Wednesday, October 27, 2010

Fidofillia

 *** amaran entry ini pun panjang he3***
salam semua.
alhamdulillah entry sebelum ni pasal info 5R dapat bagi maklumat berguna
terima kasih diucapkan atas sokongan yang diberikan he3
so, hari ni nak kongsi lagi satu maklumat
(sejak bila blog luahan perasaan ni jadi blog informasi???)
bak kata pepatah ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah (tak ada kaitan lansung)
jadi hari ni nak cerita pasal fidofillia
fidofillia ni bukan penyakita takut air ke bagai (tu water phobia)
terlintas nak tulis benda ni sebab haritu baca blog tya
pasal pembunuhan kejam kanak-kanak itu oleh pak cik dia
tapi pak cik dia bunuh pasal masalah mental lain
yang fidofillia ni pun melibatkan perlakuan ganas dan macam binatang pun ada ke atas kanak-kanak
info ni saya peroleh melalui rencana dewan masyarakat kalau tak silap.
kami kena pilih satu genre rencana dan buat ulasan mengenai rencana tu
kumpulan saya dapat tajuk pasal penyiasatan.....
so jom lah kita lihat sikit pasal fidofillia ni

kawan-kawan semua masih ingat tak pasal pembunuhan adik Nurin Jazlin


pembunuhan kejam yang tak berperikemanusiaan
yang menggemparkan negara kita....
sebenarnya, orang yang melakukan jenayah yang kejam tu adalah penghidap fidofillia
fidofillia ni ialah kecenderungan seseorang melakukan jenayah seks terhadap kanak-kanak
istilah bahasa inggeris dia paedophillia
Penghidap fidofillia cenderung memuaskan nafsu seks terhadap kanak-kanak yang belum mencapai umur baligh. Penghidap penyakit ini merasakan nikmat yang amat menyeronokkan kerana mereka puas apabila melihat kanak-kanak terkulai selepas dirogol.

  Dari sudut psikologi, penjenayah yang menghidap fidofillia mempunyai perasaan sayang yang amat kuat terhadap mangsa, tetapi dalam konteksnya yang tersendiri dan berbeza daripada perasaan sayang manusia normal yang lain. Perasaan sayang ini menyebabkan dia “menyimpan” (culik) kanak-kanak tersebut, sebelum diseksa dan dirogol sebagai kemuncak kepuasan seks curahan perasaan sayangnya.

            Menurut Mohamad Yaacob, pensyarah psikologi di Universiti Teknologi MARA, penjenayah yang melakukan kekejaman terhadap kanak-kanak dikategorikan sebagai penghidap fidofillia sadis. “Seorang penghidap fidofillia sadis bertindak kejam terhadap mangsa (kanak-kanak) bagi membolehkannya mencapai orgasma. Tidak hairanlah mengapa timun dan terung dijadikan alat untuk dimasukkan ke dalam kemaluan mangsa” demikian jelas Mohamad Yaacob.

            “Kali pertama penghidap fidofillia sadis melakukan kesalahan, dia berasa bersalah akibat melakukan perkara sedemikian terhadap kanak-kanak. Perasaan bersalah itu berkurangan semasa kali kedua melakukan kekejaman dan hal ini menyebabkan mereka berasa ketagih dan terus melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak,” kata Mohamad Yaacob lagi.

            Dalam kebanyakan kes jenayah yang dilakukan oleh penghidap fidofillia sadis ini, mangsa (kanak-kanak) dijerut, dipukul, dicekik atau diberikan tumbukan kuat untuk melepaskan nafsu. Nilai kemanusian memang tidak wujud dalam hati penjenayah sebegini. Jika mangsa meronta, menjerit atau melawan, penjenayah manjadi semakin ganas.

            Dari sudut sains, peranan sistem otak manusia mempunyai kaitan dengan penyakit fidofillia sadis ini. Sistem “limbik” iaitu bahagian otak yang mengawal tingkah laku manusia dalam keadaan tertentu mempengaruhi perbuatan seseorang. Misalnya dalam keadaan bahaya, otak berperanan memberikan gerak balas melawan atau melarikan diri. Maksudnya penjenayah boleh memilih sama ada akur dengan nasib yang menimpanya atau tidak berpuas hati dan ingin mamanifestasikannya ketidakpuashatinya itu. Dalam konteks penghidap fidofillia sadis, apabila kanak-kanak sudah berada di depan mata, sistem otaknya memilih untuk melakukan kekejaman. 

jadi bagi sesiapa yang ada anak perempuan atau adik yang kecil lagi
jagalah mereka baik-baik okey
jangan mudah mempercayai orang
kadang-kadang mereka yang baik dengan kita pun
boleh menghancurkan kepercayaan kita.... 
jadi sentiasalah berhati-hati dan berdoa agar keluarga kita sentiasa dilindungi
insyaallah amin.... 

2 comments:

  1. sampai sekarang kes Nurin macam tiada jalan penyelesaian kan..

    ReplyDelete
  2. tu la...sama-sama kita berdoa semoga pembunuh kejam tu berjaya ditangkap

    ReplyDelete