Monday, October 25, 2010

Tak Suka Naik Bas Dengan Budak SEKOLAH

salam semua.....fuhhhhh dah berhabuk blog ni
first sorry tu my lovely cik akma....
tak dapat nak join contest tu sebab baru perasan....
saya tak ada gambar candid hahahaha
nampak sangat kaki pantang tengok kamera.......
sorry jugak sebab tak dapat nak update entry baru
banyak je benda nak cerita tapi.....
minggu lepas sibuk dengan program anak angkat
lepas balik daripada program tu sibuk pulak duk study untuk test SDP
SDP is seni dalam pendidikan not seni dalam percintaan hu3
okay enough mengarut
saya selalu cerita pasal pengalaman naik bas kan....
sebab dalam bas pun kita boleh refleks banyak benda sebenarnya....
kali ni nak cerita pasal budak sekolah.....
budak sekolah menengah la bukan sekolah rendah.....
tadi naik bas dari kuantan ke kuala lipis....perjalanan ambil masa selama enam jam
salah satu benda yang saya tak gemar bila budak sekolah naik bas ramai-ramai
campur sekali dengan geng sehidup semati mereka ialah mereka akan buat bas tu macam bas sekolah mereka!! paham tak maksud saya?

macam tadi,
pak cik bas pasang radio, dia orang pasang lagu ikut handphone....
tau tak apa itu pening kepala dengar dua lagu dalam masa yang sama.
dengar lagu tahan lagi....ni nak dengar dia menyanyi sekali
adik.....Malaysia ni negara perihatin.....
banyak lagi tempat adik boleh salurkan bakat adik tu....
akademi fantasia, mentor, one in a million kalau nak yang patriotik masuk la uji bakat bintang RTM!!
yang budak perempuan lagi bagus....ketawa mengilai macam la kami semua dalam bas tu member baik dia


HELLO kamu perempuan tak ada rasa malu ke???
paling tak suka bila berhenti rehat kat temerloh, budak-budak tu turun kejap mesti hisap rokok
naik bas, bau rokok......tak suka la.
nasib la budak-budak ni just naik sampai bentong jerk.
sekolah apa....tak payah la aku nak ambil tau
jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga....
ada jer 2, 3 orang budak yang baik je dalam bas tu....satu sekolah lagi
tapi sebab mereka-mereka ni imej satu sekolah boleh rosak....
tapi tak salahkan mereka seratus peratus....
sebab ada banyak benda or sebab yang boleh buatkan mereka behave macam tu
lagi satu ialah benda ni boleh balik pada saya balik....
if saya ada sikap berani menegur kan bagus....
at least saya jalankan juga tanggungjawab sebagai bakal pendidik....
tapi saya tak berani.......saya sebenarnya sangat jelous dengan orang yang boleh suarakan pendapat mereka dengan berani........
anyway adik-adik semua......behave la....
kita warga Malaysia ni kaya dengan budi bahasa.....
kita semua pengguna pengangkutan awam tu jadi......hormatilah hak orang lain okeyyyy


yu hee says: lately ni sedih tengok sikap warga muda..........

No comments:

Post a Comment