Wednesday, June 1, 2011

sekian lama tidak menaip

assalamualaikum..
wah... lama sudah blog ni ditinggalkan
ada banyak sebab kenapa lama tak menulis something dekat blog ni.
pertama sebab buzy dengan exam dan kedua sebab keadaan kesihatan yang tak mengizinkan.
yup masa exam hari tu, saya terkena penyakit beguk...
baru saya tahu bahawa beguk ni berpunca daripada virus serta boleh berjangkit.
bila kita beguk, automatik kita akan demam dan sakit kepala sekali.
kalau nak tahu lebih lanjut pasal beguk ni,
bolehlah menjeguk link ni penyakit beguk
serius time exam hari tu rasa macam tak jawab apa-apa
sebab nak study pun tak larat, telan air liur pun sakit
2 hari tak makan nasi sebab tak boleh telan lansung.
hari seterusnya tu okey sikit tapi tak makan banyak la.
makan pun untuk alas perut jer....
balik rumah, memang mengada-ngada sikit la mintak mak masak macam-macam.
terima kasih mak hehehe
sepanjang saya kena beguk waktu exam tu,
banyak benda buat saya sedar.
saya ada kawan yang boleh menjadi tempat bergantung
kawan susah dan senang.
kawan macam ni, sumpah saya sayang sampai mati.
saya cuma hantar message mintak tolong
dan dia naik dari tingkat satu hingga empat tanya saya ada masalah ke?
alhamdulillah, saya dikurniakan nikmat sakit
supaya saya nampak ada banyak lagi nikmat lain yang Allah berikan pada saya.
erti sakit ni jugak ajar saya untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada...
saya, mungkin tak mendapat result yang cemerlang untuk exam kali ini.
saya juga mungkin tidak mendapat kedudukan pertama dalam kelas lagi.
tapi sekurang-kurangnya saya mendapat sahabat yang akan bersama saya susah dan senang.
Alhamdulillah!

4 comments:

  1. Alhamdulillah.. Dan sekarang cik yu-hee dah kembali sihat..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah... tak adalah sihat sepenuhnya but selagi boleh bernafas, alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. Chill2 k.. Baru cepat sihat.. Jngn msm2 nnti lambat baik.. Teori apakh ini??

    Kem salam, family.. Cubit pipi Syida tuk saya..

    ReplyDelete