Monday, June 27, 2011

what the............

baru balik maktab....
air tak ada.....
jangan mencarut....
sabor yu hee ...........sabor
:-)


p/s: saya mandi tau..................mandi tau!!!

Sunday, June 19, 2011

i love u always n forever

assalamualaikum semua
hari ni nak cakap pasal ayah, abah, papa or ape-ape la panggilan yang anda panggil untuk ayah anda.
saya panggil ayah saya abah
waktu kecik saya rapat gilerrr dengan abah
ingat lagi waktu tu
tapi lepas adik lahir tak berapa nak rapat dah.
tak suka adik hahaha (suka hati kau jer)
tapi abah adalah antara orang paling istimewa dalam hidup saya

saya ingat lagi waktu saya upsr n raser macam tak ada harapan nak dapat result tinggi-tinggi.
cikgu pun target saya dapat setakat 2A jer
tapi abah sentiasa bagi kepercayaan dan sokongan kepada saya.
Alhamdulillah saya dapat jugak 4A
PMR pun macam tu jugak
tapi berkat doa abah dan usaha saya menjejak kaki ke tempat tuisyen dari hari biasa hingga hari minggu
serta dengan izin Allah
dapat jugak saya 7A
waktu tu macam cikgu dah tak ada harapan kat saya.
subjek mate asyik fail n subjek sains pun cukup2 makan jer
tapi yang beri kepercayaan kat saya adalah abah
sebab tu saya selalu rasa abah paling istimewa.
tapi saya tau result SPM saya tidak mampu membanggakan abah
jadi saya buat yang terbaik apabila berada di maktab ni.

abah dengan saya macam ada telepati
bila saya murung or ada masalah kat maktab
automatik abah akan telefon dan tanya keadaan saya
kalo tak tanya keadaan pun dia akan telefon jugak saya tiba-tiba.
lepas dengar suara abah, mesti boleh lupa segala masalah.
sebab mesti fikir datang maktab ni nak belajar nak banggakan abah.
tak payah la fikir segala masalah yang serabut tu

orang selalu panggil saya anak abah atau anak manja.
tapi ada saya peduli
bagi saya selagi kita hidup ni boleh bermanja dengan ibu bapa, buatla
kalau dah hilang tempat bermanja tu baru kau tau!
saya rasa, saya lagi rela bermanja dengan abah daripada bermanja dengan lelaki bukan muhrim saya
at least bermanja dengan abah masih halal lagi
saya juga libatkan ibu bapa saya dalam buat keputusan mengenai hidup
daripada kamu kalau buat keputusan tanya pakwe daripada tanya parents apa hal?
sekurang-kurangnya saya dapat jugak barakah dalam keputusan saya hasil doa ibu bapa
(tetiba teremosi pulak)

lastly saya nak cakap.
thanks abah sebab menjadi abah terbaik kat dunia ni.
sekarang saya tengah sakit.
thanks sebab sentiasa temankan saya.
abah tak pernah kisah masuk kerja lambat janji keadaan saya baik-baik saja
walaupun abah selalu kena marah dengan doktor sebab banyak tanya keadaan saya
(doktor tu memang nak kena makan penampor la bila saya sihat nanti)
abah tak pernah jemu bertanya pasal keadaan saya dekat doktor tu.
abah selalu bagi keutamaan kat saya
macam mana abah bagi keutamaan kat saya sekarang,
insyaallah saya akan buat macam tu jugak pada masa hadapan nanti
semoga saya jadi anak yang solehah yang taat pada kedua ibu bapanya.
saya sayang abah dulu, sekarang dan selamanya

Saturday, June 18, 2011

alhamdulillah.....nothing more can say

assalamualaikum semua....
sekarang ni rasanya mesti musim cek result online kan?
ha3....maktab saya pun begitu juga.
sebelum tu minta maaf sebab tiada entry selama minggu ni
sebab hari tu ditahan dekat wad dalam tiga hari.
sekarang sudah berada di rumah tapi esok akan dimasukkan ke wad balik
tak apa itu semua lain entry kita cerita.
saya harap kawan-kawan blogger dapat doakan kesihatan saya
berbalik pada cerita asal.
saya baru jer semak result malam semalam.....
tak tahu nak cakap apa selain hanya bersyukur ke hadrat Allah.
first sebab saya tak gagal
second sebab saya hampir nak dapat anugerah cemerlang.
hampir tapi tak dapat pun he3....
tapi bagi saya it's okay
tak nak tamak-tamak sebab dapat result macam ni pun saya dah bersyukur giler.
hanya Allah dan rummate jer tahu macam mana saya study waktu exam hari tu
n saya tak berapa nak study pun sebab memang tak sihat lansung waktu tu
nasib baik saya ada kawan yang baik
yang tolong siapkan nota
bagi saya fotostat nota dia untuk dibaca
dengan nota tu je lah saya baca dan berserah kepada Allah
mungkin doa saya diterima dan Allah makbulkan
Alhamdulillah.
terima kasih juga kepada kawanku itu....
budi awak serius tak dapat saya balas.
awak baik giler ke saya walaupun saya selalu buli awak
awak tak pernah dengki dekat saya or risau kalau ada orang lain lagi tinggi dari awak.
saya sayang awak dan saya doakan awak akan terus berjaya
friendship forever.........

Saturday, June 4, 2011

karipap boleh buat saya terketar-ketar

assalamualaikum semua
ha.........jangan fikir bukan-bukan akan tajuk entri ni yerk
meh nak cerita pasal karipap kat anda semua ni
kenapa karipap boleh buat saya terketar
saya bukan peminat sejati karipap
malahan boleh kata saya dah agak traumatik tengok karipap ni 
dasar tak reti bersyukur
sebab mak saya penjual karipap sejuk beku berjaya
jadi setiap hari memang dah biasa la tengok produk karipap ni...
tapi bukan itu yang buat saya terketar...
yang buat saya terketar ialah bila kawan-kawan mak saya datang nak beli karipap
kalut engkau....
saya ni memang sudah kategori anak bukan mithali.
balik rumah bukan tahu nak tolong buat karipap pun
so, memang tak tahu la karipap jenis apa yang ada dalam peti,
harga pasaran karipap sekarang berapa...
berapa banyak lagi stok yang ada...
memang clueless betul la pendek kata.
jadi, bila kawan-kawan mak saya datang nak beli karipap
time mak saya or adik tak ada kat rumah.
mulalah kalut duk sibuk call mak, tanya itu tanya ini
nak masuk karipap dalam plastik pun boleh terketar..
dah jatuh saham depan mak cik - mak cik tu
spoiler betul la hahaha
jadi, buat adik-adik dan kawan-kawan yang lain
jadilah anak yang rajin 



p/s: alhamdulillah sebab karipap ni berjaya menambah pendapatan sampingan keluarga kami...moga bisnes mak terus maju he3

Thursday, June 2, 2011

pasta

assalamualaikum semua.
hari ni nak cerita pasal pasta...
bukan cerita makanan pasta tu ek sebab tekak saya ni kurang sikit bab western ni
cerita pasal drama korea tajuk pasta.
okey kalau nak baca sinopsis dia meh tengok kat sini pasta
tak reti nak cerita pasal sinopsis ni so biasanya cari kat internet jer hu3


mula-mula ingatkan cerita ni tak best.
lepas tu tertengok ost lagu cerita ni yang kyuhun (suju) nyanyi.
terus terasa nak tengok cerita ni.
bagi saya cerita ni sweet giler...
boleh buatkan hati kita rasa dugeun2 jugak la.
saya layan cerita ni pun dalam masa 2 hari jer hahahaha
jalan cerita dia pun best sebab watak heroin tu yang tak mudah mengaku kalah.
yang tak best dan buat saya rasa nak maki jer sebab
kenapa la dressing heroin dia pelik bebenor.
selekeh tau. belum masuk rambut dier.
geram jer rasa hu3
daripada 5 bintang, saya bagi 4.5 bintang untuk cerita ni.....



p/s: tak sabar nak tengok drama kerjasama taiwan dengan korea tajuk skip beat. ada siwon and donghea hu3...lagipun anime skip beat tu best giler so, nak tengok macam mana lakonan mereka pulak.

Wednesday, June 1, 2011

sekian lama tidak menaip

assalamualaikum..
wah... lama sudah blog ni ditinggalkan
ada banyak sebab kenapa lama tak menulis something dekat blog ni.
pertama sebab buzy dengan exam dan kedua sebab keadaan kesihatan yang tak mengizinkan.
yup masa exam hari tu, saya terkena penyakit beguk...
baru saya tahu bahawa beguk ni berpunca daripada virus serta boleh berjangkit.
bila kita beguk, automatik kita akan demam dan sakit kepala sekali.
kalau nak tahu lebih lanjut pasal beguk ni,
bolehlah menjeguk link ni penyakit beguk
serius time exam hari tu rasa macam tak jawab apa-apa
sebab nak study pun tak larat, telan air liur pun sakit
2 hari tak makan nasi sebab tak boleh telan lansung.
hari seterusnya tu okey sikit tapi tak makan banyak la.
makan pun untuk alas perut jer....
balik rumah, memang mengada-ngada sikit la mintak mak masak macam-macam.
terima kasih mak hehehe
sepanjang saya kena beguk waktu exam tu,
banyak benda buat saya sedar.
saya ada kawan yang boleh menjadi tempat bergantung
kawan susah dan senang.
kawan macam ni, sumpah saya sayang sampai mati.
saya cuma hantar message mintak tolong
dan dia naik dari tingkat satu hingga empat tanya saya ada masalah ke?
alhamdulillah, saya dikurniakan nikmat sakit
supaya saya nampak ada banyak lagi nikmat lain yang Allah berikan pada saya.
erti sakit ni jugak ajar saya untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada...
saya, mungkin tak mendapat result yang cemerlang untuk exam kali ini.
saya juga mungkin tidak mendapat kedudukan pertama dalam kelas lagi.
tapi sekurang-kurangnya saya mendapat sahabat yang akan bersama saya susah dan senang.
Alhamdulillah!