Monday, August 23, 2010

polaroid camera

assalamualaikum semua...
weee....
dah lama nak benda ni.... serius nak giler

tadaa....

ni la polaroid camera....
polaroid camera ni kalau kita tangkap gambar dia keluar gambar terus...
so tak payah susah2 cuci gambar....
cuma nak tangkap shoot2 menarik tu jangan mimpi la...
yang bestnyer polaroid camera ni, kita dapat buat diari bergambar n sebagainya
serius kalau aku ada duit memang nak sangat benda ni..
ni brand fujifilm
aku dah usyar benda ni...
ikutkan hargar kamera ni aku mampu jer beli
harga dia just RM 300 jerk
but harga filem dier memang sakit sebab 1 kotak rm 30
dan dalam satu kotak just ada 10 keping gambar jerk
so...aku memang tak kan mampu beli sebab macam membazir jerk wat masa ni
benda ni rasanya tak ada jual kat malaysia
kalo ada pun susah nak jumpa
aku jumpa benda ni pun kat blog yang jual online...
dia cakap dealer dia memang ambil terus dari jepun so nak beli filem pun dengan dia jugak
aku pulak memang bukan jenis membeli online
+++ sem ni duit memang kering hu3
so lupakan dulu niat tu sementara waktu..
jom cari benda lain yang boleh dibeli.....

Saturday, August 21, 2010

already miss it

hari ini hari sabtu yang dimana maktab aku ada kuliah ganti...
yes of course x best lansung.
dah la tak ada air kat asrama....
arghhhh x selesa lansung....
tapi aku still mandi lagi okeyh hu3....
minggu ni yes sangat buzy....
kami tengah organize projek kewarganegaraan
alhamdulillah buat masa ni semua berjalan lancar...
pada mulanya kami nak buat pertandingan mencipta model
sebab ada beberapa kekangan waktu dan kertas kerja kami masih tak diluluskan....
kami go on dengan plan b iaitu buat kempen...
bahan pameran kami guna model-model hasil daripada pertandingan itu nanti...
that's mean kami akan laksanakan aktiviti pertandingan tu sebagai salah satu aktiviti kewarganegaraan but
untuk projek kami dah sebulat suara untuk adakan kempen...
tapi yang tak bestnyer projek ni... buat aku rasa sangat annoying kat sesetengah orang..
tapi just stop kat situ
malas nak cerita panjang sangat mana tau nanti kena sebar plak
untuk tajuk di atas....
aku sedang menghitung hari untuk balik rumah....
lagi 5 HARI
rindu.... adik, mak, abah, katil n of course streamyx kat rumah he3...
balik nak download cerita banyak2....
aku tak nak duduk kat sini di mana setiap hari puasa aku hanya tambah dosa...
sebabnya annoying dengan orang, kutuk orang.... dan pahala puasa aku NOTHING....
bila aku duk rumah, kurang skit wat benda tak molek...
so....marilah kita banyak2 beristighfar daripada mengupat, mengata orang lain
hai hati tolonglah bersabar untuk 5 HARI LAGI...

Sunday, August 15, 2010

mungkin saya akan sibuk.....

salam semua...
sementara nak menunggu waktu sahur ni sempat la nak berblogging skit
dah masuk hari kelima kita berpuasa dan alhamdulillah,
saya masih dapat menunaikan ibadah puasa serta solat tarawikh berjemaah sampai sekarang.
di kesempatan ini saya nak mengucapkan selamat berpuasa semua...
maaf sebab dah hari ke lima baru dapat wish he3...


puasa tahun ni rasa lain skit
x macam tahun2 lepas...
mungkin sebab nanti dapat puasa 2 minggu kat rumah
lepastu sambung cuti raya seminggu...
seronoknyer larh........
tapi untuk berseronok-seronok time raya & cuti
kami perlu menyiapkan segala kerja-kerja bertimbun kat maktab ni sekarang
buat masa ni, dapat assignment yang perlu organize satu projek kewarganegaraan...
yes!!! sebab tu buzy sampai dapat tengok muka roomate pun
berapa kali je sehari ha3 (tipu giler)
rakan blogger tolonglah doakan supaya projek ni berjalan lancar okeyh....
apa-apa pasal projek ni or sama ada projek ni berjaya atau tidak akan diupdate kemudian...
itu baru kerja projek belum masuk segala ISL, tutorial dengan segala jenis fail yang kene siapkan

hanya mampu bersabar jer la...
moga saat macam ni cepat berlalu..... :-o

Friday, August 13, 2010

adik angkat ku....



salam semua...
nak cerita pasal adik angkat orang asli yang kami dapat jumaat lepas.
sorry sebab dapat adik angkat jumaat lepas tapi jumaat ni baru boleh cerita...
totally buzy dengan banyak kerja yang perlu disiapkan
okey back to the story...
adik angkat aku namanya norma a/p bahari...
budak ni tak gaya orang asli sangat
dia macam style orang asli moden....
sumer orang jealous dengan adik angkat kami ki3....
norma ni macam kami gak...minat korea...
adik memang best la
lepastu dia baik................sangat
kira macam menurut arahan jerk
tengok adik angkat orang lain dah lesap ke mana dah pun....
malam jumaat tu ada dinner untuk adik angkat
tema malam tu ialah kerjaya.
kami hiaskan adik kami jadi setiausaha....itu pun pakai tangkap muat dengan baju yang ada
tapi alhamdulillah kami menang jugak....
*adik norma....

norma just bermalam satu hari je kat bilik kami...
petang sabtu dia dah berangkat pulang dah...
masa dia nak pergi tu agak sedih...
walaupun sekejap serius aku suka gila budak norma ni....
to norma... kamu kena belajar rajin-rajin ok
semoga kamu berjaya mencapai cita-cita kamu...
akak akan rindu sama kamu okey.........

Thursday, August 5, 2010

birthday party...

semalam sambut birthday party roomate aku..
setelah berjaya merancang dengan member-member yang lain,
kami berjaya membuat surprise dekat roomate aku ha3...
banyak giler aku makan semalam.
selain daripada makan kek yang aku n member aku lagi sorang belikan,
aku jugak melantak mee sup.
pastu share chiken chop dengan roomate aku
makan fries dan last sekali rembat sate member aku yang berapa cucuk ntah...
ha3 perut rasa macam apa jerk
tapi serius memang seronok sebab minggu ni asyik tension jerk sekali sekala keluar seronok jugak.




ni kek birthday roomate aku
maafla sebab tangkap guna handphone hina jadi gambar macam tak selera lansung
tapi serius kek ni sedap gila sebab ia ditabur cip2 coklat
aku tak sentuh pun kek sangat tapi duk sibuk ratah cip coklat tu ha3...
gambar makanan lain???
maaf tak sempat nak amik sebab perut kebulur giler....teheeeee

p/s: esok akan dapat adik angkat orang asli. dia akan bermalam satu malam kat bilik aku. aku dapat adik form 3 dari smk sungai koyan...cerita pasal adik angkat ni akan dilanjutkan seterusnya......

Wednesday, August 4, 2010

murid kurang ajar @ bodoh???

pagi tadi sebelum pergi kelas
sempat tengok satu video kat youtube
video tu bertajuk murid kurang ajar...
rasanya disiarkan kat tv kot...entahlah aku pun tak pasti
murid tu bertekak mulut dengan cikgu
dan dia jugak hampir nak memukul guru dia...
sepanjang aku tengok video tu secara keseluruhannya pada pendapat aku
murid tu mungkin buat jahat kerana inginkan perhatian
tapi bagi kebanyakan minded cikgu, murid buat jahat dan mereka menyusahkan...
aku dapat tangkap sikit kata-kata budak tu
dia cakap, "cikgu tak pernah peduli perasaan saya dan tak pernah tanya kenapa saya buat macam tu..."
agak susah sebenarnya berdepan dengan situasi bersama pelajar bermasalah
sebab cikgu sendiri ada banyak masalah yang perlu diuruskan selain masalah pelajar
guru juga berdepan dengan tekanan ibu bapa yang semakin memanjakan anak serta tekanan daripada pihak pentadbir itu sendiri...
tapi apa yang penting ialah janganlah hanya kerana budak itu bermasalah, guru melayan mereka sebagai seorang yang tak berguna...
sebab kemungkinan besar, mereka mempunyai bakat dan kebolehan lagi bagus daripada budak-budak yang selalu dapat straight a dalam exam.
lagi satu yang pernah aku perhatikan semasa menjalankan pengalaman berasaskan sekolah (pbs)
bila kelas belakang, cikgu selalu nyatakan bahawa satu kelas itu bermasalah...
sedangkan bukan semua budak kelas itu berperangai sedemikian
jadi perkara macam ini akan membantutkan keinginan sesetengah pelajar yang ingin berubah.
sepanjang aku melaksanakan pbs, aku tak mempunyai masalah besar dengan budak kelas belakang
tadi, sewaktu kat kelas
ada pembentangan yang dijalankan oleh beberapa classmate aku.
lepastu salah seorang classmate aku menyatakan macam mana nak menarik minat pelajar untuk melaksanakan aktiviti secara berkumpulan sedangkan dia memang tak nak bercampur dengan orang lain.
tiba-tiba ada salah seorang classmate aku menyatakan sesuatu perkara, yang pada pandangan aku tak baik untuk didengar...
jangan labelkan pelajar sesuka hati sebab tak mustahil pelajar juga melabelkan kita suatu hari nanti dengan label seperti guru entah apa-apa dan sebagainya....
mungkin classmate aku bergurau tapi bagi aku inilah masa untuk kita melatih diri sebelum masuk ke alam perguruan yang sebenar...
lagipun kita harus sedar, kebanyakan pelajar terutama sekolah rendah akan ingat cikgu yang pernah meninggalkan kesan buruk dalam memori mereka
aku sendiri berani mengakui aku masih ingat cikgu yang memberi memori buruk dalam hidup aku...
jadi aku berdoa supaya kerjaya yang akan aku ceburi ini akan berjalan lancar suatu hari nanti...
amin.......

Tuesday, August 3, 2010

ogos yang penat....

bulan ogos dimulakan dengan banyak kerja yang memenatkan...
ada jugak salah aku sebab selalu tangguh buat kerja...
tapi ada sesetengah pensyarah plak asyik nak kerja cepat jerk
letihla macam ni....
hari ni 3/8 tak yah cakap la....
pagi-pagi lagi air kat semua blok perempuan tak ada...
cis!!!!
nasib baik aku memang simpan air dalam tong....
lepastu time kelas aku kena siapkan slide bm.
sebab turn aku nak bentang akan tiba...
mungkin time malam ada kelas ganti bm
balik dari kelas, air still tak ada...
jadi aku pun pegi la solat kat surau....
kelas petang, pensyarah pj nak aku siapkan RPH pj secepat yang mungkin
kalau boleh hari ini juga....
tapi lepas deal dengan encik tu, dia bagi tempoh sampai esok....
terkejar-kejar aku nak balik bilik untuk ambil laptop
lepastu, ajk bm cakap kelas tak ada malam ni
apa yang paling best,
rupa-rupanya subjek bm yang aku belajar untuk sem ni salah
memang buat aku baran la...
buat penat jer siapkan slide
kelas habis pukul 5
lepas balik kelas n makan,
pegi solat kat surau sebab takut air still tak ada kat blok...
alhamdulillah, petang air dah ada kat blok
malam ni nak kena siapkan RPH...
hishhh aku memang malas la nak buat RPH ni....
time jadi guru pelatih jer kena buat RPH panjang berjela-jela.
nanti time jadi guru....buat sikit jerk
biler la nak jadi cikgu ni hu3.....