Friday, December 23, 2011

congratulations


assalamualaikum semua
just nak ucapkan congratulations dekat my little sister
she manage to get 7A's n 1B for her pmr result.
really proud of her ha3
ada sesetengah saudara sebelah bapak pun terkejut bila my lil sis dapat 7a
and my father also terkejut
but for me,
she worth it.
sebab saya tau setiap kali saya balik rumah
bleh tengok macam mana cara dia belajar...
lagi rajin kot dari saya.
so, congratulations once again
and prepare for spm plak okey...
all the best my sis

Wednesday, December 14, 2011

kempen membaca...


beli dua buah buku ni sebab nak bawak balik kampung nanti boleh baca...
dulu saya tak pernah pun sentuh novel english..
konon sebab fikir nanti baca bukan faham pun...
walaupun cikgu english selalu galakkan membaca novel english
tak pernah terlintas pun nak baca ha3...
lagi pun novel english mahal
novel melayu pun mak bapak saya tak kan belikan
inikan novel english ha3
rasa macam poyo gile alasan...
tapi lepas duk layan anime, drama korea, drama jepun n segala jenis drama dari luar
baru faham..
english ni bukan susah pun nak faham...
bukannya kita kena faham satu persatu maksud perkataan tu...
asalkan kita tahu apa yang dia nak sampaikan menerusi ayat tu sudah
jadi tak semestinya baca novel english ni kita kena letak kamus kat tepi
sebab nak cari maksud ayat...
janji kita faham apa yang dia nak sampaikan menerusi novel tu sudah..
okey sekarang tengah baca buku cecilia ahern..
story dia memang best la
jadi nak sambung balik baca
bubye...

p/s: terpengaruh baca novel english ni sebab tengok rummate yang setiap minggu kena baca satu novel english..hebat la dia he3

jom menjahit


assalamualaikum semua....
nampak tak apa yang ada dalam plastik beg tu???
bukan ular sawa, ular tedung ek...
tu kain yang baru je siap dipotong untuk dibuat baju kurung
cuti hujung tahun ni...tiba-tiba je rasa nak belajar menjahit
tapi tak tau boleh siap ke tak..
biasala orang malas macam saya kan ha3
beli kain dah 5 hari baru buat pola..
itupun kena paksa dengan mak ha3
lepas 5 hari baru la potong kain...
agaknya kena tunggu lima hari lagi baru nak menjahit kot.
ntahla...time hujan2 ni semangat nak menjahit tu lemah skit...
semangat nak tarik selimut tu memang selalu la kan ha3
harap-harap boleh siap sebelum balik maktab.
nak merasa gak pakai baju jahitan sendiri..
wish me luck okey....



p/s: jahit baju kurung ni memang banyak kena sabar rupanya..mak saya cakap nasib baik saya belajar menjahit dengan dia. kalau belajar menjahit dengan orang lain dah kena lempang dah...

Thursday, November 10, 2011

malam diner arabian night....tak berapa nak arab

assalamualaikum semua...
hari ni nak cerita something yang dah basi...
hari tu blok kita orang ada buat jamuan blok
tema dia...arabian night hu3... tapi tak da nak arabnyer la
semua pun pakai lebih kurang jer jubah dengan shawl...
yer la nak kena gi makan kat hotel 5 bintang tak la jugak...
jadi kita pakai la setakat yang berpada-pada....dah la malas nak citer. layan gambar jer la





gadis-gadis meja pada malam itu hu3... my lovely classmate



 mc pada malam tu ha3...my rummate

nak dijadikan cerita tak tau la suey apa kat meja kita orang malam tu
cabutan bertuah sorang pun tak menang kat meja kita orang
memang tension la


muka-muka bosan


sampai tertidor dah budak ni ha3

lastly ada jugak sorang yang terkena cabutan bertuah kat meja tu..
meh kita temuramah dia meh
apa perasaan anda memenangi cabutan bertuah ini?
....

.....

.....

......

......


saya rasa sangat gembira!!!!


bersama bestfriend n akak kesayangan

anyway malam tu memang fun tapi dekat meja kami jer la
overall majlis okey
tapi makanan teruk giler...
tom yam rasa macam gulai asam
ayam pun kalau campak kat dinding boleh pecah dinding tu
dasyat tak makanan yang kami makan malam tu..
maybe chef hotel tu tak sihat ko malam tu hu3
sabar jer la

Sunday, November 6, 2011

selamat hari raya aidiladha



selamat hari raya aidiladha daripada tuan punya blog yang lama menyepi.
serta blog yang telah berhabuk, berkarat dan sebagainya.
insyaallah tuan punya blog akan update entry baru....
INSYAALLAH HE3.....

Tuesday, October 18, 2011

sate ikan nyum...nyum...nyum

assalamualaikum semua...
nak tanya anda semua pernah makan tak sate ikan?
last saya makan waktu sekolah rendah.
ingat lagi time tu lepas sekolah terus belari kat pak cik yang bawak motor macam ni.


















dapat sebatang pun jadi lah.
rasa macam puas giler.
lepastu cakap dalam hati bila dah besar nanti ada duit banyak boleh beli banyak-banyak sate ikan.
pastu makan sorang-sorang (ape kes???)
mungkin sebab Allah tahu niat tak baik saya ni...
lepastu sekolah rendah tu sampai ke sudah tak jumpa sate ikan.
sedeh wooo.............
sampai la hari jumaat yang lepas...
pegi pasar malam, nampak pak cik tu jual sate ikan.
terus pegi beli.
tapi tak beli banyak la sebab nak rasa dulu...
rasa dia tak 'kick' macam dulu la.
kalau dulu serius sedap giler especially tang kuah dia...
sekarang lain dah woo....woo....woo....
rindu pulak ke pak cik jual sate ikan yang dulu.
lepastu harga dia pun dah naik sikit.
standard la zaman sekarang kan bukan senang nak cari duit.
tak per la janji boleh lepaskan gian...

Saturday, October 8, 2011

minggu menghabiskan wang dan tenaga

assalamualaikum semua...
hajat asal malas nak balik rumah.
tapi lepas fikir tak ada apa nak buat kat maktab
lepastu macam tekanan jiwa je duduk kat maktab
terus plan nak balik rumah.
mula-mula malas nak balik rumah sebab adik pun tak habis PMR lagi.
mesti tak syok punya nak jalan-jalan
tapi paksa juga adik saya temankan pergi jalan-jalan
hehehe terukkan?
dah keluar bandar kuantan ni, banyak gilerrr shopping hari ni.
nampak tak penekanan ayat gilerrr tu
memang waktu bayar tu buat pejam mata je duit melayang.
tak pe, terapi minda orang cakap...
duduk lipis pun bukannya boleh beli apa kan.
sekali sekala balik, apa salahnya habiskan duit untuk diri sendiri n adik beradik.
mula-mula pergi Kuantan Parade beli tudung n seluar...
lepastu, pergi Megamall pulak sebab my sister nak beli beg,
saya pulak beli aksesori yang murah sebab nanti ada dinner blok asrama...
tema dia arabian night.
ada member cakap, kita pergi dinner tu pakai kain solat sudah
hahaha ada ke patut.
lepastu pergi lunch kat pizza hut....
servis lambat giler....maybe sebab ramai orang kot hari ni.
nasib baik sedap hu3.....
ingatkan nak tangkap gambar makanan tapi bila makanan sampai terus bersilat atas meja tu
makan memang tak ingat dunia
sebab dah lama teringin nak makan pizza katakan he3
okey lah....ini sahaja cerita untuk hari ni...
saja je story sebab nak lepaskan rindu menulis kat blog
maaf ek sebab tiada gambar sebagai penyeri hahaha (berseri la sangat)

Sunday, October 2, 2011

good luck for u

assalamualaikum...
seperti yang kita maklum hari selasa ni adik-adik kita akan mengahadapi PMR
adik saya juga akan menghadapi PMR....
serius saya rasa berdebar ha3
anyway semalam dah call dia....
tapi tak wish good luck pun
just cakap "jawab betul2....baca doa sebelum jawab."
well maybe sebab keluarga kami ni memang janggal sikit bab2 memberi semangat ni ha3
tapi kalau bab kutuk mengutuk memang tak janggal lansung ha3...
anyway....untuk kamu gud luck okay....
i know u can do it....
aja...aja fighting!!!



Monday, September 12, 2011

dah malas ada hati nak buat blog

salam semua.....
hahaha ni tak tau nak buat mukadimah apa la kan
kalau biasa orang tak update blog cakap blog dia berhabuk....
saya punya blog ni bukan setakat habuk dah. rasanya
segala debu, sawang dan sebagainya semua ada.
sebulan beb tak update blog!!!!
tak yah la bagi alasan busy dengan life dan sebagainya.
orang lain buat blog ada je masa nak update.
cakap je la awak tu memang malas teheeee.......

saja je nak melawat blog tercinta
rindu la pulak nak kembali menulis something.
tapi jangan letak harapan tinggi la.
skill menulis saya memang below zero....
dulu buat assingment nak merapu tu 4, 5 pages boleh lepas.
sekarang nak lepas satu muka surat pun nauzubillah....
jadi kalau kamu baca blog saya rasa macam penulisan saya macam hampeh,
ignore je la ek.....

nak cerita pasal raya, terus terang cakap raya tahun ni macam tak beraya.
harap je baju raya sampai empat pasang.
yang pakai just satu pasang jer.
itu pun pakai sebab gerak balik ke kampung pada pagi raya.
memang tak best!
tahun-tahun sebelum ni sebelum hari raya dah ada kat kampung dah.
tahun ni menghabiskan raya pertama dalam kereta.
terus tak ada mood raya lansung.
gambar raya yang ada pun just dalam kereta.
ish memang tak best la.
apa-apa pun, lepas ni saya akan cuba update blog sekerap yang mungkin.
happy dapat menulis kembali :-)

Saturday, July 16, 2011

hello n hiiiii

assalamualaikum. rasanya dah lama tak update blog kan
sorry semua, bukan tak nak update tapi serius busy giler beberapa hari ni.
satu minggu hari tu tidur lewat dua or tiga pagi.
kenapa busy????
sebab saya dah start praktikum........
yeay!!!!!!!!
hahahaha... kondisi sekolah baru sangat best.
cikgu yang okey, murid pun tak ada masalah sangat cuma terlebih peramah jer...
yang penat cuma banyak sangat aktiviti kat sekolah tu
sampai tak terkejar je rasa.
memang cikgu kat sekolah tu sangat tabah la.
waktu praktikum ni memang agak susah la nak update blog kecuali pada hujung minggu
sebab waktu hari biasa nak kena buat rph sampai 4 - 5 muka surat.
kadang-kadang satu hari sampai dua rph nak kena buat.
lepas tu nak kena buat abm yang dasyat-dasyat.
maklumlah guru pelatih kan mesti kena buat gempak-gempak.
penat, of course penat.
tapi rasa penat tu seakan-akan terbayar bila kita masuk kelas dan murid akan bertanya...
cikgu-cikgu kita nak belajar apa hari ni? or
cikgu-cikgu kita nak main apa hari ni?
totally best hehehehe
rasa macam letih tu hilang tiba-tiba bila anak murid semangat nak belajar.
tapi mengajar ni banyak jugak cabaran dia.
kalau kurang sabar memangla boleh cedera anak orang.
yang penting ikhlaskan hati dan jangan label budak...
kawan-kawan semua doakan yang terbaik untuk praktikum saya ni ek
bye......

Monday, June 27, 2011

what the............

baru balik maktab....
air tak ada.....
jangan mencarut....
sabor yu hee ...........sabor
:-)


p/s: saya mandi tau..................mandi tau!!!

Sunday, June 19, 2011

i love u always n forever

assalamualaikum semua
hari ni nak cakap pasal ayah, abah, papa or ape-ape la panggilan yang anda panggil untuk ayah anda.
saya panggil ayah saya abah
waktu kecik saya rapat gilerrr dengan abah
ingat lagi waktu tu
tapi lepas adik lahir tak berapa nak rapat dah.
tak suka adik hahaha (suka hati kau jer)
tapi abah adalah antara orang paling istimewa dalam hidup saya

saya ingat lagi waktu saya upsr n raser macam tak ada harapan nak dapat result tinggi-tinggi.
cikgu pun target saya dapat setakat 2A jer
tapi abah sentiasa bagi kepercayaan dan sokongan kepada saya.
Alhamdulillah saya dapat jugak 4A
PMR pun macam tu jugak
tapi berkat doa abah dan usaha saya menjejak kaki ke tempat tuisyen dari hari biasa hingga hari minggu
serta dengan izin Allah
dapat jugak saya 7A
waktu tu macam cikgu dah tak ada harapan kat saya.
subjek mate asyik fail n subjek sains pun cukup2 makan jer
tapi yang beri kepercayaan kat saya adalah abah
sebab tu saya selalu rasa abah paling istimewa.
tapi saya tau result SPM saya tidak mampu membanggakan abah
jadi saya buat yang terbaik apabila berada di maktab ni.

abah dengan saya macam ada telepati
bila saya murung or ada masalah kat maktab
automatik abah akan telefon dan tanya keadaan saya
kalo tak tanya keadaan pun dia akan telefon jugak saya tiba-tiba.
lepas dengar suara abah, mesti boleh lupa segala masalah.
sebab mesti fikir datang maktab ni nak belajar nak banggakan abah.
tak payah la fikir segala masalah yang serabut tu

orang selalu panggil saya anak abah atau anak manja.
tapi ada saya peduli
bagi saya selagi kita hidup ni boleh bermanja dengan ibu bapa, buatla
kalau dah hilang tempat bermanja tu baru kau tau!
saya rasa, saya lagi rela bermanja dengan abah daripada bermanja dengan lelaki bukan muhrim saya
at least bermanja dengan abah masih halal lagi
saya juga libatkan ibu bapa saya dalam buat keputusan mengenai hidup
daripada kamu kalau buat keputusan tanya pakwe daripada tanya parents apa hal?
sekurang-kurangnya saya dapat jugak barakah dalam keputusan saya hasil doa ibu bapa
(tetiba teremosi pulak)

lastly saya nak cakap.
thanks abah sebab menjadi abah terbaik kat dunia ni.
sekarang saya tengah sakit.
thanks sebab sentiasa temankan saya.
abah tak pernah kisah masuk kerja lambat janji keadaan saya baik-baik saja
walaupun abah selalu kena marah dengan doktor sebab banyak tanya keadaan saya
(doktor tu memang nak kena makan penampor la bila saya sihat nanti)
abah tak pernah jemu bertanya pasal keadaan saya dekat doktor tu.
abah selalu bagi keutamaan kat saya
macam mana abah bagi keutamaan kat saya sekarang,
insyaallah saya akan buat macam tu jugak pada masa hadapan nanti
semoga saya jadi anak yang solehah yang taat pada kedua ibu bapanya.
saya sayang abah dulu, sekarang dan selamanya

Saturday, June 18, 2011

alhamdulillah.....nothing more can say

assalamualaikum semua....
sekarang ni rasanya mesti musim cek result online kan?
ha3....maktab saya pun begitu juga.
sebelum tu minta maaf sebab tiada entry selama minggu ni
sebab hari tu ditahan dekat wad dalam tiga hari.
sekarang sudah berada di rumah tapi esok akan dimasukkan ke wad balik
tak apa itu semua lain entry kita cerita.
saya harap kawan-kawan blogger dapat doakan kesihatan saya
berbalik pada cerita asal.
saya baru jer semak result malam semalam.....
tak tahu nak cakap apa selain hanya bersyukur ke hadrat Allah.
first sebab saya tak gagal
second sebab saya hampir nak dapat anugerah cemerlang.
hampir tapi tak dapat pun he3....
tapi bagi saya it's okay
tak nak tamak-tamak sebab dapat result macam ni pun saya dah bersyukur giler.
hanya Allah dan rummate jer tahu macam mana saya study waktu exam hari tu
n saya tak berapa nak study pun sebab memang tak sihat lansung waktu tu
nasib baik saya ada kawan yang baik
yang tolong siapkan nota
bagi saya fotostat nota dia untuk dibaca
dengan nota tu je lah saya baca dan berserah kepada Allah
mungkin doa saya diterima dan Allah makbulkan
Alhamdulillah.
terima kasih juga kepada kawanku itu....
budi awak serius tak dapat saya balas.
awak baik giler ke saya walaupun saya selalu buli awak
awak tak pernah dengki dekat saya or risau kalau ada orang lain lagi tinggi dari awak.
saya sayang awak dan saya doakan awak akan terus berjaya
friendship forever.........

Saturday, June 4, 2011

karipap boleh buat saya terketar-ketar

assalamualaikum semua
ha.........jangan fikir bukan-bukan akan tajuk entri ni yerk
meh nak cerita pasal karipap kat anda semua ni
kenapa karipap boleh buat saya terketar
saya bukan peminat sejati karipap
malahan boleh kata saya dah agak traumatik tengok karipap ni 
dasar tak reti bersyukur
sebab mak saya penjual karipap sejuk beku berjaya
jadi setiap hari memang dah biasa la tengok produk karipap ni...
tapi bukan itu yang buat saya terketar...
yang buat saya terketar ialah bila kawan-kawan mak saya datang nak beli karipap
kalut engkau....
saya ni memang sudah kategori anak bukan mithali.
balik rumah bukan tahu nak tolong buat karipap pun
so, memang tak tahu la karipap jenis apa yang ada dalam peti,
harga pasaran karipap sekarang berapa...
berapa banyak lagi stok yang ada...
memang clueless betul la pendek kata.
jadi, bila kawan-kawan mak saya datang nak beli karipap
time mak saya or adik tak ada kat rumah.
mulalah kalut duk sibuk call mak, tanya itu tanya ini
nak masuk karipap dalam plastik pun boleh terketar..
dah jatuh saham depan mak cik - mak cik tu
spoiler betul la hahaha
jadi, buat adik-adik dan kawan-kawan yang lain
jadilah anak yang rajin 



p/s: alhamdulillah sebab karipap ni berjaya menambah pendapatan sampingan keluarga kami...moga bisnes mak terus maju he3

Thursday, June 2, 2011

pasta

assalamualaikum semua.
hari ni nak cerita pasal pasta...
bukan cerita makanan pasta tu ek sebab tekak saya ni kurang sikit bab western ni
cerita pasal drama korea tajuk pasta.
okey kalau nak baca sinopsis dia meh tengok kat sini pasta
tak reti nak cerita pasal sinopsis ni so biasanya cari kat internet jer hu3


mula-mula ingatkan cerita ni tak best.
lepas tu tertengok ost lagu cerita ni yang kyuhun (suju) nyanyi.
terus terasa nak tengok cerita ni.
bagi saya cerita ni sweet giler...
boleh buatkan hati kita rasa dugeun2 jugak la.
saya layan cerita ni pun dalam masa 2 hari jer hahahaha
jalan cerita dia pun best sebab watak heroin tu yang tak mudah mengaku kalah.
yang tak best dan buat saya rasa nak maki jer sebab
kenapa la dressing heroin dia pelik bebenor.
selekeh tau. belum masuk rambut dier.
geram jer rasa hu3
daripada 5 bintang, saya bagi 4.5 bintang untuk cerita ni.....



p/s: tak sabar nak tengok drama kerjasama taiwan dengan korea tajuk skip beat. ada siwon and donghea hu3...lagipun anime skip beat tu best giler so, nak tengok macam mana lakonan mereka pulak.

Wednesday, June 1, 2011

sekian lama tidak menaip

assalamualaikum..
wah... lama sudah blog ni ditinggalkan
ada banyak sebab kenapa lama tak menulis something dekat blog ni.
pertama sebab buzy dengan exam dan kedua sebab keadaan kesihatan yang tak mengizinkan.
yup masa exam hari tu, saya terkena penyakit beguk...
baru saya tahu bahawa beguk ni berpunca daripada virus serta boleh berjangkit.
bila kita beguk, automatik kita akan demam dan sakit kepala sekali.
kalau nak tahu lebih lanjut pasal beguk ni,
bolehlah menjeguk link ni penyakit beguk
serius time exam hari tu rasa macam tak jawab apa-apa
sebab nak study pun tak larat, telan air liur pun sakit
2 hari tak makan nasi sebab tak boleh telan lansung.
hari seterusnya tu okey sikit tapi tak makan banyak la.
makan pun untuk alas perut jer....
balik rumah, memang mengada-ngada sikit la mintak mak masak macam-macam.
terima kasih mak hehehe
sepanjang saya kena beguk waktu exam tu,
banyak benda buat saya sedar.
saya ada kawan yang boleh menjadi tempat bergantung
kawan susah dan senang.
kawan macam ni, sumpah saya sayang sampai mati.
saya cuma hantar message mintak tolong
dan dia naik dari tingkat satu hingga empat tanya saya ada masalah ke?
alhamdulillah, saya dikurniakan nikmat sakit
supaya saya nampak ada banyak lagi nikmat lain yang Allah berikan pada saya.
erti sakit ni jugak ajar saya untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada...
saya, mungkin tak mendapat result yang cemerlang untuk exam kali ini.
saya juga mungkin tidak mendapat kedudukan pertama dalam kelas lagi.
tapi sekurang-kurangnya saya mendapat sahabat yang akan bersama saya susah dan senang.
Alhamdulillah!

Tuesday, May 10, 2011

mummy syafie giveaway



tarikh tutup contest ni akan tamat pada 16 MEI 2011
so, kepada semua rakan-rakan, marilah join contest ni ramai-ramai okey...
lagi ramai, lagi meriah.
lagipun, hadiah utama dia cantik sangat
i loikeeeeeeee banyak2

sekarang, nak tag tiga rakan yang bertuah:
cik akma
mama gee
ruby

sebarang maklumat lanjut sila rujuk dekat blog mummy syafie
selamat mencuba

Diletakkan dekat tempat yang unik mesti akan buat perkara yang pelik

hahaha ni la first entry saya saya yang menggunakan tajuk panjang giler
serta first entry pada bulan ni.
tetiba rajin sedikit nak menaip di pagi hari ni.
okeyhhh sekarang saya tengah study week.........
yippie, yippie, yippie
ceh yu-hee orang lain dah sibuk goyang kaki, main ukur luar kawasan rumah
hang baru study week........
sabar je lah mak ni
dah lah study week, lepastu tak boleh balik rumah pulak
fine!!!
cuba terima sebab tempat saya belajar ni lain dengan universiti.
mungkin stlyle dia memang macam ni kot
jadi ingatkan masa study week dapatlah duduk kat bilik sambil ukur luas katil.
last-last semalam ada la pulak majlis meraikan pengarah baru.
tak apa lah, kita meraikan tuan yang baru datang.
nak buat macam mana kan.
habis je majlis menyambut pengarah tu,
dia buat pengumuman yang pada hari ni ada taklimat peperiksaan....
aigoooooooo, aigoooooo
saya cuba menerima dengan hati yang terbuka
sambil tangan di dada dan mata menghadap ke atas...
pleaselah....ni kan study week...
kenapa la tak wat taklimat awal-awal.
tahu tak study week adalah masa untuk pelajar habiskan segala movie 
serta drama yang terperap dalam external masing-masing.
nampak sangat perangai tak senonoh di situ.
dah lah kalau saya membebel banyak-banyak kat sini pun
bukannya pengarah baru saya tahu luahan isi hati saya 
sekarang ni marilah bersiap dan melangkah penuh keyakinan ke dewan
sambil hati ni menyumpah-nyumpah
kepada rakan-rakan yang telah bercuti, selamat bercuti diucapkan
dan kepada rakan yang akan dan sedang menduduki peperiksaan macam saya
all the best!!!



Wednesday, May 4, 2011

nasi lemak dan jajan

assalamualaikum semua.
saja je nak buat short update...
tak da la nampak blog ni macam kosong gila kan.
hari tu, terbaca la surat khabar pasal peniaga jajan dekat luar sekolah kena gempur.
mereka dikenakan kompaun sebab jual makanan tak sihat ni.
bagus betul usaha kerajaan dalam menangani masalah obesiti di kalangan pelajar.
tapi janganlah benda ni sementara jer.
lepastu dah tak ada apa-apa tindakan.
tetapi sebenarnya banyak punca yang menyebabkan pelajar zaman sekarang cepat obesiti
nak kata pasal jajan..
zaman saya sekolah rendah dulu belambak je jajan jual kat luar sekolah
tapi rasanya tak ada pulak ramai budak obesiti pada zaman saya.
baiklah, sekarang biarlah saya nyatakan pendapat saya kenapa budak sekarang cepat obesiti 
selain daripada punca nasi lemak dan jajan tu
ni pendapat saya je la....
terima atau tidak, itu semua terpulang la ek...

1) kemampuan hidup
masa zaman saya dulu, duit belanja sikit jer. biasanya antara cukup dengan tak cukup kalau nak beli jajan tu. ada hari dapatlah merasa jajan tu. ada hari tidak.budak zaman sekarang, kebanyakan ibu bapa memberi duit belanja lebih dari yang diperlukan. oleh sebab itu, mereka boleh membeli makanan-makanan ringan ini dalam kuantiti yang banyak. tapi bukan semua ibu bapa cuma kebanyakan je.

2) budak tak bergerak
kalau zaman saya dahulu, main longkang, paya, pokok pendek kata semua tempat la nak jelajah. rasa macam adventure giler hahaha. tapi budak zaman sekarang, kalau tak hadap tv, pegi hadap game. itu je la. rasanya paling banyak budak itu bergerak ialah sewaktu di sekolah. kalau dekat rumah, memang agak payah la nak bergerak banyak-banyak melainkan rumah dia besar. oleh sebab kesibukan bekerja, susah jugak la nak bawak budak-budak ni beriadah....

3) pendidikan jasmani dan kesihatan
saya cakap terus terang la, berapa banyak sekolah yang betul-betul gurunya menjalankan pendidikan jasmani ni.sekolah yang saya jalani praktikum, budak-budak sampai nangis tak mau bagi saya pergi sebabnya mereka cakap nanti masa pendidikan jasmani mereka tak boleh main kalau cikgu lain ajar. pendidikan jasmani ni penting sebenarnya sebab melalui sukan la budak akan belajar kemahiran dan strategi secara serentak. saya ambil contoh, jika budak belajar kemahiran bola baling, mereka juga belajar macam mana nak gunakan strategi main bola baling untuk kalahkan pihak lawan. saya tak ingat sama ada di rusia or israel di mana kanak-kanak mereka diajar memanah sejak kecil supaya mereka boleh belajar macam mana nak kekal fokus. jadi pendidikan jasmani ni bukan sahaja membantu kesihatan tubuh badan pelajar, tetapi turut membantu minda pelajar ni secara serentak sebenarnya. serta bukan semua guru tidak mengajar pj tetapi menjadi tanggungjawab semua guru untuk memastikan pj ini dijalankan.


okeylah itu sahaja nak mengarut hari ni. tetiba jer terasa nak mengarang. okeyh bagi ibu bapa, kakak, abang semua, pekalah terhadap bmi anak dan adik anda. 

Friday, April 29, 2011

pengalaman pertama mengajar

 akhirnya dapat jugak menulis kembali dekat blog yang dah berhabuk ni
bukan apa, kalau dekat maktab tu rasa macam tak cukup nafas je
ada je kerja yang nak kena disiapkan.
okey sekarang nak cerita pengalaman pertama mengajar.
kawasan sekolah merupakan sebuah kawasan kampung yang aman damai
murid-murid, alhamdulillah semua okey dan baik
yang nakal tu mestilah ada.
pertama kali masuk kelas untuk mengajar boleh membuatkan tekanan darah naik
sebab ada kelakuan murid yang agak kurang sopan
namun setelah di 'brainwash' semua kembali okey
esoknya pulak, ada cikgu bagi tahu yang murid-murid cakap saya ni garang
hahaha tak apa cikgu garang
supaya awak hormat cikgu awak sikit.
cikgu garang sebab cikgu sayang awak semua tu
nak bagi kelakuan awak semua tu nampak sopan sikit.
menghabiskan masa selama sebulan dengan murid-murid ini memang best
mengajar saya erti sebenar bahawa menjadi guru ini bukan senang
melalui guru, generasi yang baik boleh dibina
dan melalui guru juga generasi yang baik boleh dimusnahkan.
menjadi seorang guru dikawasan kampung, apa yang menyenangkan ialah, 
sikap murid yang sangat respek guru.
tapi apa yang sukar ialah macam mana nak dedahkan murid ini pada dunia luar.
contohnya, negara kita sering mengutamakan perpaduan antara kaum
namun, murid-murid kat kampung saya ni tak pernah pun berinteraksi dengan kaum lain
malah bila diajar mengenai kaum lain mereka memang clueless.
tak tahu apa lansung.....
jadi di sini saya dapat lihat tanggungjawab menjadi seorang guru memang sangat mencabar.
hari terakhir dekat sekolah tersebut, murid-murid minta supaya saya jangan pergi.
perghhh memang nak nangis rasanya dan rasa sangat terharu.
ada murid sampai mintak saya mengajar untuk tempoh setahun lagi.
hahaha kalau cikgu boleh jangan kata setahun.
bertahun-tahun pun cikgu nak
apa-apa pun terima kasih banyak-banyak kepada kamu semua
yang telah banyak memberi pengalaman bermakna kepada cikgu
sayang kamu semua banyak-banyak


murid kesayangan....budak tahun 5


murid-murid perempuan yang aktif



murid-murid lelaki yang nakal dan periang



hadiah daripada murid-murid

p/s: panjang umur, murah rezeki kita jumpa lagi

Sunday, April 10, 2011

kisah guru dan anak muridnya 2

cikgu: tanah tinggi mesti ada hutan kan
murid2: yer....
cikgu: jadi hutan bekalkan apa?
murid: makanan, udara, air, tempat tinggal, kayu....
cikgu: semua betul tapi cikgu nak jawapan kayu tu...hutan bekalkan kayu balak. sekarang cikgu nak kamu bagi cikgu contoh nama-nama kayu balak
murid: pokok getah, pokok durian, pokok...............
cikgu: ..........0.0 astaghfirullahalazim.....

p/s: murid-murid, apa yang cikgu soal semua ada kat buku teks tu... nampak benor kamu tak tengoknyer

kisah guru dan anak muridnya 1

cikgu: ok murid-murid kaum melayu mengamalkan kepercayaan agama Islam. sekarang cikgu nak tanya rukun islam ada berapa?
murid2 : ada lima cikgu
cikgu: sebutkan cikgu nak dengar
murid2: kepercayaan kepada tuhan
            kesetiaan kepada raja......
cikgu: (menjerit) ehhhh itukan rukun negara, cikgu nak rukun Islam
murid2: percaya kepada Allah
            percaya kepada Rasul
cikgu: itu rukun iman...cikgu nak rukun Islam
murid2: ..............................LOST
guru: .............................astaghfirullahalazim.............


p/s: murid2 pasni janji tak mahu konpius lagi

Tuesday, March 22, 2011

update praktikum 001

short update
jadi cikgu garang hari ni...
jangan main-main
bukan semua cikgu baru ni baik
buat nakal lepas ni cikgu campak kamu keluar...

p/s: tagline asyik guna sejak datang sekolah ialah campak hu3

Friday, March 18, 2011

jom join faceblog

pernah dengar pasal faceblog x?
saya baru je tahu lepas baca entri cik akma...
o....rupanya faceblog ni macam komuniti untuk merapatkan lagi blogger2 ni.
so kawan2 jom la join faceblog
senang jer nak join,
just klik kat sini n ikut la segala arahan dier
apa tunggu lagi, marilah kita mengeratkan lagi ukhwah sesama ahli blogger hehehe




baru terhegeh-hegeh nak update blog


yer tahu dah blog ni memang dah bersawang sebab nak dekat sebulan tak update
serius sebulan yang penuh dengan aktiviti yang buzy serta mencabar tahap keimanan.
rasanya sebulan ni jugak telah buat darah saya naik...
mungkin ada jugak orang yang saya bermasam muka sebab saya bengang
saya mintak maaf...
biarlah segalanya tamat di situ
sepanjang bulan 2 hingga ke awal bulan 3,
agak sibuk menguruskan kejohanan sukan peringkat ipg
walaupun pegang jawatan tak berapa penting sangat...tapi kalau setiap malam ada perjumpaan
mestilah badan dengan minda penat jugak kan
lagipun dalam bulan tu jugak, ada 2 lawatan nak kena pergi
pertama lawatan untuk subjek budaya dalam pembelajaran,
kami pergi ke sekolah kebangsaan kuala koyan.
sekolah ini merupakan sekolah rendah untuk anak-anak orang asli ok
lepastu kami pergi lawatan pj....yang ni memang wajib la untuk semua guru pelatih sem 5
yang ambil minor pj, pergi lawatan ni...
tapi yang tu akan diceritakan kemudian kalo ada masa....
serius memang nak cerita pasal lawatan ke sekolah orang asli ni...
anak-anak orang asli ni best tau sebab mereka ni macam dengar cakap sikit.
sebelum ni pernah jer pergi sekolah orang asli kat lanai....kat sana pun seronok jugak
ok tak nak cerita banyak, kita layan gambar jerk:




ni tengah tunggu bas nak gerak ke sk kuala koyan. semua muka suci baru bangun tidur...



ni tempat bas berhenti. nak ke sk kuala koyan kena jalan 3 km @ naik lori sebab bas tak muat nak lalu jalan tu. suka gambar ni sebab nampak macam penyelamat dunia jer hahaha especially budak yang duduk paling kanan tu. muka berlagak giler


saya tak naik lori lagi masa pergi sebab nak rasa jalan kaki....tapi kan masa nak pergi sekolah tu lori ni rosak tengah jalan. terlebih muatan kot. sian giler huhuhu



inilah barisan kita.....yang ikhlas berjuang hu3....tau dah budak depan sekali tu memang gedik terlebih. tapi kan serius view kat kampung tu lawa sungguh....memang terasa suasana kampungnyer. kampung sekarang pun dah tak rasa macam kampung hu3


lepas sampai n sarapan semua, bermula aktiviti pertama...penceramah kami en achom...kalau tak silap dia bekas penyampai radio orang asli rtm. dia juga bekerja untuk jabatan hal ehwal orang asli.


ada gaya ceo x? orang suruh dengar ceramah duk sibuk bergambar. muka memang pantang nampak camera


lepas makan tengah hari n solat zohor semua...tibalah masa mendapat adik angkat. yeay....ni adik angkat saya nama dia masdepi....tinggi kan adik angkat saya. adik lepas ni jadi model la. muka dah comel, badan dah kurus, tinggi hu3 jeles i. dulu pernah jugak dapat seorang adik angkat orang asli nama dia norma. adik tu pun comel jugak. orang asli sebenarnya lawa-lawa n comel-comel tau. lagi lawa daripada artis kat malaysia ni. ok kami kena wat aktiviti dengan adik angkat kami secara berkumpulan. serius best giler.


dah selesai aktiviti n majlis penutup, masa untuk bergambar dengan warga sk sungai koyan



bergambar bersama classmate... yeay kami memang gila kamera...


group kami yang fun...ni semua ahli group kami bersama adik angkat. yang 3 orang duduk ni bukan ahli group kami. just menumpang kasih jer sebab tak dapat adik angkat huhuhu


lepas solat asar semua, masa untuk pulang... see saya balik naik lori. memang advanture giler la sampai sakit2 semua punggung


bye-bye sk kuala koyan. panjang umur kita jumpa lagi.

p/s: semua gambar di atas dikreditkan pada semua photographer pada hari tersebut. tak satu pun gambar kat atas merupakan gambar yang saya ambil hehehe. tak suka ambil gambar tapi suka gambar sendiri diambil kui3


Tuesday, February 15, 2011

sand painting






suka sangat tengok video ni...
sebab sand painting dia sweet giler...
teringin nak belajar buat.
tapi sebab tangan saya ni pekong skit
jenis parkinson kan....
masak pun bukan main payah nak belajar...
ni kan pulak nak skill2x buat art ni....
tapi tak dapat belajar pun 
asalkan dapat tengok pun jadilah...
harap readers semua enjoy la video ni...
siapa nak maklumat lanjut pasal sand painting ni 
bleh google.
insyaallah ada.

Thursday, February 10, 2011

secret garden

salam readers,
entri hari ni nak cerita pasal drama korea....
dah lama tak cerita drama korea yang saya tengok...
ada je 2, 3 drama korea and jepun yang dah habis tengok tapi tak sempat nak cerita kat sini.
hari ni nak cerita pasal drama secret garden yang saya baru habis tengok 2 hari lepas


sinopsis:

The drama tells the story of Kim Joo Won (Hyun Bin), an arrogant and eccentric CEO who maintains the image of seeming perfection, and Gil Ra Im (Ha Ji Won), a poor and humble stuntwoman whose beauty and body are the object of envy amongst top actresses. Their accidental meeting, when Joo Won mistakes Ra Im for actress Park Chae Rin, marks the beginning of a tense, bickering relationship, through which Joo Won tries to hide a growing attraction to Ra Im that both confuses and disturbs him. To complicate matters further, a strange sequence of events results in them swapping bodies.

kredit kepada koreandrama.org


oleh sebab saya ni tak reti nak cerita sinopsis, so rembat la sinopsis tu kat mana2 tehehe
pendapat saya pasal cerita ni,
serius cerita ni best giler...
of course la romantik kan n buatkan saya mengalami perubahan hormon jiwang minggu ni...
payah dah nak sembuh ni...
chemistry antara dua pelakon ni memang menjadi la...
buat hero lelaki cerita ni, hyun bin,
walaupun kamu dah tua, tapi kamu still hensem hehehe
jadi sesiapa yang minat tonton drama korea, 
jangan lepaskan peluang tengok cerita ni...

Monday, January 31, 2011

hujan yang turun......

assalamualaikum readers....

perasan tak sekarang ni asyik hujan

especially kat kuantan

lepas hujan jer..... berhenti kejap....... lepastu hujan balik

bila hujan mestilah air jadi sejuk!

maaf keluarga kami tak kaya. tak mampu beli pemanas air

bila air dah sejuk, mestila malas mandi

hujan = air sejuk = malas mandi = kambing

kambing???

eh...saya mandi la cuma malas jer sikit.

tapi saya mandi tau,

betul,

percayalah!!!


hi, walaupun saya tak mandi tapi kita still kena maintain macho...
senyum.......... teruskan senyum........

Sunday, January 30, 2011

saya nak jugak!!!

tadi rummate mesej....

anah ko tau kat sogo ada sale macam-macam....bla...bla..bla....

saya,  membalas dengan ayat baik hati..... 

"seronoknya, bestnye, bagusla....."

dalam hati.................NAK JUGAK SHOPPING!

kenapa??

kenapa time ada duit saya tak boleh beli benda yang best....

sedih la macam ni (ayat nak mintak penumbuk)


ada sesiapa nak bawak saya pegi shopping x? saya janji lepas ni saya x nakal lagi

kenapa saya rasa annoying untuk benda kecil ini

assalamualaikum n hello readers,
tiba-tiba jer rasa nak tulis entry tentang rasa annoying saya ni
kalau readers rasa annoying sekarang baik berhenti baca.
sebab saya tak jamin keselamatan laptop dan komputer readers,
yang mungkin pecah dan berkecai sebab annoying baca entry mengarut saya ni.

1. kenapa saya rasa annoying bila orang di sesetengah negeri rasa apa loghat negeri dia orang tu betul.contoh yer macam ada negeri panggil cili tu cili, ada yang panggil cabai. tapi dia orang rasa penggunaan istilah cili lagi betul daripada cabai atau sebaliknya. tak kan benda macam ni pun nak buat gaduh bahasa tu kan medium perpaduan....mak tak suka la.... (bluwekkkkkk). * ini sekadar contoh okey!!!*

2. rasa annoying bila orang terus menjatuhkan hukuman tanpa menyiasat dulu apa yang berlaku. ada sesetengah orang rasa macam semua orang asyik nak kenakan dia jerk. macam la kau mulia sangat...yang ini memang rasa annoying membara-bara.

3. rasa annoying sebab ada sesetengah orang cakap tak serupa bikin. contoh macam aku tak suka tunggu
orang. sebab tu aku tak akan buat orang tunggu aku. tapi padahal perkara yang berlaku sebaliknya...

4. korang mesti dah start annoying dengan saya kan....jadi tolong jangan annoying okey hehehe


p/s: gambar memang muka nak mintak penampar....(cuba kira berapa banyak perkataan annoying tu)

Saturday, January 29, 2011

kenapa semakin kita besar semakin takut???

salam semua readers......
tajuk macam pelik jer kan
besar tu bukan bermakna badan kita yer
tapi kedewasaan (cececehhhhhh macam tu pulak)
terfikir pasal perkara ni masa nak bukak akaun ASNB
nak menyimpan pulak sebab tak tahu lagi apa yang akan berlaku bila keluar kerja nanti

berbalik pada tajuk asal...
kenapa saya takut bila dah semakin membesar ni...
sebabnya rasa banyak perkara yang perlu dibuat keputusan sendiri
lepastu banyak benda yang perlu difikir...
especially tentang masa depan lah...
macam member-member saya, ada antaranya dah main pelaburan
duit pun dah berkepuk-kepuk dalam bank tu.
saya ni pulak baru nak start menyimpan hehehe
rasa dah lambat pun ada...
tapi bagi saya perkara yang baik ni tidak pernah ada istilah lambat untuk memulakannya.

selain bukak akaun ASNB, saya pun dah start ambil insurans untuk diri sendiri...
yer la kan, tahun lepas dah dua kali accident
lepastu kena diagnosis dengan penyakit.
mula-mula ragu jugak sebab macam tak bersedia jer
rasa macam, oh bapak aku ada ambil kot insurans untuk aku...
rasa macam hopeless giler sebab asyik bergantung kat parents jerk
tapi kawan saya nasihat, tak apa lagi banyak insurans lagi bagus
benda ni untuk kebaikan kau jugak

saya rasa untuk tahun ni saya perlu menjadi lebih bertanggungjawab untuk diri sendiri.
yer lah kalau saya dah ada simpanan,
at least bila jadi cikgu mula-mula dan duit pun tak ada
saya still ada simpanan serta tak akan susahkan my parents nanti.
insurans tu pulak,
kalau parents saya ada ambil insurans untuk saya pun,
at least jika sesuatu berlaku pada saya
insurans yang saya bayar tu mungkin dapat meringankan lagi beban parents saya.
saya rasa dengan cara ni jugak mungkin saya dapat belajar menjadi lebih bertanggungjawab
terhadap keluarga saya nanti kan...
jadi saya rasa ketakutan tu satu perkara yang perlu diatasi
untuk belajar apa erti tanggungjawab
betul tak???






p/s: mahu melangkah pergi ke zaman kanak-kanak sebab rasa banyak benda tak payah pikir (adakah ini dinamakan konflik remaja?) = sila muntah beramai-ramai

Tuesday, January 25, 2011

Random 003

orang selalu berkata....

aku sakit hatila dengan kata-kata kau....

tapi pernah tak orang yang berkata tu terfikir?

dia juga pernah menyakitkan hati orang yang mengeluarkan kata-kata itu...

mahupun hati pihak lain...

jadi, jika kamu tak nak sakita hati disebabkan kata-kata orang lain...

jaga percakapan kamu dari mula!!!





p/s: motivasi di pagi hari. gambar x da kaitan.....(sumber google)

Thursday, January 20, 2011

adat berkawan

"a true friends is someone who sees pain in your eyes while everyone else believes the smile on your face..."

amik ni daripada status member saya di facebook
semalam saya buat satu entry yang saya tak boleh tahan dah
hari ni saya just nak share something dengan member-member yang lain
anda kalau berkawan macam mana?
saya senang cakap bukanla kawan yang baik
serious!!!
mulut memang lazer...
pernah member saya cakap kalo ko bukan kawan aku memang makan penampor dah he3
saya ni jenis bergurau pun kasar.
tapi alhamdulillah saya jumpa kawan-kawan yang sangat baik.
yang bersabar dengan perangai n kerenah saya.
saya ni tak tau nak tunjuk rasa sayang saya ni macam mana.
maybe saya ada banyak buat silap dalam persahabatan saya selama ini
tapi kalau saya buat silap betulkan saya...
kadang-kadang saya susah nak sedar kalau tiada orang yang menyedarkan saya...
jangan berdiam diri macam tu jer
sedih tau kalau orang yang selalu bergurau dengan kita tiba-tiba berdiam diri
thanks sebab sudi tegur saya tadi...
saya tak tahu awak baca blog saya ke tidak....
tapi saya nak mintak maaf kat awak kalau saya banyak buat silap dan salah
saya pun nak ambil kesempatan ini nak mintak maaf dekat member2 yang dah lama berkawan.
n dekat rakan-rakan blogger
kalau ada penulisan saya yang tidak menyenangkan hati anda semua
i'm sorry....


p/s : entri jiwang di petang hari

Wednesday, January 19, 2011

malas dah.....

lantak ko la.....
ko nak buat apa
malas aku peduli dah....
ko kutuk orang tapi ko pun sama gedik
2 x 5
MALAS NAK TENGOK MUKA KO LAGI


Saturday, January 15, 2011

adik mau jadi cikgu ka???

salam n hello semua
disebabkan internet maktab aku laju giler pagi ni
jadi saja je nak update something
well hari tu maktab kami ada buat ceramah (banyak betul ceramah)
sekarang kan kita akan menjalankan liberalisasi pendidikan
liberalisasi pendidikan bermaksud latihan guru akan dibuka kepada ipta dan ipts
mula-mula saya ingat just ini je yang dimaksudkan dengan liberalisasi pendidikan
sebab benda ni memang dah sedia maklum dah n dah lama dijalankan.
tapi bila tuan penceramah menyatakan bahawa,
penempatan kami di sekolah tidak akan dijamin seperti sebelum ni,
bagi adik-adik yang nak masuk maktab, kalau tak silap mulai tahun 2012,
elaun tidak lagi diberikan n adik-adik kena mohon PTPTN.
jadi, bagi sesiapa yang berminat nak jadi cikgu hanya sebab diberi elaun n dijamin dapat kerja...
sila fikirkan semula sebab perkara itu sudah mustahil untuk berlaku.

kalau dilihat perkara macam ni ada baik dan buruknya.
dari segi baiknya, persaingan yang sihat akan berlaku dikalangan guru-guru
tak adalah guru yang hanya tahu berseronok jer kat maktab janji tak fail
sebab penempatan dah terjamin n elaun dah gerenti ada.
negara kita mampu melahirkan guru yang terbaik supaya
kualiti pembelajaran generasi akan datang juga turut menjadi baik juga...
tapi, dari segi buruknya ialah, kalau kami keluar nanti penempatan kami tak terjamin,
kami tidak dapat mencari kerja lain sebab opsyen dan bidang kami hanyalah sebagai guru semata-mata
tak kan nak pi mintak keje kat pizza hut kot....
tapi bagi saya benda macam ni la cabaran buat kita.
kalau nak penempatan terjamin, kenalah usaha lebih gigih kan....
orang dah bagi makanan, makanlah sendiri.
tak kan la nak kena suap pulak
sama seperti orang dah bagi peluang...
kenalah pandai gunakan peluang yang ada.
tak kan semua benda nak disediakan jer.....
okay fikir-fikirkan sendiri....

Tuesday, January 11, 2011

KSSR & Pendidikan Seks

salam n hello readers....
hari ni saya nak membincangkan mengenai KSSR
KSSR stands for KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
kurikulum ini telah dilancarkan kalau tak silap saya pada tahun ini bermula dengan murid darjah 1.
pagi tadi kami telah diberi taklimat berkaitan KSSR ini.
iyalah sebagai bakal guru, kami mestilah ambil tahu pasal isu-isu pendidikan yang sentiasa berubah ni.
bedasarkan apa yang dapat saya lihat terdapat sedikit perubahan dari segi mata pelajaran mahupun mata pelajaran masih sama, cuma nama sahaja yang diubah.
jumlah peruntukan waktu bagi setiap mata pelajaran juga turut berubah.
bagi ibu bapa yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan KSSR ni,
anda boleh sahaja pergi ke laman web bahagian pembangunan kurikulum.
di sana terdapat beberapa info berkaitan KSSR ini.

kalau anda semua rakyat yang perihatin, mesti anda tahu apa isu yang hangat dikaitkan dengan KSSR ni.
ya semestinya isu yang paling hangat ialah mengenai Pendidikan Seks
saya tak perihatin sebab saya baru tahu pasal perkara ni bila diberi taklimat tadi he3......
sebenarnya saya cuma nak membuat hebahan bagi membetulkan salah faham yang berlaku.
tidak ada subjek Pendidikan Seks pun yang diajar di sekolah.
yang ada cumalah Pendidikan Kesihatan....

salah faham ini berlaku apabila media-media tempatan yang menghebahkan berkaitan pendidikan seks ni.
lihat betapa hebatnya pengaruh media sehingga yang betul boleh jadi salah dan yang salah boleh jadi betul!
apa yang telah diberitahu kepada kami sewaktu taklimat tadi,
semasa temu bual antara pihak akhbar (tak perlu beri tahu) dengan pengarah pembangunan kurikulum (kalau tak silap saya) tidak pernah pengarah tersebut mengeluarkan perkataan pendidikan seks.
namun, apa yang ditulis agak mengecewakan......
lagi pun jumlah jam untuk murid belajar di sekolah rendah agak terhad.
sehingga kini setiap pihak memperjuangkan jumlah jam bagi subjek masing-masing untuk diajar dan dipelajari di sekolah. cuba bayangkan kalau kita tambah lagi satu subjek.....?
isu pendidikan seks ini juga timbul disebabkan faktor-faktor politik juga.
tapi benda ni tak perlu la saya ulas panjang sebab nanti tak pasal-pasal masuk court kan.

bagi saya, subjek yang diajar di sekolah ni dah cukup menarik.
mungkin terdapat kekangan dari segi masa tapi saya rasa anda semua pun dapat fikir kan....
kita nak membangunkan murid dari segi rohani, jasmani, intelek, sosial dan emosi.
tapi kalau budak asyik belajar jer....lepastu sakit pun tak berguna jugak.
pembelajaran juga tak semestinya berlaku dalam kelas....
kebanyakan orang-orang pandai kat dunia ni pun tak mengikuti pembelajaran formal.
saya bukan bermaksud pelajar tak perlu belajar.
tetapi pelajar juga perlu ada life sendiri dan belajar melalui pengalaman.
barulah pembelajaran mereka lebih bermakna dan bukan sekadar belajar untuk periksa.
ini sekadar pendapat saya, terpulanglah kepada anda semua untuk memikirkannya.

Sunday, January 9, 2011

Birthday Celebration


salam n hello semua
petang jumaat hari tu member semua ajak pergi makan kat Pahang Club
so, oleh sebab dah lama tak berjimba di Kuala Lipis yang tercinta ni
kitaorang pun pakat-pakat nak pergi pukul brapa dan sebagainya.
restoran Pahang Club kat lipis ni boleh dikatakan taraf hotel lima bintang di KL.
jadi kamu semua bolehla anggap bahawa saya menikmati makanan di hotel 5 bintang.
 
sampai kat Pahang Club dalam pukul 6 lebih terus duduk and pesan makanan.
ada member2 yang dah sampai lagi awal
masa duduk tu nampak selang satu meja ada member maktab yang dah kenal.
yang peliknya dia orang dah habis makan tapi still tak berambus lagi.
time tu duk la bising-bising macam restoran tu bapak masing-masing ada share kan.

lepas makanan sampai pe lagi bismillah dan terus makan....
masa tengah makan tu orang restoran kat kedai tu duk la pasang lagu happy birthday dalam 3 kali
saya pulak memang kaki penyibuk yang azali duk la mencari sape yang sambut birthday tu.
time tu member-member lain pun turut sama menelengkan kepala masing-masing.
lepastu sambung makan balik.
time tengah makan penuh bernafsu tu orang kedai datang bawak kek birthday
dah la bawak betul-betul depan saya
masa tu nak cakap "eh bang silap ni kami tak sambut birthday pun"
tapi sebab time tu jugak member semua nyanyi lagu birthday, baru perasan yang dia orang sambut birtday saya n k.sal.
meh layan gambar plak....oleh sebab saya malas gambar ni tak ikut turutan



me n my roomate



birthday gurl (bluwekkkk ambil baldi dan muntah beramai-ramai)
me lahir 20/12 n k.sal plak lahir 23/12


k.sal n k.ngah.....(k.ngah perancang utama)


member-member yang datang celebrate dari kiri tikah, budak junior, ija, ye@mariam, ita, gee n k.sal. budak gee ni la punya keje sampai lagu birthday main 3 kali.

 
kek birthday....ni kek birthday yang sama dengan kek ayu. nampak sangat kek birthday kat lipis ni dah tak da yang lain ha3....

thanks okey tu member-member yang tolong sambut birthday ni
tak tau nak cakap aper dah
korang memang best. hope our friendship berkekalan sampai bila2
love u all...