salam n hello semua
disebabkan internet maktab aku laju giler pagi ni
jadi saja je nak update something
well hari tu maktab kami ada buat ceramah (banyak betul ceramah)
sekarang kan kita akan menjalankan liberalisasi pendidikan
liberalisasi pendidikan bermaksud latihan guru akan dibuka kepada ipta dan ipts
mula-mula saya ingat just ini je yang dimaksudkan dengan liberalisasi pendidikan
sebab benda ni memang dah sedia maklum dah n dah lama dijalankan.
tapi bila tuan penceramah menyatakan bahawa,
penempatan kami di sekolah tidak akan dijamin seperti sebelum ni,
bagi adik-adik yang nak masuk maktab, kalau tak silap mulai tahun 2012,
elaun tidak lagi diberikan n adik-adik kena mohon PTPTN.
jadi, bagi sesiapa yang berminat nak jadi cikgu hanya sebab diberi elaun n dijamin dapat kerja...
sila fikirkan semula sebab perkara itu sudah mustahil untuk berlaku.
kalau dilihat perkara macam ni ada baik dan buruknya.
dari segi baiknya, persaingan yang sihat akan berlaku dikalangan guru-guru
tak adalah guru yang hanya tahu berseronok jer kat maktab janji tak fail
sebab penempatan dah terjamin n elaun dah gerenti ada.
negara kita mampu melahirkan guru yang terbaik supaya
kualiti pembelajaran generasi akan datang juga turut menjadi baik juga...
tapi, dari segi buruknya ialah, kalau kami keluar nanti penempatan kami tak terjamin,
kami tidak dapat mencari kerja lain sebab opsyen dan bidang kami hanyalah sebagai guru semata-mata
tak kan nak pi mintak keje kat pizza hut kot....
tapi bagi saya benda macam ni la cabaran buat kita.
kalau nak penempatan terjamin, kenalah usaha lebih gigih kan....
orang dah bagi makanan, makanlah sendiri.
tak kan la nak kena suap pulak
sama seperti orang dah bagi peluang...
kenalah pandai gunakan peluang yang ada.
tak kan semua benda nak disediakan jer.....
okay fikir-fikirkan sendiri....
No comments:
Post a Comment