tajuk macam pelik jer kan
besar tu bukan bermakna badan kita yer
tapi kedewasaan (cececehhhhhh macam tu pulak)
terfikir pasal perkara ni masa nak bukak akaun ASNB
nak menyimpan pulak sebab tak tahu lagi apa yang akan berlaku bila keluar kerja nanti
berbalik pada tajuk asal...
kenapa saya takut bila dah semakin membesar ni...
sebabnya rasa banyak perkara yang perlu dibuat keputusan sendiri
lepastu banyak benda yang perlu difikir...
especially tentang masa depan lah...
macam member-member saya, ada antaranya dah main pelaburan
duit pun dah berkepuk-kepuk dalam bank tu.
saya ni pulak baru nak start menyimpan hehehe
rasa dah lambat pun ada...
tapi bagi saya perkara yang baik ni tidak pernah ada istilah lambat untuk memulakannya.
selain bukak akaun ASNB, saya pun dah start ambil insurans untuk diri sendiri...
yer la kan, tahun lepas dah dua kali accident
lepastu kena diagnosis dengan penyakit.
mula-mula ragu jugak sebab macam tak bersedia jer
rasa macam, oh bapak aku ada ambil kot insurans untuk aku...
rasa macam hopeless giler sebab asyik bergantung kat parents jerk
tapi kawan saya nasihat, tak apa lagi banyak insurans lagi bagus
benda ni untuk kebaikan kau jugak
saya rasa untuk tahun ni saya perlu menjadi lebih bertanggungjawab untuk diri sendiri.
yer lah kalau saya dah ada simpanan,
at least bila jadi cikgu mula-mula dan duit pun tak ada
saya still ada simpanan serta tak akan susahkan my parents nanti.
insurans tu pulak,
kalau parents saya ada ambil insurans untuk saya pun,
at least jika sesuatu berlaku pada saya
insurans yang saya bayar tu mungkin dapat meringankan lagi beban parents saya.
saya rasa dengan cara ni jugak mungkin saya dapat belajar menjadi lebih bertanggungjawab
terhadap keluarga saya nanti kan...
jadi saya rasa ketakutan tu satu perkara yang perlu diatasi
untuk belajar apa erti tanggungjawab
betul tak???
p/s: mahu melangkah pergi ke zaman kanak-kanak sebab rasa banyak benda tak payah pikir (adakah ini dinamakan konflik remaja?) = sila muntah beramai-ramai
No comments:
Post a Comment