assalamualaikum semua
hari ni nak cakap pasal ayah, abah, papa or ape-ape la panggilan yang anda panggil untuk ayah anda.
saya panggil ayah saya abah
waktu kecik saya rapat gilerrr dengan abah
ingat lagi waktu tu
tapi lepas adik lahir tak berapa nak rapat dah.
tak suka adik hahaha (suka hati kau jer)
tapi abah adalah antara orang paling istimewa dalam hidup saya
saya ingat lagi waktu saya upsr n raser macam tak ada harapan nak dapat result tinggi-tinggi.
cikgu pun target saya dapat setakat 2A jer
tapi abah sentiasa bagi kepercayaan dan sokongan kepada saya.
Alhamdulillah saya dapat jugak 4A
PMR pun macam tu jugak
tapi berkat doa abah dan usaha saya menjejak kaki ke tempat tuisyen dari hari biasa hingga hari minggu
serta dengan izin Allah
dapat jugak saya 7A
waktu tu macam cikgu dah tak ada harapan kat saya.
subjek mate asyik fail n subjek sains pun cukup2 makan jer
tapi yang beri kepercayaan kat saya adalah abah
sebab tu saya selalu rasa abah paling istimewa.
tapi saya tau result SPM saya tidak mampu membanggakan abah
jadi saya buat yang terbaik apabila berada di maktab ni.
abah dengan saya macam ada telepati
bila saya murung or ada masalah kat maktab
automatik abah akan telefon dan tanya keadaan saya
kalo tak tanya keadaan pun dia akan telefon jugak saya tiba-tiba.
lepas dengar suara abah, mesti boleh lupa segala masalah.
sebab mesti fikir datang maktab ni nak belajar nak banggakan abah.
tak payah la fikir segala masalah yang serabut tu
orang selalu panggil saya anak abah atau anak manja.
tapi ada saya peduli
bagi saya selagi kita hidup ni boleh bermanja dengan ibu bapa, buatla
kalau dah hilang tempat bermanja tu baru kau tau!
saya rasa, saya lagi rela bermanja dengan abah daripada bermanja dengan lelaki bukan muhrim saya
at least bermanja dengan abah masih halal lagi
saya juga libatkan ibu bapa saya dalam buat keputusan mengenai hidup
daripada kamu kalau buat keputusan tanya pakwe daripada tanya parents apa hal?
sekurang-kurangnya saya dapat jugak barakah dalam keputusan saya hasil doa ibu bapa
(tetiba teremosi pulak)
lastly saya nak cakap.
thanks abah sebab menjadi abah terbaik kat dunia ni.
sekarang saya tengah sakit.
thanks sebab sentiasa temankan saya.
abah tak pernah kisah masuk kerja lambat janji keadaan saya baik-baik saja
walaupun abah selalu kena marah dengan doktor sebab banyak tanya keadaan saya
(doktor tu memang nak kena makan penampor la bila saya sihat nanti)
abah tak pernah jemu bertanya pasal keadaan saya dekat doktor tu.
abah selalu bagi keutamaan kat saya
macam mana abah bagi keutamaan kat saya sekarang,
insyaallah saya akan buat macam tu jugak pada masa hadapan nanti
semoga saya jadi anak yang solehah yang taat pada kedua ibu bapanya.
saya sayang abah dulu, sekarang dan selamanya
wah pandainyer anak ayah ni =)
ReplyDeletetak pandai pun rezeki jer semua tu ha3
ReplyDelete