Monday, October 25, 2010

5R

***amaran entry ini agak panjang okey***
salam semua muahahaha
saja jer nak taip entry terbaru
nak lepas gian berblog kejap he3
maklumlah nak isi masa lapang katakan ki3......
(cis yu-hee daripada kau sibuk taip entry baru baik ko pegi taip report BIG yang terbengkalai)
sebenarnya tiba-tiba rasa nak buat entry pasal tema projek kempen alam sekitar kami
tema kami ialah 5R
ramai dah biasa dengar 3R tapi apa itu 5R?????
5R stands for relax, respons..............eh pe ngarut nirh
5R stands for reduce, reuse, repair, rethink and recycle
okey meh nak cerita satu per satu.....

rasanya kalau recycle tak payah la nak terang panjang lebar sangat la sebab kalau anda masih tak tau lagi saya menyeru anda hantukkan kepala kat dinding beramai-ramai......
dah macam-macam kempen buat untuk recycle ni kan?
barang apa yang boleh recycle?
mestilah, kertas, tin, plastik n kaca......
tapi kan adik-adik n akak-akak bukan semua kertas, botol, plastik n kaca boleh recycle macam tu jer
ada jugak jenis dia.....so nak tau info lebih lanjut tengok kat sini ek
klik gambar untuk imej yang lebih jelas yerk........
lagi satu untuk pengetahuan semua....kalau tak silap sebenarnya dekat jabatan alam sekitar,
ada sediakan satu bekas untuk recycle semua bateri, charger handphone n a few barang eletronik ni
sebabnya masa pergi jabatan alam sekitar kuantan hari tu ada nampak bekas untuk recycle tu
jadi saya anggap maybe semua jabatan alam sekitar ada kot
lagi pun jangan la buang bateri tu sebarangan jerk
kemungkinan boleh menyebabkan keracunan pada air dan sebagainya.....
tolong lah peka sedikit okey.

next ialah pasal reduce = kurangkan
tolonglah kurangkan barang-barang yang sukar nak lupus
contohnya polisterin tu janganla guna sangat.....
cara nak kurang guna polisterin+plastik, jangan selalu bungkus makanan....makan jer kat kedai tu
kalau nak bungkus jugak....bawaklah bekal sendiri okey.
tu pasal barangla....lagi satu pasal eletrik and air
kalau anda duduk kat office or kelas just seorang @ 2 orang.....maknanya dalam lingkungan yang sedikit,
tak payahla pasang semua kipas and lampu.....
macam mana la pemanasan global tak meningkat disebabkan pengunaan eletrik yang melampau.
lagi satu info yang saya dapat.........gosok pakaian untuk seminggu terus lagi menjimatkan daripada gosok pakaian sekali sehari.....(yu hee sila ambil perhatian okey dush2x......)
dari segi air pulak......tolonglah time basuh pinggan, gosok gigi jangan la biarkan air tu mengalir macam tu saja....
sangat-sangat membazir!!!!
kalau nak gosok gigi tu untuk kumur-kumur, sediakan cawan
lagi jimat!!

reuse ialah gunakan semula......
kalau anda beli barang yang rasa boleh guna semua memang bagus
contohnya milo kan..........mula-mula beli la tin dia......
lepastu beli je la yang refill punya. so jimatlah penggunaan tin
kalau rasa tin tu dah berkarat baru tukar.....
plastik shoopping tu boleh guna semula untuk jadi plastik sampah........
jadi tak payahla nak membazir duit untuk membeli plastik sampah lagi.......

repair......ialah baiki semula
pertama sekali, mana-mana alatan yang boleh dibaiki tolonglah baiki
mentang-mentang ko banyak duit boleh buang macam tu jer and beli yang baru....
memang tak sayang alam betul.
kedua....baiki sikap kamu yang tak ambil peduli pasal alam sekitar ni....
sedarlah, banyak cara yang boleh kita lakukan untuk selamatkan alam sekitar

last sekali ialah rethink....
rethink boleh terbahagi kepada dua
pertama pikir dulu sebelum buang
fikir la kalau benda tu boleh guna lagi tak payah la buang.......
kalau tak nak guna bagi la kat orang lain yang boleh gunakan
dah la membazir duit, mencemarkan alam pulak tu
yang kedua fikir dulu sebelum beli......
sebelum membeli tu pikir dulu benda ni ada kegunaan ke tak.......
kalau tak guna baik jangan beli nanti takut akan dibuang begitu sahaja


sekian penerangan saya tak berapa lengkap ni....
kalau nak tahu lebih lanjut google je 5R mesti keluar punya....
sebab apa saya tetiba rasa nak tulis entry ni....
sebab saya sedih tengok sampah yang dibuang macam tu je oleh manusia (termasuk saya)
untuk menjalankan projek ni, saya dan rakan pergi sendiri tempat pengumpulan barang kitar semula tu
tau tak barang-barang eletrik macam peti ais and mesin basuh tu dah setinggi rumah bango dua tingkat tu
nampak sangat teknologi bukan sahaja mampu menjadi hidup manusia mudah tetapi mampu memusnahkan hidup manusia juga bila disalah guna.........
barang-barang lain tak payah cerita la
lebih baik anda tengok sendiri supaya dapat kesedaran sikit
so sebagai salah seorang rakyat Malaysia, saya harap anda perihatin akan keadaan sampah-sampah disekeliling anda.......
tak rasa ke kawasan kita semakin sempit sekarang?
tak rasa ke sungai and kawasan air kita makin kotor hingga banyak penyakit contoh kes kencing tikus tu
tak rasa ke kita makin susah untuk bernafas sekarang?
fikir-fikir kan dan selamat beramal................

4 comments:

  1. aku suke post kau.
    :) banyak belajar.

    kau, camne aku nak buat header gambar cam kau punye eh.
    aku tak retiiiii.
    header aku buruk tak kool. :(

    ReplyDelete
  2. ha3....thanks honey

    aku guna picasa. just cari gambar comel-comel pastu edit nak tulis atas gambar tu guna picasa senang jerk....kalau guna adobe pun macam haram aku tak reti he3

    ReplyDelete
  3. nice entry..leh bagi info kat orang lain..

    ReplyDelete