biasa kim bum totally handsome....
*tengah dreaming dapat pakwe macam kimbum...

jalan cerita dia pasal perempuan yang umur lebih 30 an
berharap untuk berkahwin tapi masih tak jumpa jodoh....
akhirnya perempuan ni bercinta dengan kimbum yang 10 tahun muda dari dia...
masalahnya mak kimbum ni pun agak muda jugak la sebab dia lahirkan kimbum ni awal...
dari situ adalah conflict ditambah dengan macam-macam lagi conflict lain...
tapi cerita ni klakar jugak tau...
so kalo ada sesaper tengah mood nak berjiwang....
sila larh tengok cerita ini he3...
okeyh malam ni nak sambung tengok lagi...
bye2 sumer.....

Wednesday, June 9, 2010

kenapa.....yerk

tadi duk jalan2 di facebook....
melihat perkembangan terkini rakan-rakan....
x kira la yang baru atau lama
tetiba terlihat la profile rakan ku ini di sekolah menengah...
budak lelaki....
tengok gambar dia tetiba jer terdetik....
cepat jer manusia berubah hu3....
rakan ku ini....kira stok muka hensem la
+++ time sekolah tu stok memang boleh buat laki dengan menantu la...
juara hafazan tu.....wow (tepuk3x....)
tapi bila tengok gambar dia sekarang ni....
entahlah...tak tau nak describe macam mana...
mungkin masa duduk asrama dulu kita semua terjaga dari segi pergaulan, akhlak n lain2...
bila dah keluar asrama, semua bergantung pada diri sendiri...
setakat mana iman kita mampu menjaga peribadi kita.
bukan nak cakap aku baik...
aku pun teruk jugak....
tapi alhamdulillah, banyak benda yang masih terjaga dalam diri aku...
kiranya....malu aku masih terjaga...
bersyukur sangat....
semoga kita semua terpelihara dari sebarang sifat2x buruk....amin....

down with love....

assalamualaikum semua he3...
dah tengok tak drama taiwan tajuk down with love...
citer ni best giler....
baru jer habis tayang kat 8tv hari sabtu pukul berapa....saya tak tau
sebab saya tengok cerita ni kat youtube....
yer...terima kasih kepada youtube
hero dalam cerita ni dilakonkan oleh Jerry (yang berlakon meteor garden) n heroin pulak dilakonkan oleh Ella (ahli kumpulan S.H.E).
suka sangat tengok lakonan dia orang dalam drama ni sebab memang ada chemistry giler...


dalam drama ini....jerry memang super extreme hot giler....
ha3...dia pegang watak seorang peguam yang hebat tapi bila berdepan dengan orang dia suka, dia tak tahu nak buat macam mana....
arghhh.... tetiba rasa nak pakwe macam jerry.....lalalala
ella dalam cerita ni pun comel jerk he3...
apa-apa pun kalo korang nak tengok drama taiwan...saya suggest cerita ni kalau tak tengok lagi la...
selamat menonton....

Friday, June 4, 2010

cuti...cuti...cuti

alhamdulillah sudah selamat pulang ke rumah
setelah melalui satu minggu peperiksaan yang killer...
satu minggu duk sorang2 kat bilik (sebab roomate balik awal)
so....here i am ha3....
rindu........sangat dekat rumah ni.
oh hari tu kelab library ada buat lawatan ke kl
ala....lawatan macam budak skolah tu....
walaupun dah besar panjang tapi masih teruja pegi kl...
memang dasar manusia duk kat ceruk alam betul ha3...
kami buat lawatan ke library uni malaysia dengan muzium negara...
something interesting....kat muzium negara kami lawat tempat yang cerita zaman pra sejarah, zaman kesultanan melayu melaka, zaman british atau penjajah...
sangat seronok dan membangkitkan keinginan saya untuk sambung master dalam bidang sejarah...
tapi bila pikir balik saya mula berminat nak sambung master dalam bidang geografi
konpius....konpius....tolak ke tepi dulu la....
oh ya...dalam perjalanan pulang balik ke maktab...i found something that very interesting


tadaaa.........
nissan skyline.....kereta idaman saya....
erghhh sangat jeles sama orang yang bawak kereta itu....
kalau jual one drop perfume lepas tak nak beli kereta ni hehehehe....
sapa-sapa nak hadiahkan saya tak kereta ni?
saya janji saya akan jadi budak baik kalau dapat kereta ni lalalala