Sunday, June 23, 2013

Alhamdulillah finally grad

assalamualaikum hari ni nak cerita pasal graduation day saya. yippieee!!!! alhamdulillah selepas 5 tahun 6 bulan menghadap buku-buku, melaksanakan BIG (bina insan guru), praktikum yang memabukkan tapi best selama 3 kali, dan membuat kajian tindakan yang memeningkan akhirnya grad jugak. terima kasih kepada mak n abah yang sentiasa mendoakan yang terbaik serta best friends yang sentiasa membantu dari segi assignment mahupun exam akhirnya saya officially dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perguruan. akan menjadi guru insyaallah tak lama lagi. mohon doa dari anda semua yang baik-baik sahaja amin...okeyh malas nak cerita panjang jom layan gambar je



























okeyh tengok gambar je la ek malas nak letak caption hahaha tukang tangkap gambar my brother n cik ayu n thanks kepada cik ayu sebab edit gambar. lastly


alhamdulillah thank you Allah. 

Wednesday, June 12, 2013

stay positive

assalamualaikum

lama gilaaaa x update blog. bukan tak nak update tapi tak ada cerita yang best pun untuk diupdate hahaha. idea nak menulis tu ada tapi bila fikir2 mmg perangai malas and x ada bende nak cerita jadi blog pun tak berupdate. ingat nak story pasal konvo hari tu tapi nak tunggu gambar dulu dari bestie ayu...hoihhh cepatlah bagi aku gambar ha3. nak amik dari fb macam malas. tengoklah amik gambar dari fb pun malas. lpeastu nak cerita pasal bende lain pun payah sebab malas nak transfer gambar dari phone ke komputer. nauzubillah ha3

alasan utama aku malas nak update sebab macam biasa la life aku yang dull ni tak ada bende menarik nak cerita pun. tak ada cerita aku pergi melancong ke, buat bende yang adventure ke, buat kebajikan untuk masyarakat ke...x adoooo. hidup macam biasa bangun, sarapan, masak nasi, basuh baju, sidai baju, lipat baju....tu la rutin harian yang akan duk ulang2 sampai bila insyaallah tak lama dah. harap berita baik tu akan jadi nyata.

tapi banyak perkara aku harus bersyukur, aku bangun hari ni dapat bernafas lagi alhamdulillah, aku tak yah susah2 pikir pasal duit tak macam orang lain alhamdulillah, dapat makan sedap2 pakai pun cukup alhmdulillah, hari tu aku bawak keta g langgar devider sampai sport rim patah tapi tak kene marah dengan bapak aku pun dan menyebabkan adik aku tak puas hati sebab aku tak kene marah ha3 alhamdulillah n yang paling penting banyak berita2 gembira aku dengar untuk diri sendiri n untuk kawan2 alhamdulillah. terima kasih Allah. trying hard to stay positive

Tuesday, May 14, 2013

just random

assalamualaikum

just inspired to write something lepas khatamkan  english novel i heart vegas di mana aku menggunakan masa yg agak lama nak habiskannnya. well ape yang aku suka tentang novel ni ialah friendship dia...owhh walaupun aku rasa kehidupan sebenar tak la seindah di sangka tapi tak salah untuk berangan kan.

tak nak cakap panjang just wanna say yang aku selalu rasa macam tak benda yang aku dah capai dalam hidup ni yang dapat berikan aku kepuasan. macam ada sesetengah orang dia suka aktiviti mencabar daki gunung dan sebagainya... well aku kagum dengan orang yang macam tu. macam kawan-kawan aku pula mereka pun ada impian sendiri macam ayu nak terlibat dengan ngo or something like that untuk pemeliharaan haiwan n k.ngah plak nak terlibat dah khidmat sukarela or something like that yang di mana mereka memang mulia. untuk aku pulak, aku tak rasa aku ada keinginan untuk buat sesuatu yang macam tu. buat masa sekarang aku tak ada ispirasi atau sesuatu benda yang boleh memotivasikan aku untuk buat something hahaha serius aku rasa life aku dull giler

tapi lepas aku baca novel ni aku rasa life aku tak ada la dull mana. at least walaupun aku ni manusia yang tidak bermotivasi atau tiada matlamat hidup lagi, habiskan masa menganggur aku dengar terbaring but aku ada kawan-kawan yang memang awesome yang memang great. mereka yang boleh aku cerita, share hobby, kacau mereka di waktu bosan, plan about trip n mereka yang tak pernah ambil hati atas apa yang aku buat. thanks girls, you are really great and i love all of u so much....nyte n sweet dreams

Sunday, April 28, 2013

my life as it is....

assalamualaikum semua
rasa macam dah lama gila tak update blog kan. of course blog memang tak update sebab tak bende nak cerita and my life kind of sucks this few months but still better than other person in this world. ayata macam tak bersyukur kan tapi bukan tak bersyukur sebenarnya still bersyukur cuma sabar itu bukan benda yang mudah. ada masa kita harap orang just dengar apa perasaan kita instead of beri pendapat and be judgmental dan my writing kind of sucks kan sebab chatting dengan member pun salah eja punca otak dah numb sebab duduk rumah sepanjang 2 bulan hahaha baru 2 bulan.

fasa dalam hidup yang pernah dijangka iaitu menjadi penganggur walaupun sebelum masuk IPG aku dijanjikan dengan peluang pekerjaan serta merta. berdepan dengan fasa yang aku akan jadi penganggur aku buat keputusan untuk minta kerja as guru ganti dan alhamdulillah berjaya menjadi guru ganti selama dua bulan. fasa sebagai guru ganti mengajar aku banyak perkara sebagai guru terutama guru di awal tahun dengan pertukaran jadual, perubahan bilik darjah, perubahan subjek di ajar pelbagai perkara dapat aku belajar. tapi dalam masa yang sama still rasa sedikit frustrated sebab aku just mengganti orang n ini bukan kerja aku sebenarnya jadi negative thinking tu memang ada la. namun aku tetap enjoy sebab ni first time aku pegang kelas dan walaupun range kelas aku kebanyakannya budak kelas belakang aku still enjoy ajar mereka dalam masa yang sama sakit kepala jugak.

fasa menganggur kembali adalah fasa paling teruk dalam hidup aku di mana aku seronok je bangun lambat untuk seminggu yang pertama. minggu-minggu yang berikutnya aku rasa macam kucar-kacir sebab there is nothing to do hahaha. korang jangan la pikir aku ni terlebih rajin cuma bila tiada bende nak buat semua drama korea ko dah tengok dan sebagainya buat aku rasa bosan gila dan aku abiskan masa dengan tido petang supaya masa berjalan dengan pantas. paling sadis dalam hidup aku ialah setiap kali keluar mak akan hulur duit belanja walaupun dari tahun lepas aku selalu impikan nak bagi mak duit belanja tahun ni konon aku akan start kerja awal januari. paling pathetic ialah ayah aku disagree untuk aku cari kerja lain atas alasan mampu lagi sara aku tapi shame of me, duit keta aku dah setahun dibiayai oleh bapak aku.

yeah inilah fasa dalam hidup aku sekarang dan waktu aku tulis ni aku still tak mandi dengan alasan lepas mandi nak buat apa hahaha aku rasa hidup aku parah dah. tapi ye ada tapi lagi aku still bersyukur hidup aku tak sesusah member lain dibina mereka menjadi tulang belakang keluarga dan kene cari pekerjaan untuk tampung hidup keluarga kalau tak mereka tak da benda nak makan. serius ada a few orang mengalami masalah tu. hidup aku juga just perlu care pasal diri sendiri tak perlu nak jaga anak sedara atau anak orang lain walhal tanggung jawab menjaga anak itu atas emaknya yes aku bersyukur atas tu. dan hidup aku jauh lebih baik daripada saudara-saudara seislam aku yang mana setiap hari mereka hidup dalam ketakutan dan mungkin boleh dibunuh dengan kejam bila-bila masa (moga Allah lindungi mereka amin).

namun sahabat aku mintak korang faham. dalam hidup pasti ada masa kau akan frustrated dengan diri sendiri. ko akan bertanya apa sebenarnya ko dah dapat dalam hidup ni. itu yang berlaku pada aku sekarang. aku cuma frustrated dengan diri sendiri. tiada siapa boleh dipersalahkan sebab dari awal ini pilihan aku. cuma aku minta sedikit ruang untuk meluahkan rasa dalam diri ni sebab kalau aku tak luah aku boleh jadi insane okey. aku tak mintak ko paham. aku just mintak ko dengar itu je. that's all

sincerely,
insane woman

Monday, March 11, 2013

cinta pertama

assalamualaikum

ceceh tajuk nak gempak je kan. don't worry entry hari ni bukan pasal cinta pertama atau first love saya terhadap manusia ye tapi entry kali ni pasal first love saya terhadap makanan ha3. untuk manusia yang tak pernah bercinta ayat seperti "cinta pertama sukar dilupakan" agak janggal, weird dan menggelikan lebih-lebih lagi waktu saya nak taip perkataan tu. tapi semalam satu kejadian dah berlaku kepada saya yang membuatkan saya berfikir... oh macam ni kot rupanya maksud "cinta pertama sukar dilupakan". 


okey back to the topic. semalam mak saya telah membelikan saya sate ikan. sebelum makan sate ikan itu, saya berharap bahawa sate ikan itu akan sesedap sate ikan yang saya beli sewaktu sekolah rendah. namun, saya berasa amat hampa dan kecewa sebab rasa dia amat berbeza sekali dengan sate ikan yang di mana setiap kali saya balik dari sekolah saya akan lihat sama ada pak cik jual sate ikan itu sudah datang ke belum. jika pak cik itu belum datang, saya akan menunggu dan berharap pak cik sate ikan itu akan datang seumpama engkau berharap crush engkau akan lalu di hadapan engkau sekali sehari waktu sekolah. seumpama juga engkau berharap agar dapat tengok crush engkau sekali sehari pun cukup waktu sekolah...walawei, macam tu la perasaan saya terhadap sate ikan yang dijual oleh pak cik itu. perasaan terhadap sate ikan yer! bukan terhadap pak cik jual sate ikan tu.


# sumber gambar dari google

bila terkenang balik sate ikan waktu sekolah rendah tu memang best la. orang cakap cinta pertama kan sukar untuk dibandingkan kesedapan dia. waktu sekolah dulu belari kot aku kejar nak makan sate ikan ni. setakat tolak-tolak member nak beli sate ikan ni memang tak ada masalah. tapi sekarang sate ikan sebelah mata pun aku tak layan (kadang-kadang layan jugak). lagi satu cinta pertama aku, kira aku curang jugak la kat sate ikan ni...


# gambar masih dari google

perghhh waktu sekolah aku rasa apek yang jual aiskrim memang awesome la. dulu time aku sekolah rasanya aiskrim ni rm1 kot ke 1.50 ek. lupa dah. tapi aku memang kumpul duit, ikat perut la nak beli yang 3 kon ni sebab duit belanja aku dulu 50 sen je. biasa aku beli yang 2 kon je. zaman dulu aiskrim rasa memang sedap gila n besar-besar je apek tu isi aiskrim ni. tapi sekarang dah tak best la. rasa dia pun tak macam dulu dah. kon dia pun tak serangup n crunchy macam zaman saya sekolah rendah dulu. 

senang cakap, makanan-makanan yang kita dapat waktu susah, waktu kita perlu ikat perut untuk dapat rasa makanan tu memang sedap. sebab benda susah memang kita akan hargai kan. oleh sebab itu, sesenang macam mana pun kita pada masa sekarang, kadang kala pandanglah belakang dan berfikir tentang keadaan kita di waktu susah supaya kita lebih menghargai apa yang kita ada sekarang. sekian, terima kasih =P

Thursday, March 7, 2013

udah tamat... yippie

assalamualaikum kawan-kawan semua ha3

hamboi ayat nak main ceria yer. seperti yang anda semua maklum saya dah habis menjadi guru ganti selama 2 bulan ha3 (padahal tak da sape heran pun). tapi tetap nak cerita bahawasanya saya sudah kembali menganggur pada hari selasa lepas dan hari ni sudah masuk hari ketiga saya menganggur. perasaan jadi guru ganti best sebab banyak pengalaman berkaitan kerjaya saya jugak yang tak best sebab kawalan kelas masih ke laut. 

sepanjang jadi guru ganti ni banyak perkara saya belajar. benda yang tak boleh saya lupakan ialah first time saya menangis sebab anak murid hina saya..bukan saya tak maafkan budak tu cuma benda tu menjadi pengalaman buat saya la. baru faham sekarang perasaan cikgu-cikgu bahawa susah sebenarnya kerja cikgu ni. bukan kita main dengan kertas or mesin, kita main dengan emosi dan tahap psikologi murid. sebab tu dulu ada kes budak hina kerja cikgu kat blogger tu mati-mati kene bash balik. baru saya paham apa maksud lecturer saya bila dia baca blog budak tu dia cakap "macam mana la perasaan cikgu kepada budak ni kalau dia baca blog budak ni." bila benda ni berlaku pada saya sedikit sebanyak dapat saya relate kan dengan perkara macam tu. okey malas nak bebel panjang jom layan gambar sepanjang saya mengajar kat sekolah ni:-

sebab malas nak letak caption banyak-banyak nak cerita gambar bawah ni sempena sambutan majlis maulidur Rasul kat sekolah. yang kelakarnya guru kelas kene buat sepanduk n sebagainya sebab dia ada pertandingan perakan contoh balut songkok dengan riben ke kasi seragam. tapi sebab tau last minit langsung tak buat apa-apa untuk anak murid. gasak la ko anak murid bukannya dia berarak pun murid kelas saya tu. dia main lumba lari ada la






si baju ungu tu muka ketat kan tapi dalam kelas paling suka menyanyi. baju hijau tu ketua kelas yang tak menjalankan tanggungjawab si baju kuning pulak suka bercerita ha3


budak tengah baju oren tu saya panggil dia pak ajis sebab gaya-gaya dia macam aziz satar ha3

seronok sangat berarak pagi tu. rasa tenang jer 





yang ni kat dalam kelas pulak pertandingan mewarna


okey gambar seterusnya pulak jamuan perpisahan gpk 1. gpk 1 Pn. Siti Muhidah ni jugak bekas cikgu saya waktu sk Semambu. kecik betul dunia kan. majlis perpisahan cikgu ni besar-besaran la sebab saya kenyang makan je sepanjang hari tu. pagi makan kat sekolah. petang plak sambung makan kat hotel. bahagia2 ha3. layan gambar jom tapi tak ikut turutan la ek:-


Pn. Siti Muhidah cikgu paling berdedikasi





perghh teliur bila ingat makanan kat ms garden hari tu




okey sian sahaja cerita saya di sekolah ni. tak banyak sangat pun gambar malas nak tangkap banyak-banyak. sebelum nak habis cerita nak habaq skit cikgu-cikgu sekolah ni super duber friendly sangat. seronok la bekerja dengan mereka. walaupun sekolah ni besar n sekolah agak bandar jugak, biasa orang cakap sekolah bandar kan cikgu sombong tapi cikgu-cikgu sini baik. dia layan saya macam adik-adik rasa selesa sangat dan tak pernah rasa diabaikan. terima kasih banyak2. 

to kementerian pelajaran malaysia @ kpm:



bila nak bagi aku posting ha????!


Tuesday, March 5, 2013

short is annoying

assalamualaikum semua
alhamdulillah dah masuk bulan mac kan. harap bulan mac ni akan membawa seribu keberkatan dan kebaikan buat saya, keluarga dan anda semua.amin. berbalik pada topik, tadi saya go through fb dan baca la apa-apa yang menarik dekat fb tu especially sekarang isu hangat di Sabah serta beberapa perkara tentang benda ini yang dipolitikkan..sepanjang membaca benda tak berfaedah yang lain ternampak ada orang wish birthday kat one of my friends.. tak ada la rapat sangat just kenal macam tu je. tapi apa yang annoying ialah cara dia wish birthday ialah just say hb dekat facebook tu.. urghhh so damn annoying

saya ialah pesen manusia yang paling benci kalau orang reply just "K" or kalau wish birthday just write "HB". sebab rasa macam tak ada keikhlasan langsung..bukannya ambil masa pun tulis happy birthday. tak patah pun jari tu...one of my students pernah wish just hb on my birtday. oh saya amat hargai kesudian dia wish tapi kalo habit kita tak suka something tu..ia akan tetap buat kita tak suka walaupun dah try to stay positive. oleh sebab my impression is that why bother to wish on my birthday if you just gonna write hb. because i feel so damn annoying at that time, i just reply k only to my student instead of thank you or thanks. so childish of me right. cannot rid that bad habit. peringatan untuk sesiapa mengenali saya jangan la beri k or hb to me...sebab saya akan rasa annoying tahap menyampah dan boleh membunuh mood saya terhadap awak walaupun awak adalah nice person okey. itu je nak tulis...sorry merapu banyak ha3

p/s: mungkin saya je tak boleh terima sikap macam ni kalau anda boleh terima terpulanglah :)

Sunday, February 24, 2013

sister

assalamualaikum
apa khabar suma. lama tak story ape2 kan
bukan tak da cerita nak update blog ada je
tapi sekarang tengah stress tunggu nama interview dengan nama interim yang masih2 tak keluar
jadi mood nak berblogging tu terus ke laut 
terkapai-kapai kelemasan (ceh ayat nak sastera je sekarang)
hari ni nak cerita pasal sis aku...adik perempuan aku, satu-satunya saudara perempuan ku
rasa macam pernah cerita pasal dia sebelum ni
tapi tak pe la aku nak citer jugak lagi sekali ha3

masa mak aku mula2 ngandungkan adik aku ni,
aku happy sangat nak dapat adik
sebab ramai member2 aku ada adik waktu tu
konon seronok la boleh jaga dia
bila dia dah lahir aku menyampah nauzubillah dengan dia
jangan tanya la kenapa
mungkin moyang setan mana ntah merasuk jiwa waktu tu
mungkin sebab kalau apa-apa terjadi kat adik aku seperti terjatuh ke apa
aku yang kene jadi tahap menyampah itu tinggi ye waktu tu

sepanjang adik aku membesar pun aku tak rapat sangat dengan dia
mungkin waktu tu aku sibuk dengan pmr..
serius cakap waktu pmr mmg aku tak ada life tapi aku enjoy sangat waktu tu. tak tahu kenapa
lepastu aku masuk asrama form 4 & 5
lepastu aku sambung belajar kat lipis
beza umur aku dengan adik 7 tahun
bila aku duk lipis tu dalam 2 atau 3 tahun aku nak habis belajar
aku mula rapat dengan adik aku maybe sebab dia pun dah besar sikit kot waktu tu
jadi best la sebab aku ada teman nak mengadu, membuli, mintak pendapat dan sebagainya.
bila dia mintak pendapat aku as kakak aku rasa so dewasa u know ha3.

motif utama aku nak cerita pasal adik aku ialah dia orang yang lagi terer masak dari aku
kah3 siapa kenal aku mesti tahu tahap memasak aku.
minggu lepas aku stress ya amat sebab nama interview aku tak keluar2 padahal mostly kawan2 aku dah keluar
bila aku stress biasa la keje aku makan tapi hari tu mak tak sempat nak masak ape2 kot
aku macam kebulur giler
malam tu adik aku masak nasi goreng ayam satu pinggan untuk aku
lepastu dia buat air milo gelas besar
aku macam eh budak ni demam ke kah3
tapi best woooo bila dapat layanan macam ni dari adik sendiri.
thank you sis...kakak mu akan sentiasa menyayangi mu


teman gaduh, main, masak, buat jahat semuala hu3

p/s: mohon kawan2 doa untuk interview dan interim saya amin

Monday, January 14, 2013

bilik sains

assalamualaikum teheee..
tengah-tengah ada masa ni kita nak update. before that nak cerita letih wow jadi cikgu ni. lagi-lagi cikgu kelas belakang. saya hari-hari balik dari sekolah je solat zohur terus terbungkang. duk kat rumah tu dah macam mak lampir dah. kat meja tulis tu hujung minggu je boleh kemas kalau tak redha je tengok meja bersepah. ahkak tak kisah janji kerja ahkak siap. macam tu la lebih kurang. dah malas nak serabut kepala ohtak ahkak pikir pasal kerja kat sekolah tu. ni nak update pasal hari tu sekolah ahkak ada buat gotong-royong untuk cikgu-cikgi. terbaik kan sekolah ahkak sanggup buat gotong royong ha3. sabar jer la. start pukul 8.30 pagi sampai pukul 11. ahkak dapat bilik sains n alhamdulillah tak payah kemas beria sebab hari tu cikgu dia dah kemas dah. lega ahkak just sapu-sapu habuk jer. lepastu ahkak bosan2 ahkak pun tangkap la gambar kat bilik sains tu..




kita mulakan dengan gambar ahkak yang suci tunggu masa nak jadi bibik. gambar di bawah tak mengikut turutan yer



ni gambar dia tunjuk pertumbuhan jagung rasa. boleh la sape beli jagung amik butir dia satu pastu tanam sambil doa2 menjadi he3 x lawak. 



hi nama saya abang johnny... selamat berkenalan



bakper la lidah dia warna hitam... ni mesti kes gosok gigi tak gosok lidah



ni rasa alat nak ngajar pasal putaran planet mengelilingi matahari



ni kalau ada waktu aku dgn cik ayu bentang pasal kulit tu kan senang. tak da la kita nak kena lukis gambar kulit pastu warna bagai nak gila


ni pokok tauge kan???



eye on malaysia keh3... ayok kalau malam2 dia cari tak tau ek


perkembangan tumbesaran grassfrog. ni kalau dapat ke anak murid aku sedaya upaya dia cuba keluarkan katak ni dari dalam

ni jer yang sempat ahkak tangkap. yang lain tu malas. banyak jer lagi benda menarik tapi ahkak suka gambar ditangkap tak suka menangkap gambar ha3. okey fine!! jumpa lagi di lain waktu.

perbualan kakak dan adik...

adik : k.ngah cuba pikir kalau atuk kita kaya macam mana

saya: kalau atuk kaya tak danyer aku jadi cikgu baik aku uruskan syarikat atuk ke

adik : a'ah kan tu la abah saper suruh tak belajar rajin-rajin kalau tak dah lama hidup kita senang kan

saya: =__= (budak zaman sekarang mulut... rasa nak cili jer)

Saturday, January 5, 2013

Random 004

assalamualaikum..
huew hueww menulis blog di hujung minggu sebab tak tahu nak buat apa.. ha3 padahal rph tu kena siapkan. kata nak buat satu minggu punya rph terus. sape yang tak tahu rph stands for rancangan pengajaran harian. ingat cikgu-cikgu ni mengajar main suka hati ke. kene ada perancangan jugak. macam saya mengajar sains saya tiada masalah untuk buat rph satu minggu sebab ajar kelas berlainan dan cuma 2 masa satu minggu. tapi untuk bm....sigh!!! saya rasa kena polish lagi strategi mengajar dan penyampaian. aras pun kena rendahkan lagi. got many problem untuk ajar bm sebab ia bukan fakta ia lebih kepada kemahiran budak menguasai... orait cakap nak cerita pasal random tapi duk cerita pasal kerja macam dia sorang je cikgu huhuhu T_T ampunkan saya. tak sengaja!!!

first of all nak ucapkan terima kasih pada my bestie cik nur akma for the souvenirs yang cute dan sedap teheee.

thanks girls really appreciate that a lot. chocolate tu sangat membantu waktu stress dgn budak2 he3

now second picture is...

my work station..
kita suka sangat tempat kita buat kerja ni. tapi ni sebelum mengajar. sekarang nak tengok pun tak lalu ha3

lastly is


gambar jadual mengajar kita 30 waktu sejam T_____T

semangat tau buat jadual mengajar siap warna2 lagi. kalo en sahardi nampak mesti dia panggil kita praktikum balik (ampun encik :P)

dah la cukup la buat post mengarut kat blog ni.. sorry kalau mengarut sangat. ni dah tahap loser tak tau nak buat apa la ni dadadada................

Thursday, January 3, 2013

2013... dah tua dah rupanye

assalamualaikum
curi-curi sedikit masa untuk update tentang diri sendiri. siapa nak tahu teruskan baca siapa tak nak gi tekan tanda pangkah kat atas cepat-cepat. fuh!!! sebelum tu selamat tahun baru untuk semua orang yang membaca blog ni. semoga tahun ini membawa seribu keberkatan kepada anda semua ^_^. tahun baru.. azam?? tak tahulah. buat masa ni tak fikir lagi. just go with the flow orang putih habaq kan. tapi apa yang pasti saya telah membuat sedikit anjakan paradigma dalam diri.ececeh... bukan apa seperti anda sedia maklum saya ni pemalu orangnya (haktuihhh) atau dalam erti kata bahasa lain saya bukan seorang yang mesra alam atau mudah mesra. tahap pemalas saya jugak, nauzubillah Allah saja yang tahu. namun, saya telah cuba ubah sikit demi sikit sikap kotor tu dalam diri (sikit je la). 

apa yang saya telah buat? rasanya pernah cerita sebelum ni yang saya sekarang tengah tunggu panggilan temuduga untuk memegang jawatan sebagai guru sekolah rendah DG41 dan juga sedang menunggu untuk dipostingkan di mana-mana sahaja sekolah rendah. namun begitu pelbagai rumors dengar dekat fb la tweet la. samapai malas nak cara pun ada. tapi tak cara pun risau takut nanti tak dapat posting. bagi menunggu masa untuk posting ni saya pun memohon jawatan guru ganti. Alhamdulillah dapat. sampai sekarang saya tak pasti sama ada memohon guru ganti adalah keputusan paling tepat yang saya buat tapi macam saya cakap tadi prinsip saya ialah go with the flow... apa pun kita cuba dulu selebihnya kita serah pada Allah. Dia yang maha mengetahui. at least saya rasa keputusan yang saya buat agak bagus dan berasas sebab pertama, saya ada pengalaman mengenai perjalanan sesebuah sekolah sedikit sebanyak, kedua, saya sudah boleh membiasakan diri dengan tugas sebenar guru yang mengajar 30 waktu seminggu sebelum ni waktu praktikum 8 waktu je lebih kurang dan ketiga saya tahu sedikit sebanyak mengenai kssr yang menggantikan kbsr. 

menjadi guru ganti juga mendidik saya menjadi lebih berdikari. sebelum ni waktu praktikum ada member boleh buat semua benda sama-sama. tanya cikgu tu sama-sama. pergi rehat sama-sama. pergi toilet pun nak sama-sama. menjadi seorang guru ganti semua kena depends pada diri sendiri. kena buat muka tak malu. tak tahu kena tanya. sentiasa cuba tegur dulu guru jangan nak buat muka bajet retiss, senyum itu penting (rahsia kejayaan). saya juga bersyukur sangat-sekolah sekolah yang tempat saya mohon ini, guru-guru dia sangat baik dan bertimbang rasa. tak lokek berkongsi ilmu dan sangat rilek. harap-harap saya dapat dipostingkan ke sekolah yang sama macam sekolah ini (cuma mintak anak murid yang baik sikit la) amin!

tipu la kalau saya tak cakap yang kadang-kadang terlintas jugak kat fikiran letih dan kenapa la aku pilih nak jadi guru ganti. bukan parents tak bagi makan pun kalau tak kerja. parents masih berkemampuan. tapi dari positif side saya rasa Allah tu maha penyayang. dia tahu saya ni jenis pemalas nauzubillah jadi dia bagi peluang untuk saya rasa situasi itu terlebih dahulu sebelum saya benar-benar dipostingkan. alhamdulillah Ya Allah. 

p/s: buat rakan-rakan yang banyak menyatakan tak payah risau bila nak posting dan nak rilek dulu sebelum kerja nanti dah kerja payah dapat cuti dan sebagainya. saya tahu anda pun risau sebenarnya. tak perlu cover line benda yang nyata. siapa la tak nak kerja dan meningkatkan taraf hidup sendiri. anda fikirlah. yang membuat keputusan diri sendiri jugak (peace no war ^_^)