Tuesday, January 11, 2011

KSSR & Pendidikan Seks

salam n hello readers....
hari ni saya nak membincangkan mengenai KSSR
KSSR stands for KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
kurikulum ini telah dilancarkan kalau tak silap saya pada tahun ini bermula dengan murid darjah 1.
pagi tadi kami telah diberi taklimat berkaitan KSSR ini.
iyalah sebagai bakal guru, kami mestilah ambil tahu pasal isu-isu pendidikan yang sentiasa berubah ni.
bedasarkan apa yang dapat saya lihat terdapat sedikit perubahan dari segi mata pelajaran mahupun mata pelajaran masih sama, cuma nama sahaja yang diubah.
jumlah peruntukan waktu bagi setiap mata pelajaran juga turut berubah.
bagi ibu bapa yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan KSSR ni,
anda boleh sahaja pergi ke laman web bahagian pembangunan kurikulum.
di sana terdapat beberapa info berkaitan KSSR ini.

kalau anda semua rakyat yang perihatin, mesti anda tahu apa isu yang hangat dikaitkan dengan KSSR ni.
ya semestinya isu yang paling hangat ialah mengenai Pendidikan Seks
saya tak perihatin sebab saya baru tahu pasal perkara ni bila diberi taklimat tadi he3......
sebenarnya saya cuma nak membuat hebahan bagi membetulkan salah faham yang berlaku.
tidak ada subjek Pendidikan Seks pun yang diajar di sekolah.
yang ada cumalah Pendidikan Kesihatan....

salah faham ini berlaku apabila media-media tempatan yang menghebahkan berkaitan pendidikan seks ni.
lihat betapa hebatnya pengaruh media sehingga yang betul boleh jadi salah dan yang salah boleh jadi betul!
apa yang telah diberitahu kepada kami sewaktu taklimat tadi,
semasa temu bual antara pihak akhbar (tak perlu beri tahu) dengan pengarah pembangunan kurikulum (kalau tak silap saya) tidak pernah pengarah tersebut mengeluarkan perkataan pendidikan seks.
namun, apa yang ditulis agak mengecewakan......
lagi pun jumlah jam untuk murid belajar di sekolah rendah agak terhad.
sehingga kini setiap pihak memperjuangkan jumlah jam bagi subjek masing-masing untuk diajar dan dipelajari di sekolah. cuba bayangkan kalau kita tambah lagi satu subjek.....?
isu pendidikan seks ini juga timbul disebabkan faktor-faktor politik juga.
tapi benda ni tak perlu la saya ulas panjang sebab nanti tak pasal-pasal masuk court kan.

bagi saya, subjek yang diajar di sekolah ni dah cukup menarik.
mungkin terdapat kekangan dari segi masa tapi saya rasa anda semua pun dapat fikir kan....
kita nak membangunkan murid dari segi rohani, jasmani, intelek, sosial dan emosi.
tapi kalau budak asyik belajar jer....lepastu sakit pun tak berguna jugak.
pembelajaran juga tak semestinya berlaku dalam kelas....
kebanyakan orang-orang pandai kat dunia ni pun tak mengikuti pembelajaran formal.
saya bukan bermaksud pelajar tak perlu belajar.
tetapi pelajar juga perlu ada life sendiri dan belajar melalui pengalaman.
barulah pembelajaran mereka lebih bermakna dan bukan sekadar belajar untuk periksa.
ini sekadar pendapat saya, terpulanglah kepada anda semua untuk memikirkannya.

No comments:

Post a Comment