biasalah pelajar kan... setiap kali bukak sem baru mesti ada benda baru nak buat dan begitu juga saya. selepas menghabiskan cuti 3 minggu ni dengan bermalas-malasan dan mempebesarkan tubuh badan yang dah sedia besar... akhirnya saya cuba untuk menyiapkan diri dari segi mental dan fizikal untuk pulang semula ke maktab... sem depan saya ada beberapa list ataupun perubahan yang ingin dibuat.... antaranya ialah.......
1. saya nak potong rambut...(x da kene mengena lansung he3...) sebenarnya saya pernah terbaca perempuan jepun, kalau dia orang putus cinta or ada masalah ke... mereka akan memotong rambut sebagai simbolik mereka akan dilahirkan sebagai orang baru. yer saya nak cuba ubah sikap buruk + pemalas saya. lagipun korang mesti penat baca luahan kisah + duka + lara saya...malas dah nak berduka lara...tapi kalo ada gak....nasibla he3
2. saya nak jadi lebih pengemas... oh dalam kalangan adik beradik saya, bilik saya totally paling bersepah. kat katil tu, tak yah cerita la...sebab saya ni manusia yang buat kerja ikut mood.. jadi saya kena pastikan bilik selalu kemas. time mood spoil saya sampai, jangan harap la saya nak mengemas biar sebukit barang atas meja.
3. nak jadi lebih tegas... saya nak jadi manusia yang boleh keluarkan pendapat sendiri dan bukan selalu mendengar jer... katakan tidak pada benda tak nak dan ya pada benda nak buat. sikap buruk yang asyik berakhir dengan duka lara ni...kena cuba ubah.
4. cuba pikul tanggungjawab dengan ikhlas... actually tahun depan saya akan pikul satu tanggungjawab yang saya tak nak pikul. tapi terpaksa. jadi saya tengah cuba bersedia dan pikul tanggungjawab tu sebaik mungkin...
5. rajin buat @ kumpul nota... oleh sebab sem lepas, exam memang totally x tau nak cakap apa, last minit baru la terkejar-kejar nak cari nota untuk subjek tu n subjek ni...tahun ni cuba nak kumpul nota dulu. last minit baru baca (kikiki buruk punya perangai)
6. sayangkan diri sendiri... ha3 kedengaran macam selfish kan... tapi, bagi saya kalau kita tak sayang diri sendiri macam mana kita nak sayang orang lain dengan ikhlas. katakanlah kita cuba penuhi permintaan orang lain, tapi kita end up dengan sakit hati, tak guna juga kan. bila kita sakit hati, kita mula akan salahkan orang lain betul x? jadi saya menyeru kepada anda semua, sayangilah diri sendiri (nasihat x berapa berguna he3)
sebenarnya banyak lagi perkara nak dibuat, tapi benda tu harus dipupuk secara perlahan-lahan. saya cuba untuk menjadi diri yang lebih baik dan bakal guru yang lebih baik pada masa akan datang... sila doakan saya yer...
No comments:
Post a Comment