Monday, January 31, 2011

hujan yang turun......

assalamualaikum readers....

perasan tak sekarang ni asyik hujan

especially kat kuantan

lepas hujan jer..... berhenti kejap....... lepastu hujan balik

bila hujan mestilah air jadi sejuk!

maaf keluarga kami tak kaya. tak mampu beli pemanas air

bila air dah sejuk, mestila malas mandi

hujan = air sejuk = malas mandi = kambing

kambing???

eh...saya mandi la cuma malas jer sikit.

tapi saya mandi tau,

betul,

percayalah!!!


hi, walaupun saya tak mandi tapi kita still kena maintain macho...
senyum.......... teruskan senyum........

Sunday, January 30, 2011

saya nak jugak!!!

tadi rummate mesej....

anah ko tau kat sogo ada sale macam-macam....bla...bla..bla....

saya,  membalas dengan ayat baik hati..... 

"seronoknya, bestnye, bagusla....."

dalam hati.................NAK JUGAK SHOPPING!

kenapa??

kenapa time ada duit saya tak boleh beli benda yang best....

sedih la macam ni (ayat nak mintak penumbuk)


ada sesiapa nak bawak saya pegi shopping x? saya janji lepas ni saya x nakal lagi

kenapa saya rasa annoying untuk benda kecil ini

assalamualaikum n hello readers,
tiba-tiba jer rasa nak tulis entry tentang rasa annoying saya ni
kalau readers rasa annoying sekarang baik berhenti baca.
sebab saya tak jamin keselamatan laptop dan komputer readers,
yang mungkin pecah dan berkecai sebab annoying baca entry mengarut saya ni.

1. kenapa saya rasa annoying bila orang di sesetengah negeri rasa apa loghat negeri dia orang tu betul.contoh yer macam ada negeri panggil cili tu cili, ada yang panggil cabai. tapi dia orang rasa penggunaan istilah cili lagi betul daripada cabai atau sebaliknya. tak kan benda macam ni pun nak buat gaduh bahasa tu kan medium perpaduan....mak tak suka la.... (bluwekkkkkk). * ini sekadar contoh okey!!!*

2. rasa annoying bila orang terus menjatuhkan hukuman tanpa menyiasat dulu apa yang berlaku. ada sesetengah orang rasa macam semua orang asyik nak kenakan dia jerk. macam la kau mulia sangat...yang ini memang rasa annoying membara-bara.

3. rasa annoying sebab ada sesetengah orang cakap tak serupa bikin. contoh macam aku tak suka tunggu
orang. sebab tu aku tak akan buat orang tunggu aku. tapi padahal perkara yang berlaku sebaliknya...

4. korang mesti dah start annoying dengan saya kan....jadi tolong jangan annoying okey hehehe


p/s: gambar memang muka nak mintak penampar....(cuba kira berapa banyak perkataan annoying tu)

Saturday, January 29, 2011

kenapa semakin kita besar semakin takut???

salam semua readers......
tajuk macam pelik jer kan
besar tu bukan bermakna badan kita yer
tapi kedewasaan (cececehhhhhh macam tu pulak)
terfikir pasal perkara ni masa nak bukak akaun ASNB
nak menyimpan pulak sebab tak tahu lagi apa yang akan berlaku bila keluar kerja nanti

berbalik pada tajuk asal...
kenapa saya takut bila dah semakin membesar ni...
sebabnya rasa banyak perkara yang perlu dibuat keputusan sendiri
lepastu banyak benda yang perlu difikir...
especially tentang masa depan lah...
macam member-member saya, ada antaranya dah main pelaburan
duit pun dah berkepuk-kepuk dalam bank tu.
saya ni pulak baru nak start menyimpan hehehe
rasa dah lambat pun ada...
tapi bagi saya perkara yang baik ni tidak pernah ada istilah lambat untuk memulakannya.

selain bukak akaun ASNB, saya pun dah start ambil insurans untuk diri sendiri...
yer la kan, tahun lepas dah dua kali accident
lepastu kena diagnosis dengan penyakit.
mula-mula ragu jugak sebab macam tak bersedia jer
rasa macam, oh bapak aku ada ambil kot insurans untuk aku...
rasa macam hopeless giler sebab asyik bergantung kat parents jerk
tapi kawan saya nasihat, tak apa lagi banyak insurans lagi bagus
benda ni untuk kebaikan kau jugak

saya rasa untuk tahun ni saya perlu menjadi lebih bertanggungjawab untuk diri sendiri.
yer lah kalau saya dah ada simpanan,
at least bila jadi cikgu mula-mula dan duit pun tak ada
saya still ada simpanan serta tak akan susahkan my parents nanti.
insurans tu pulak,
kalau parents saya ada ambil insurans untuk saya pun,
at least jika sesuatu berlaku pada saya
insurans yang saya bayar tu mungkin dapat meringankan lagi beban parents saya.
saya rasa dengan cara ni jugak mungkin saya dapat belajar menjadi lebih bertanggungjawab
terhadap keluarga saya nanti kan...
jadi saya rasa ketakutan tu satu perkara yang perlu diatasi
untuk belajar apa erti tanggungjawab
betul tak???






p/s: mahu melangkah pergi ke zaman kanak-kanak sebab rasa banyak benda tak payah pikir (adakah ini dinamakan konflik remaja?) = sila muntah beramai-ramai

Tuesday, January 25, 2011

Random 003

orang selalu berkata....

aku sakit hatila dengan kata-kata kau....

tapi pernah tak orang yang berkata tu terfikir?

dia juga pernah menyakitkan hati orang yang mengeluarkan kata-kata itu...

mahupun hati pihak lain...

jadi, jika kamu tak nak sakita hati disebabkan kata-kata orang lain...

jaga percakapan kamu dari mula!!!





p/s: motivasi di pagi hari. gambar x da kaitan.....(sumber google)

Thursday, January 20, 2011

adat berkawan

"a true friends is someone who sees pain in your eyes while everyone else believes the smile on your face..."

amik ni daripada status member saya di facebook
semalam saya buat satu entry yang saya tak boleh tahan dah
hari ni saya just nak share something dengan member-member yang lain
anda kalau berkawan macam mana?
saya senang cakap bukanla kawan yang baik
serious!!!
mulut memang lazer...
pernah member saya cakap kalo ko bukan kawan aku memang makan penampor dah he3
saya ni jenis bergurau pun kasar.
tapi alhamdulillah saya jumpa kawan-kawan yang sangat baik.
yang bersabar dengan perangai n kerenah saya.
saya ni tak tau nak tunjuk rasa sayang saya ni macam mana.
maybe saya ada banyak buat silap dalam persahabatan saya selama ini
tapi kalau saya buat silap betulkan saya...
kadang-kadang saya susah nak sedar kalau tiada orang yang menyedarkan saya...
jangan berdiam diri macam tu jer
sedih tau kalau orang yang selalu bergurau dengan kita tiba-tiba berdiam diri
thanks sebab sudi tegur saya tadi...
saya tak tahu awak baca blog saya ke tidak....
tapi saya nak mintak maaf kat awak kalau saya banyak buat silap dan salah
saya pun nak ambil kesempatan ini nak mintak maaf dekat member2 yang dah lama berkawan.
n dekat rakan-rakan blogger
kalau ada penulisan saya yang tidak menyenangkan hati anda semua
i'm sorry....


p/s : entri jiwang di petang hari

Wednesday, January 19, 2011

malas dah.....

lantak ko la.....
ko nak buat apa
malas aku peduli dah....
ko kutuk orang tapi ko pun sama gedik
2 x 5
MALAS NAK TENGOK MUKA KO LAGI


Saturday, January 15, 2011

adik mau jadi cikgu ka???

salam n hello semua
disebabkan internet maktab aku laju giler pagi ni
jadi saja je nak update something
well hari tu maktab kami ada buat ceramah (banyak betul ceramah)
sekarang kan kita akan menjalankan liberalisasi pendidikan
liberalisasi pendidikan bermaksud latihan guru akan dibuka kepada ipta dan ipts
mula-mula saya ingat just ini je yang dimaksudkan dengan liberalisasi pendidikan
sebab benda ni memang dah sedia maklum dah n dah lama dijalankan.
tapi bila tuan penceramah menyatakan bahawa,
penempatan kami di sekolah tidak akan dijamin seperti sebelum ni,
bagi adik-adik yang nak masuk maktab, kalau tak silap mulai tahun 2012,
elaun tidak lagi diberikan n adik-adik kena mohon PTPTN.
jadi, bagi sesiapa yang berminat nak jadi cikgu hanya sebab diberi elaun n dijamin dapat kerja...
sila fikirkan semula sebab perkara itu sudah mustahil untuk berlaku.

kalau dilihat perkara macam ni ada baik dan buruknya.
dari segi baiknya, persaingan yang sihat akan berlaku dikalangan guru-guru
tak adalah guru yang hanya tahu berseronok jer kat maktab janji tak fail
sebab penempatan dah terjamin n elaun dah gerenti ada.
negara kita mampu melahirkan guru yang terbaik supaya
kualiti pembelajaran generasi akan datang juga turut menjadi baik juga...
tapi, dari segi buruknya ialah, kalau kami keluar nanti penempatan kami tak terjamin,
kami tidak dapat mencari kerja lain sebab opsyen dan bidang kami hanyalah sebagai guru semata-mata
tak kan nak pi mintak keje kat pizza hut kot....
tapi bagi saya benda macam ni la cabaran buat kita.
kalau nak penempatan terjamin, kenalah usaha lebih gigih kan....
orang dah bagi makanan, makanlah sendiri.
tak kan la nak kena suap pulak
sama seperti orang dah bagi peluang...
kenalah pandai gunakan peluang yang ada.
tak kan semua benda nak disediakan jer.....
okay fikir-fikirkan sendiri....

Tuesday, January 11, 2011

KSSR & Pendidikan Seks

salam n hello readers....
hari ni saya nak membincangkan mengenai KSSR
KSSR stands for KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
kurikulum ini telah dilancarkan kalau tak silap saya pada tahun ini bermula dengan murid darjah 1.
pagi tadi kami telah diberi taklimat berkaitan KSSR ini.
iyalah sebagai bakal guru, kami mestilah ambil tahu pasal isu-isu pendidikan yang sentiasa berubah ni.
bedasarkan apa yang dapat saya lihat terdapat sedikit perubahan dari segi mata pelajaran mahupun mata pelajaran masih sama, cuma nama sahaja yang diubah.
jumlah peruntukan waktu bagi setiap mata pelajaran juga turut berubah.
bagi ibu bapa yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan KSSR ni,
anda boleh sahaja pergi ke laman web bahagian pembangunan kurikulum.
di sana terdapat beberapa info berkaitan KSSR ini.

kalau anda semua rakyat yang perihatin, mesti anda tahu apa isu yang hangat dikaitkan dengan KSSR ni.
ya semestinya isu yang paling hangat ialah mengenai Pendidikan Seks
saya tak perihatin sebab saya baru tahu pasal perkara ni bila diberi taklimat tadi he3......
sebenarnya saya cuma nak membuat hebahan bagi membetulkan salah faham yang berlaku.
tidak ada subjek Pendidikan Seks pun yang diajar di sekolah.
yang ada cumalah Pendidikan Kesihatan....

salah faham ini berlaku apabila media-media tempatan yang menghebahkan berkaitan pendidikan seks ni.
lihat betapa hebatnya pengaruh media sehingga yang betul boleh jadi salah dan yang salah boleh jadi betul!
apa yang telah diberitahu kepada kami sewaktu taklimat tadi,
semasa temu bual antara pihak akhbar (tak perlu beri tahu) dengan pengarah pembangunan kurikulum (kalau tak silap saya) tidak pernah pengarah tersebut mengeluarkan perkataan pendidikan seks.
namun, apa yang ditulis agak mengecewakan......
lagi pun jumlah jam untuk murid belajar di sekolah rendah agak terhad.
sehingga kini setiap pihak memperjuangkan jumlah jam bagi subjek masing-masing untuk diajar dan dipelajari di sekolah. cuba bayangkan kalau kita tambah lagi satu subjek.....?
isu pendidikan seks ini juga timbul disebabkan faktor-faktor politik juga.
tapi benda ni tak perlu la saya ulas panjang sebab nanti tak pasal-pasal masuk court kan.

bagi saya, subjek yang diajar di sekolah ni dah cukup menarik.
mungkin terdapat kekangan dari segi masa tapi saya rasa anda semua pun dapat fikir kan....
kita nak membangunkan murid dari segi rohani, jasmani, intelek, sosial dan emosi.
tapi kalau budak asyik belajar jer....lepastu sakit pun tak berguna jugak.
pembelajaran juga tak semestinya berlaku dalam kelas....
kebanyakan orang-orang pandai kat dunia ni pun tak mengikuti pembelajaran formal.
saya bukan bermaksud pelajar tak perlu belajar.
tetapi pelajar juga perlu ada life sendiri dan belajar melalui pengalaman.
barulah pembelajaran mereka lebih bermakna dan bukan sekadar belajar untuk periksa.
ini sekadar pendapat saya, terpulanglah kepada anda semua untuk memikirkannya.

Sunday, January 9, 2011

Birthday Celebration


salam n hello semua
petang jumaat hari tu member semua ajak pergi makan kat Pahang Club
so, oleh sebab dah lama tak berjimba di Kuala Lipis yang tercinta ni
kitaorang pun pakat-pakat nak pergi pukul brapa dan sebagainya.
restoran Pahang Club kat lipis ni boleh dikatakan taraf hotel lima bintang di KL.
jadi kamu semua bolehla anggap bahawa saya menikmati makanan di hotel 5 bintang.
 
sampai kat Pahang Club dalam pukul 6 lebih terus duduk and pesan makanan.
ada member2 yang dah sampai lagi awal
masa duduk tu nampak selang satu meja ada member maktab yang dah kenal.
yang peliknya dia orang dah habis makan tapi still tak berambus lagi.
time tu duk la bising-bising macam restoran tu bapak masing-masing ada share kan.

lepas makanan sampai pe lagi bismillah dan terus makan....
masa tengah makan tu orang restoran kat kedai tu duk la pasang lagu happy birthday dalam 3 kali
saya pulak memang kaki penyibuk yang azali duk la mencari sape yang sambut birthday tu.
time tu member-member lain pun turut sama menelengkan kepala masing-masing.
lepastu sambung makan balik.
time tengah makan penuh bernafsu tu orang kedai datang bawak kek birthday
dah la bawak betul-betul depan saya
masa tu nak cakap "eh bang silap ni kami tak sambut birthday pun"
tapi sebab time tu jugak member semua nyanyi lagu birthday, baru perasan yang dia orang sambut birtday saya n k.sal.
meh layan gambar plak....oleh sebab saya malas gambar ni tak ikut turutan



me n my roomate



birthday gurl (bluwekkkk ambil baldi dan muntah beramai-ramai)
me lahir 20/12 n k.sal plak lahir 23/12


k.sal n k.ngah.....(k.ngah perancang utama)


member-member yang datang celebrate dari kiri tikah, budak junior, ija, ye@mariam, ita, gee n k.sal. budak gee ni la punya keje sampai lagu birthday main 3 kali.

 
kek birthday....ni kek birthday yang sama dengan kek ayu. nampak sangat kek birthday kat lipis ni dah tak da yang lain ha3....

thanks okey tu member-member yang tolong sambut birthday ni
tak tau nak cakap aper dah
korang memang best. hope our friendship berkekalan sampai bila2
love u all...

Thursday, January 6, 2011

Dating bersama Doktor...

salam n hello semua.....
oleh sebab selama 21 tahun saya telah bernafas kat muka bumi ini 
tanpa pernah dating dengan siapa-siapa
akhirnya saya buat keputusan untuk dating bersama doktor....
kami berjumpa di satu bilik khas.....
untuk menjalankan sesi..................ermmmmmmmm


hurmmmmmmmmm
sesi APPOINMENT LA....
hahaha mulai hari ni saya akan selalu berdating dengan doktor-doktor
di Hospital Kuala Lipis
sigh.....malas sebenarnya nak pergi hospital
nak menambahkan pengecualian kuliah yang malas ni.
lepastu nak buang masa kat hospital untuk tunggu giliran.
x best
kalau doktor hensem tak pa jugak 
ni doktor hurmmmmmm


 

*** kalau dapat doktor macam ni hari-hari datang hospital pun sanggup***


lepastu tiba-tiba rasa menggatal nak pegi tengok blood type saya jenis apa
lepas buat ujian dapat tahu blood type saya jenis O+ hu3.....
bangga kejap....tapi bila nurse cakap nanti awak bersalin payah nak cari darah
muka saya jadi kelat....
hohoho tak mau la kawan dengan nurse pas ni
menghampakan perasaan suci saya je he3



ni adalah contoh personaliti darah jenis O

Jenis Darah O Adalah pejuang (Warriors).
Mereka ‘outgoing’, ‘expressive’, dan ‘passionate’. O sangat bermotivasi dan mempunyai ciri pemimpin semulajadi. Dikurniakan rasa kewujudan yang kuat, tidak takut untuk mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan menang, seorang ahli sukan semulajadi.

Peribadi Asas:
Memastikan objektif jelas, sangat yakin dengan diri, jujur, optimis dan bertenaga.

Kadar Toleransi:
Kekuatan dan kecekalan bergantung kepada matlamat mereka, mudah mengalah jika kerja dirasakan sia-sia.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Positif tentang masa lampau, oleh itu tidak menyesali masa silam, mencari kestabilan kewangan di masa hadapan.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Selalunya bersikap tenang, sensitif dengan keikhlasan, memberikan pandangan terbuka dengan jujur secara terus.

Bagaimana mereka bekerja:
Keupayaan menumpukan perhatian bergantung pada keadaan, biasanya lebih gemar memimpin, boleh mengabaikan perkara terperinci.

well hampir 50% yang diperkatakan adalah betul tapi ahli sukan semulajadi tu totally salah ha3
tapi tak kisah la yang penting kita kena tau jenis darah sendiri
supaya senang nanti bila berlaku sesuatu terhadap diri sendiri mahupun orang yang kita sayangi di masa hadapan betul tak? he3
 ok semua renung-renungkan dan selamat beramal...

Tuesday, January 4, 2011

bloglist istimewa untuk blogger baru

sudah di tag sama cik kure-kure aka my junior asma
seronok raser dapat tag ni



tag kali ni berkenaan pasal blogger baru
terima kasih kepada blogger ashfantasy24 sebab anjurkan benda macam ni
actually saya wujudkan blog ni bukanla sebab nak kumpul follower semata2
tapi sebenarnya saya just nak berkongsi pengalaman sepanjang bergelar bakal guru dan insyaallah bergelar guru plak...
tetapi dapat berkongsi pengalaman dengan blogger2 lain pun seronok jugak....
sebagai blogger baru macam2 ilmu saya boleh dapat

untuk itu saya ingin tag...
huda
akma
yaizu63....

sila ke LINK ini okey

Sunday, January 2, 2011

udah sampai maktab dong.

udah sampai maktab,
tadi ambil kunci macam orang kebuluran berebutkan makanan...
semua nak cop blok best2x
korang ni ambil je la blok lama korang
duk sibuk nak blok baru buat apa...
ayat masih tengah beremosi...ha3
nasib baik still dapat blok yang sama jadi hati tenang sedikit
sudah siap kemas, gosok baju dan solat...
sekarang, jom tidor!!!
eh2x....jangan mimpi la sebelum tidor mesti layan cerita dulu....
lepastu mula la rasa cerita tu makin best n tak boleh lepaskan episod yang seterusnya...
lepastu mula la tidur lambat,
lepastu mula la bangun lambat..............oh harap2x la tak berlaku benda tu
akhir sekali, saya ingin ucapkan selamat memulakan persekolahan kepada budak-budak sekolah, guru-guru dan bakal2 guru sekali......
jangan nakal2 yer

Saturday, January 1, 2011

welcome 2011

assalamualaikum n hello readers
tadi jalan-jalan kat blog orang lain rata-ratanya buat entry pasal kedatangan tahun baru ni
so, saya yang tak tahu malu dan kaki sibuk ni pun turut nak buat entry serupa jugak
alhamdulillah sempena tahun 2010, kebanyakan wish saya telah dapat ditunaikan...
wish last minit iaitu nak dapatkan meja laptop telah ditunaikan oleh ayah sendiri
seronok sangat.... thanks abah. you are the great father in the world!!!
untuk tahun 2011 mestila saya ada wish yang tersendiri.
saya harap tahun 2011 ni:

1. saya harap saya dapat buat yang terbaik dalam semua bidang sebab tahun ni saya akan mula praktikum. saya rasa dari segi cara saya mengajar masih banyak yang perlu diperbaiki so, saya nak buat yang terbaik.

2. saya harap, saya dan keluarga serta rakan-rakan dikurniakan kesihatan yang baik dan dijauhi daripada segala kecelakaan sebab sem lepas dah 2 kali accident he3

3. ada beberapa barang yang ingin dimiliki untuk tahun ini tapi, saya akan tunggu dulu. duit ada tapi banyak benda yang perlu digunakan untuk tahun ni especially nak kena keluarkan duit bagi bahan mengajar dan sebagainya, so kalau ada duit lebih pasti boleh miliki barangan tu.

4. akhir sekali, sebagai seorang pelajar dan anak saya harap saya dapat lulus cemerlang dalam peperiksaan serta cemerlang dalam bidang lain. saya pun harap dapat menjadi anak solehah dan sentiasa membahagiakan orant tua saya.


buat masa ni itu lah antara wish saya....saya harap rakan-rakan yang lain juga berjaya mencapai azam mereka sendiri okey dengan ini saya ingin mengucapkan: